Jumaat, 24 September 2010

DaiLoG YanG BiBiek tAK sUkA nAK DenGar

Dialog dari kes cuti raya dan yang masih disembangkan ;
#####################################

KISAH 1: LOKASI DI TI

IE-"hah ?..siti dah lari ?"

ALONG –" Iyer !...geram bebeno, ada ker dia berani buat kiter macam tu..dia api-apikan keluarga kiter. Opah pun diumpatnye. Ditipunye kite ."

IE- "macam mane dia lari ?"

ALONG – "dia ajak org buat kerepek..masa org pegi kedai,balik tu tengok ada orang datang ambik dia. Orang siap sesah kat makchik tu..kata jangan pecaya kat si siti ni kalau dia kata kami dera ke, layan dia tak elok ke apa ke..sebab selama ni kami anggap macam keluarga, makan sama …bla bla bla…bla sebab masa dia datang sini dulu pun dia kata dia kena dera dek majikan lamanya….bla bla blab la…"

IE – "nasib dia pegi cepat…kalau tak huru hara keluarga kiter. Dah check tengok kot-kota ade barang ilang ? mana tau kot gelang opah pun dirembatnya ?"
+++++++++++++++++++++++++
KISAH 2: LOKASI S.A

PAH BEDAH – "IE tau tak yg maid si Noi dah lari ?"

IE – "macam mana ceritanya ? ..kan ke selama ni budak tu elok aje?"

PAH BEDAH – "dah terkena laa.. masa bawa Noi bawa ke rumah mentuanya, tetiba maid dia meraung-raung kata mak dia sakit teruk kat kg..So, Noi kata tak per laa. Dia akan hantar terus ke epot …Maid dia tak mahu, sebab nak balik ambik barang dulu keat rumah…Si Noi konon sian antar juga si maid naik fligt..Balik rumah, selongkar kat bilik si maid , jumpa macam-macam khazanah yang selama ni disoroknya..rupa-rupanya selama ni duit belanja sekolah anak si noi ni pun disapunya ! kira peras ugut lah !"

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

KISAH 3 : NEBER

IE – "apa khabar maid awak yg sakit tu ?"

KEROL – "eh…dia dah lari !"

IE – "pulak ! bila ??"

KEROL – "Aku agak dia pregnant ,tu sebab asik pengsan aje. Nasib aku tak diftnahnya.Hari tu, dia kata nak jumpa sedara di T.one ,aku hanta laa…lepas tu terus lesap..aku agak ada orang dah tunggu dia. Aku dah repot polis. Pasport dia ada kat aku."
++++++++++++++++++++++++++++++++

Kisah 4 : OFC

GAYAH LAWA (kemarin dulu) –" esok sy nak cuti…nak jumpa bomoh sebab selama ni kakak sy di Mka tu dah dibomoh oleh maidnya..macam-macam dah dibaginya kakak sy makan benda kotor !"

IE – "hah ??? ish ish ish "

GAYAH LAWA (semalam )-" maid kakak sy tu dah kakak sy tinggalkan kat AS ..biar dia rasa keje kedai makan. Nak lari pun tak boleh sebab pasportnya kakak sy pegang. Kalau dia buat hal kami ugutnak jual dia ke Siam……Sebab selama ni dia memang dah banyak kali tipu kami…..bla bla"

++++++++++++++++++++++++++++++++
Kisah 5 : Rumah IE

IE – "oooo.. Nyonya Lim, silalah masuk …"
( wah ! siap suruh maid dia duduk kat sofa empuk …..)

NYONYA LIM – "Ayaaa…IE , dia bukan Indon..itu Cambodia punya orang. Apa pun tatak tau cakap ka tulis ka.. Melayu ka, cina ka, English kaa..bila nak suruh kita guna body language. Lagi satu, itu ajen sudah bgtau jangan ajar dia ni cakap Melayu atau English….3 bulan ni dia elok aje.Anak wa pun suka sama dia.gua harap dia okay ."

IE – "yang lama pegi mana ?"

NYONYA LIM – "dua kali wa kena la..satu dia tipu wa, sampai bawak balik kawan lelaki perempuan.. pakai baju wa macam modelling..keleja malas. Nombor dua pulak..Muslim tapi wa tak tengok pun dia sembahyang..dia suka cubit wa punya anak…tetiba hilang..wa pun tatak tau macam mana dia pegi sebab 24 jam wa ada rumah bukan keje pun."

****************************************************

Nak kata apa lagi ?...Pak Menteri di Indon dah bagi warning larang calon pembantu rumah ke Malaysia...Baca sini





















28 ulasan:

Unknown berkata...

SALAM IE,
TEMAN SERONOK DENGAR IE BERCERITA !

Abd Razak berkata...

Salam...

Macam-macam cerita pernah saya dengar pasal maid ni dan dikalangannya ada juga yang sangat baik tapi bilangannya sedikit.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

kebanyakan semua macam tu..

jenis tak kenang budi

ONE ZABA berkata...

tu belum lagi yg dah jadi mem beso no 2...

IMANSHAH berkata...

ayoyo tuka amik maid kemboja pulek

ISAC berkata...

Salam,

Aku pun dah banyak kali kena IE. Yang mengandung pun ada...

Sib baik X tuduh aku pulak...

penjejak maya berkata...

salam,

tak jauh pun lari tu..

Pok Li berkata...

trauma

Relevan berkata...

Ha ha..cerita deme ni..buat kawan tersengih..

ikan emas berkata...

Datuk LF,

ni dailog kat ateh ni seme nye kisah beno ..Ie pun dah byk kaili ingatkan kat org kg..udahnya terkena jg

ikan emas berkata...

Ust Raz,

ada yang baik..contoh maid sorang ofcmate kat sini.Harap2 dia memang betul-betul jujur

ikan emas berkata...

1z,

kalau nak cerita macam-macam kes yg kekadang tak logik.
5 cerita di tasa merupakan kes terbaru sejak raya ni.

ada gelang emas dalam kek,rantai emas dalam lipatan kaki seluar jeans....

pokoknya kita ni yang terlalu baik hati

ikan emas berkata...

Iman,

muka budak kemboja sebijik macam indon....dgr kata lepas ni nak ambik dari timur lestee pulak...hah ? nanti org ingat minah dari benua mana pulak !

ikan emas berkata...

ISAC,

HAH ? ..NTAH BILA MASA DEPA BUAT KERJA KAN ?

KITA PERLUKAN MAID UNTUK MEMBANTU BUKAN UNTUK MENJADI HANTU !

ikan emas berkata...

JEJAKMAYA,

SILAP HARI BULAN MEREKA DATANG BALIK CARI KITE..MEREKA MEMANG PANDAI BERLAKON.

REALTINYA NEGARA KITA MEMANG DAH MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP SESIAPA YANG BUAT SALAH..SATU DUA KES TAK MENUNJUKKAN KESELURUHAN MAJIKAN DI NEGARA NI

ikan emas berkata...

POKLI,

PERNAH TERKENA KE ?

sahromnasrudin berkata...

salam..sy rasa time diorang kecik2 tak skolah kot..tue yg tak dpt join lumbe lari atau lari dalm guni...
p/s: mcm zaman remaja tak dpt pakai skirt..bile dah tua bangka beranak pinak, baru nak pakai skirt pendek..buruk bebenor la...

ikan emas berkata...

ROM,

DEPA CULTURE SHOCK

terokai seni berkata...

memang patut pon tak payah amik indon. banyak lagi orang susah kalu nak bantu khususnya muslim champa taua orang moro filipina. layan indon yang dah sombong tu nak buat hapa, perampok besar gitu

ikan emas berkata...

CEMOMOI,


IYERR..BETOI JUGAK KAN !
IDEA YG BAIK TUU

SELAMA NI KITA MCM MELEPASKAN ANJING TERSEPIT
DAH BAIK BETIS NAK PAHA

Mak Su berkata...

a'ah, macam macam kes, kawan saya kat sini kata kena guna2, kena curi barang, kena curi duit, kena curi kasut sport, kena curi baju t-shirt branded. tapi depa tak report polis pun, or buat demo sambil bakar bendera or komplen kat suratkabar

tapi ya lah, depa tu suci suci belaka kot, sempurna, orng kat sini jahat jahat belaka kan.... iya ler.....

Unknown berkata...

IE..alang2 dan bercerita tu elok juga disusun dan dibina menjadi novel ..kan

ikan emas berkata...

MAKSU,

DIAKUI SAH !
KITA MEMANG JENIS YANG TERSANGATLAH BAIK HATI

ikan emas berkata...

LANA,

KALAU DIKUMPULKAN KISAH DAN CERITANYA MEMANG BOLEH BUAT NOVEL..BUKAN 1, 2-3 PUN BOLEH.

NANTI IE CARIKAN PENERBIT YG SUDI YANG TAJA ...HEHEHE

en_me berkata...

bibik! angkat jemuran.. hujan dah turunnnn.. ihiks

salam dr me dikejauhannns je..

al-lavendari berkata...

memang orang kita baik. dah macam2 maid orang sana buat ... kita tak ada pun tunjuk perasaan, bakar bendera dsb.

yanmaneee berkata...

yeezy 500
westbrook shoes
birkin bag
yeezy boost 350 v2
michael kors outlet
jordan shoes
balenciaga shoes
kate spade handbags
kobe shoes
retro jordans

theau berkata...

check out the post right here Dolabuy Fendi click for source best replica designer bags why not try here replica ysl handbags