Rabu, 25 Ogos 2010

eNTRI hARI kE 15 pUASa ...mARI kITA bERGUrINdAM PuLAK !!

Hi...mari layan ini dulu.....
katanya puasa
nak dapat banyak pahala
buat ibadat di mana saja
namun mulut masih mengata
hasad dengki berapi membara
lupa azab api neraka


katanya puasa
setan iblis semua ditambat
nafsu manusia yang susah disekat
bayi dibuang merata tempat
elok direjam dan disebat
ramadhan ni eloklah kita bertaubat !!
( laa...macam dah pernah baca ni..ek kan IE punyer komen kat blog AL ???)
SILA TERUSKAN MEMBACA YANG SETERUSNYA !!!

***********************************************************

bulan Ramadhan bulan mulia
semua orang pun tahu tapi saja buat-buat tak tahu
sebab iman nipis hati bersalut palsu
yang berpura tak dapat mengawal nafsu
puasa hanya lapar dahaga dan lesu
taunya bersembang dan tidur mengisi waktu

Bulan Ramadhan tiga puluh hari
Ibadatnya diganda beribu-ribu kali
Quran menenami menyuci hati
Banyakkan Sedekah tanda berbudi
Rugilah siapa yang tak ambil peduli
Disebab asyik leka dengan buku resepi
Menu berbuka sentiasa menggoda diri
Berbelanja besar menunjuk diri
Bawa awek shopping sana sini
Sampai berhutang besar dengan koperasi
Bila dah sesah baru ingatkan anak isteri !


Bulan Ramadahan bulan orang berniaga
Ramai usahawan tua dan muda
Mencari duit sebab nak kaya
Sampai lupa waktu sembahyang dan puasa
Pembeli juga tak kurang yang leka
Katanya ekonomi meleset sedunia
Marah sebab harga barang naik termasuk gula
Tapi sebok juga membeli belah tak tentu hala
Semua diborong konon untuk keluarga dan mertua
Akhirnya diri sendiri yang hampir papa
Sape nak tolong awak sendiri yang cari bala !


Indahnya Lailatulkqadar di penghujung Ramadhan
Malam kebajikan, keberkatan dan keampunan
Meriah pula dengan bulan kemerdekaan
Doa ,wirid , zikir dan baca Quran dibanyakkan
Melimpahruah sedekah dan sumbangan
Ingatlah Zakat wajib ditunaikan
Pintu syurga terbuka luas ,indah dan nyaman

Namun masih ada yang mencari neraka jahanam
Membuat maksiat tak kira siang dan malam
Konon merdeka tapi jiwa dan minda masih terbenam
Moga mereka mendapat taufik hidayah lupakan yang silam
Insan bertaubat Allah tetap beri keampunan !!













Ahad, 22 Ogos 2010

entri bulan Puasa ..Tak Sah ..kalau Tak der cerita fasal Makan

ari minggu untuk merehat!
nape?
sebab dah berminggu-minggu-minggu.......ada-ada sajaaaaa koje nya




maka




klik sana ...program masak memasak
klik sini...program makan-makan




eh !..puasa oh puasa


maka


dalam banyak-banyak kuih,
kuih ni yang IE tekonang kan..
yang ada kek T.Intan-S.Bernam-T.karang ( nie mesti YB ayah adam tau...)
tapi den tak jumpo kek Somban nie..
( tak tau la plk sobab yo den tak poie pun memano bazar ramadan ke sini..,buek sosak jo.)


tetiba tv3 keluar cerita kuih dalam gambar ni..(gambar ni cari kat mrs gugle )
.kalau yang kat SB tuuu..cute n kemas saja
sedap sebab dibuat dari tepong beras ,gula n santan
nak suruh IE buat, mintak maaflah !
tak tau lah kenapa namanya TEPONG TORAK
(sesape yang tau..tlg buat hikayat cerita kuih ni ye !)


ni lagi satu..CELOROT
rasanya leih kurang mcm kuih kat atas tuu..
kat semenanjung ni mana nak cari ?
(tak kan nak minta Ustaz razak post kan kottttttttttt...)

...Selamat berpuasa !




















Jumaat, 20 Ogos 2010

Apa LaGi orang Melayu Nak Katakan...


Wahai Melayu !

Apa lagi orang Melayu nak katakan....???

Apa lagi orang Melayu nak buat.....???

Apa lagi orang Melayu nak lakukan.....???

Fikir-fikirkanlah !!!


******************************************************************
Gurindam 13 Resolusi


Alamak MCA buat hal lagi

Kali ini dengan 13 resolusi

Kuota 30 peratus minta dihapusi

Sekolah Cina hendak ditambah lagi



Minyak dan Gas juga minta dibukakan

Dari huluan sehingga hiliran

Kononnya industri sudah tinggi kedudukan

Sedangkan Melayu masih ketinggalan



GLC juga jadi sasaran

Permintaannya yang bukan-bukan

Ke dalam Lembaga Pengarah perlu dimuatkan

Bukan bumiputera demi kesaksamaan



Di sektor swasta tidak pula dibangkitkan

Melayu dilantik sebagai perhiasan

Kalau yang bekerja peluang disisihkan

Kepada yang memohon Mandarin diperlukan



Satu lagi tuntutan tentang liberalisasi

Apa yang ada tidak mencukupi

Mana bidang yang belum dibuka lagi

Patut dibuka jangan tangguh-tangguh lagi



Tender juga harus terbuka

Walaupun bahan binaan dah kuasa mereka

Projek mereka tak mahu bagi kita

Lama-lama isi ke dia, kuah ke kita



Bila biasiswa diberikan kepada semua 9A

Gembira mereka tidak terkata

Mereka lupa beza pelajardi bandar dengan di desa

Alamat yang di kampungketinggalanlah nampaknya



Jangan kita nak tolak tepi

Amaran MCA nak kerjasama dengan DAP

Jangan-jangan nak ajak juga PAP

Sebab mereka tahuperpaduan UMNO-Pas tak boleh jadi



Kadang-kadang kita pun hairan

Dalam semua bidang Melayu ketinggalan

Rancangan Malaysia pertamahingga kesembilan

Tidak kurang satu trilion sudah dibelanjakan



Cuba kita tanya siapa yang menguasai kekayaan

Sejak 45 tahun Rancangan Malaysiadiperkenalkan

Bumiputera hanya miliki 21.9

Itu tak kira hartanah dan tabung simpanan



Ada yang kata FDI jatuh pasal DEB

Sedangkan tiada perubahan dalam industri

Mesin lama dipakai lagi

Sedangkan orang dah pergi ke teknologi tinggi




80 peratus tenaga kerja lulusan SPM

Yang mahir hanya suku bahagian

Sektor swasta juga buat kesalahan

Tidak ada rancangan latihan kemahiran



Sepuluh tahun kita tidur lena

Sejak berlakunya krisis kewangan Asia

Struktur ekonomi tidak disusun semula

Sekarang baru nak buat semua



Generasi muda pula sukar dipengaruhi

Mereka punyai pendirian sendiri

Ramai yang belajar di luar negeri

Yang tiris, bocor, rasuah semua diketahui



Walaupun dah hilang dua pertiga

Perubahan tidak lagi punyai masa

Pembangkang pun dah naik besar kepala

Apa nak tunggu hilang semua?



Walaupun MCA macam-macam retoriknya

Hanya 9 peratus masyarakat Cina yang terima

Soi Lek tak peduli apa ‘Merdeka Center’ kata

Kepada kerajaan dia akan sondol aje.



Dato' Salleh Majid

Utusan Malaysia-Kuala Lumpur

19 Ogos 2010
















Rabu, 18 Ogos 2010

SaBaR Pleaseee......tak baik MaRaH - MaRaH !!!






Kedamaian di bulan Ramadhan
Hati bagai ditoreh –toreh
Menerima berita yang meruntun

Amuk sana amuk sini
Dera anak dera bini
Buang janin buang baby
Langgar moto langgar lori

Kenapa mengamuk kenapa mendera ?
Sebab tertekan celaru minda
Sebab sedarnya hanya separa
Atau pun dah tak waras dan gila ??

Sebab cemburu
Sebab Bini ada balak baru
Tu sebab ditoreh muka dan bahu

Sebab jiwanya sakit
Sebab tak ada duit
Sebab Hutang along makin membukit
Sebab judi dan joli jadi sahabat

Sebab nak beli dadah
Hatinya resah
Hidup pun susah !!

Semuanya Sebab diri dah jauh dari Allah !!!

















Khamis, 12 Ogos 2010

Ada Ekor...Matanya mana ??...legaaa sehingga 28 Feb 2011


8 HARI YANG LALU;
+ Hello..aii yaa..amoi, lu punya road keleta esok suda mahu mati loo
- hah ???? iaya ka ?..apa pasai lu tarak kasi tau awai ?..okay macam biasa ya !


+ Tolak IE hilang sana sini..( tak sempat nak hulur duit daa…) cuti Sabtu Ahad..

4 hari lalu,
+ Ai yaa…lu punya tatak bole reniew baa..blacklist ..ada saman lu..itu sabak bernam punya
- Berapa ?..satu je ?..okay lu settle dulu ya..


3 hari lalu,
- Eh apek..lu tatak payah settle gua punya saman ..nanti gua boleh settle ..lu bereskan saja gua punya road tax ..gerenti boleh punya ..
+ Eh mana boleh loo..
- Ish ..tak caya cakap orang la apek ni !.gua tau laa..ada info ....lu buat aje ..


Semalam
Pagi : IE ..boleh suruh org u dtg JPJ ..cop cancel saman tuu
Petang : IE ..eh ..u kena datang sendiri ,bawa ic tak boleh wakil-wakil
??????...


Hari ini
8.30 pagi ;IE cepat ..kena pegi Seremban 2 ..tak boleh kat JPJ..line dah ok
10.00 pagi ; IE cepat ! ..datang JPJ ..sebelum arahan tukar lagi !!!!.


Sekarang
Blacklist dah settle…saman tu tunggu hingga 28 Februari thn depan
( mana tau kot ada pindaan lagi !!!!)
Hari ni hari ke 8 IE memandu tanpa cukai jalan ?....


Nota.
i) Ini i laa..yang dikatakan “ Rakyat Didahulukan” ..kerajaan mendengar suara rakyat !
ii) Akta Pengangkutan Jalan 1987 jelas menggariskan bahawa sesiapa yang memiliki notis kesalahan trafik yang belum dilunaskan, cukai jalan mereka tidak boleh diperbaharui sehingga bayaran dibuat,



















Rabu, 11 Ogos 2010

Marhaban Ya Ramadhan...



Tak ada kata seindah zikir
Tak ada bulan seindah Ramadhan
Bulan yang penuh keberkatan,
Bulan yang penuh dengan ampunan.
Matahari berzikir,
angin bertasbih
pepohonan menyanyi
Aku sujud membersih hati
Memuji keagungan-Mu.













Isnin, 9 Ogos 2010

Anak Negeri...mai KiTa MaNtai !!!!!

Ini anak gadis Minang ...cun kan ???
( sian pulak ku tengok dia orang ni duk menjunjung tanduk kobau tuu)
Dari kemarin dah ramai anak negeri yang balik kampong…hari ni dan esok yang keje di kampong sendiri pulak ambil cuti..kalau yang tak balik tu maknanya dah lupakan asal usul la tuuu ,mosti kono marah dek omak e( jangan marah !) Jangan heran kalau ada bini yang mencuko sebab lakinya tak nak balik Pilah.iyer la ..esok raya balik lagi….
asyik balik kampong dio ajo.

Masa memula sampai sini dulu… kiter ingat apa ke bendanya ‘mantai’ ni.. ‘bantai’ kita tau la aje..alaa… bantai kat tempat keme maknenye hantam aje lah wei !!

Mantai kat Negeri Sembilan ni ibarat pesta la.. Pesta nak mogang posa atau nak rayo. Kira pre –ramadhan lah gitu. Hebat kata ko..apa tak nya ..cucu cicit balik ..habis kobau ,lembu tumbang sebab nak dibuek rondang dimakan samo lomang !. ..Dah rasa macam nak raya pulak !!..Dedulu mantai ni kira nya pesta gotong royong menyomboleh kobau ko lombu ko .. lopeh tu makan-makan sekeluargo ...baca doa dan esoknya Posa !!!!
Tapi sekarang Mantai kat pasar atau tepi jalan aje...atau kek Seremban ni di Paroi aje
(dipanggil Pesta Mantai juga walau hanya aktiviti jual beli atau Pasar Tani atau beli lemang di tepi jalan je …hehehehe…)

2 tahun dulu sampai kes bergaduh-gaduh sebab berebutkan daging kat Pasar Mantai di Paroi tuu.. harga sekilo hanya RM10….

Ikan Emas tengah dok tunggu juga kok ada jiran sebelah nak hantar rondang negeri dengan lemang.

Itulah ‘keunikan budaya’ di Negeri Sembilan !!

kuih ni IE baru jumpa semalam...kuih orang Minang ,namanya
Godok Galumang


ni lagi satu kuih orang Minang...Lepat Sagan
( mula-mula IE segan nak makan..cuit sikit , alamak sodap u !!!..patutla namanya Kuih Lepat Sagan !! ..)

p/s: Selamat Berpuasa kepada semua rakan..







































Selasa, 3 Ogos 2010

JiWa TenanG...kembalilah !!!

akukah ini ???

Wahai Hati Yang Tenang

Kembalilah engkau ke pangkuanNya


Wahai hati yang tenang

segarkanlah dengan senyum dan sayang

mugar jiwa dengan kedamaian

















Ahad, 1 Ogos 2010

Kibaran JALUR GEMILANG dah bermula ....

jalur gemilang kibar banihassim
Ooo…Dah 1 Ogos !! Hari ni serentak di seluruh Negara ….beberapa tempat di Negeri Sembilan pun ada buat program pagi tadi ( ada juga yang buat pada 7 hb nanti…)

Kempen Kibar Jalur Gemilang Semarak Merdeka 1M sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 53..di Perlis Pelancaran Peringkat Kebangsaan…macam-macam aktiviti ada ..larian ada..bicara tokoh ada , sukan ada…dan macam-macam lagi.,,

kek Somban pagi tadi....


Moga warga Negara ni sedar nak pasang bendera tak kira di mana jua…pejabat ke …sekolah ke...premis perniaagaan ke , rumah ke ..surau ke..Janganlah mengharapkan bendera percuma…Walaupun ekonomi agak suram tapi apalah nilainya RM10 dengan harga sebuah kemerdekaan.
Tahun ni ada pertandingan keceriaan kibar jalur gemilang..macam-macam kategori ada..dari kategori bangunan , kenderaan, kediaman ,pejabat kerajaan/swasta ,dan kampong-kampung 1 Malaysia ….hadiah lumayan !!!


Warga Negeri Sembilan..mai ke Dataran Senawang pada 7hb

1 Malaysia Menjana Tranformasi