Eaaa..Ikan Emas hairan betul dengan manusia-manusia ni yang kononnya insan yang sempurna dijadikan Tuhan. Meluat sangat melihat perangai manusia ni. Tuhan dah bagi akal, fikiran gunakanlah dengan cerdik. ..Hawa nafsu yang dikurniakan hanya diguna untuk benda-benda yang dilarang…ketawa betul si iblis dan si setan..
Hairan 1;
Kenapalah manusia ni dah tua bangka pun tak reti nak bertaubat lagi. Dah macam-macam hal dia buat. Bukan tak bagi dia peluang dah beri..tapi tak tau malu juga. Masih suka buat perkara tak senonoh. Buat kerja yang dilaknat Tuhan. Dah ada anak bini nak juga cari yang kotor. Pakai topeng tunjuk alim tapi hampeh!!. Konon nak memimpin dunia..macam manalah agaknya kalau manusia macam ni nak mentadbir alam..Usahkan manusia segala ikan pun nak muntah dengan kerenah dia ni..???..Bilalah si anu ni benar-benar nak bertaubat??
Hairan 2;
Ikan Emas nak tanyalah kat manusia di bumi ni. Isteri mesti taat dan ikut perintah suami..Anak mesti ikut cakap bapa. Tapi bagaimana hukumnya kalau manusia bergelar suami tu perangainya macam setan ? takkan nak taat dan setia jugak ??. Bagaimana kalau bapak dah jadi bapak ayam ?..bela anak ikan ? ..kerjakan amoi. . kalau suami masuk neraka tak kan si isteri nak ikut sama??
Hairan 3;
Kenapa manusia ni penuh dengan hasad dengki, cemburu dan iri hati tak senang dengan keamanan. Suka nak mendedahkan aib orang…saja-saja tokok tambah dan sedapkan skrip supaya manusia lain umpat keji kutuk mengutuk..tak fasal-fasal dapat share dosa..
Heran melihat makin ramai yang suka bagi publisiti percuma..siap dengan perisa penambah sedap skrip yang ditulis.
Yang pelik..si trio tu dah tau si anu nak buat maksiat kenapa pula dia yang sibuk jadi pro ala-ala bapa ayam ?..kenapa tak di tengah awal?.. Tok Alim pun bagitau kalau dah sah-sah si anu pun buat maksiat, carilah pendekatan yang murni sikit. Ikan-ikan kat kolam IE ni bimbang takut peluru yang digunakan untuk menembak seekor burung yang dah gila meroyan akhirnya tertembak si tuan nya sendiri.
Hairan 4,
Tolonglah wahai manusia ..janganlah permainkan ayat Allah..janganlah perendahkan martabat masjid sebagai rumah suci..Manusia sepatutnya bersyukur kerana menjadi insan yang dikurniakan dengan lidah untuk berkata-kata..menyebut nama Allah..
Copy catatan Ustaz Razak;
Ketahuilah, orang yang gemar membicarakan aib orang lain, sebenarnya tanpa ia sedari, ia sedang memperlihatkan jati dirinya yang asli, iaitu, tidak boleh memegang rahsia, lemah kesetiakawanannya, penggosip, penyebar berita bohong (kerana belum tentu yang diceritakannya benar). Ketahuilah, semakin banyak aib yang ia bicarakan dan disebarkan, maka semakin jelas keburukan diri si penyebar.
p/s; apa kata hukum sahaja tukang Arah, tukang lakon, hero heroin, pelakon tambahan, tukang tulis, tukang rakam, tukang promosi…tukang gossip…semua yang dibelakang tabir…
Ikan Emas mohon agar sekelian manusia berdoa supaya terhapus segala kemaksiatan. Ditunjukkan segala kebenaran. Berikan keamanan dan ketenteraman sesama manusia yang sama kulitnya, sama bahasanya ..sama agamanya...Aminnn!!!