Rabu, 22 September 2010

SEJAUH MANA HERONYA SI PERKASA INI BERBANDING UMNO ???..JANGAN KITA DIKELIRUKAN

1. Dah dua tahun rupanya usia si perkasa ni. Nampaknya macam-macam dia nak buat. Maklum usia muda,semangat pun membara. Apa pendapat tuan puan ?

2. Kita rasa macam dikelirukan.Kejap ada kata Perkasa ni wajar dijadikan kawan.Kejap lagi ada pulak yang kata jangan berbaik-baik dengan si perkasa ni. Kejap lagi ada yang suruh kita jauhi..kejap ada pulak yang kata tak ada masalah.

3. Kenapa kejap boleh, kejap tak boleh. Naz kata begini, Ku Nan kata begitu, KJ pun tumpang sekaki, Tun jadi hero..Penawar nak join, Mubarak diam-diam ubi….. ( Pokok dek den la nak kawan dengan sape?)

4. Oooo..mungkin sebab Tok Yem dan geng-geng si Perkasa ni banyak yang suka main katak lompat. Kejap lompat ke sana ,kejap ke sini, kejap kiri kejap kanan…lelama ada yang terjun dengan labu-labunya…hehehe

5. En..apa salahnya si Perkasa ni ? kan ke dia nak perjuangkan kaum kita ? Katanya nak pastikan Perkara 153 diperjuang .Katanya nak memastikan 7 wasiat Raja Melayu dipertahankan sampai bila-bila. Bagus laa tu ?Habis tu kenapa ada yang takut?

6. Yang kita faham..si Perkasa dan parti politik Melayu tuu matlamat perjuangannya sama.Mesti jaga hak Melayu, wajib pastikan ada perpaduan..Taukeh nya aja yang berlainan. Mungkin berbeza pendapat, mungkin berbeza fahaman TETAPI sama dalam perjuangan. Kita tetap Melayu, tetap Islam …Sama laaa kan ??

7. Dengar kata ramai yang nak masuk ahli..tak kira orang biru ke hijau ke merah kuning ke..janji orang Melayu..peribumi Sabah Sarawak pun dipelawa sama . Orang UMNO katanya dah 90% sokong..(tapi ada jugak yang buat playsave ….)

8. Tak kan lah si katak ni nak bertanding pilihan raya lagi. Si Perkasa ni bukan ada lambang politik. Dia sama macam Dong Jiao Zhong,Teo Chew, Hindraf (?)…hah ? Biarlah si Perkasa ni jadi wakil kita pulak.Mana tau kot dia hebat !Jangan lepas ni tinggal sejarah dah lah !

9. UMNO pun mana ada pernah ada calon pilihan raya. Kan depa guna lambang dacing bukan lambang keris tuuu( ????)

10. Agaknya mampukah si Perkasa ni memperkasakan sokongan dan menambah undi orang Melayu dalam PRU akan datang ???

11. Orang nombor satu dah bagi ingatkan jangan cuba nak timbulkan konflik .Jaga nama parti ni bebaik.Rakyat kena didahulukan.

12. Ingat laa..Kita kena rasional..nak bertolak ansur, nak berkompromi pun kenalah elok-elok. Bincang, duduk sesama, cari titik persefahaman dan persamaan..jangan biar ada yang mengambil kesempatan dan keuntungan di atas percakaran sesama kita.

13. Maka adalah yang nak ambil kesempatan. Menangguk di air keroh..cuba nak jadi batu api, melaga-lagakan. Takut nanti depa yang bersorak menang ,kita yang berlaga sesama sendiri. Siapa yang rugi ?..Jangan terlepas apa yang dah dipegang !

14. Teringin nak join jadi ahli ???? atau harap bukan kerana giler kuasa nak jadi PEMIMPIN.

15. LasT sekali…agak-agaknya berapa lama lah pulak usia si Perkasa ini ?













13 ulasan:

Yunus Badawi berkata...

Jika semua pihak ikhlas utk memperjuangkan nasib agama dan bangsa, insyaAllah kita tak berpecah. Tapi bila dah masuk agenda masing2 itu yg kecoh.

Org kita dok bercakaran sesama sendiri sedangkan bangsa lain tu bersatu tak mengira ideologi politik demi kepentingan kaum mereka.

Yunus Badawi berkata...

Yes saya pengomen pertama petang ni. Yang lain sibuk beraya kot hehehe

Yunus Badawi berkata...

Eh pengomen kedua jugak. Oh bukan sibuk beraya, mungkin sedang menyediakan juadah berbuka puasa 6.

Kalau IE puasa, selamat berbuka.

cemomoi berkata...

masa ni ramei le yang berdego-dego, dah dapat kuasa langsung tak kosa nak layan

Sharinginfoz berkata...

harap2 mereka betul2 memperjuangkan hak

ONE ZABA berkata...

sungguh perkasa Yunus Badawi tu...pertama dan kedua serta ketiga disapunya.

PERKASA pewaris menang sorak kampung tergadai.

ikan emas berkata...

YB 1, 2, 3

t.kasih bg support kat IE

n3 publish jam 16.45..
ramai org dok sebok tgh time make up nak balik ,abis keje..

pastu sebok jem ( bukan jem tart )

pastu sebok bukak posa...rehat

sambung beraya !!

ikan emas berkata...

YB 1,

oppss...sampai lupa nk respon komen 1

iyer laa..itu lah maksud IE.Apa kata kita sama-sama satu hati, politik letak kat bakul lain kejap..

ikan emas berkata...

cemomoi,

KUASA ni macam berhantu laa..
sampai nak jadi ketua caw, JKKK, peg taman pun berebut kecoh..

ssshhhh..

kita bukan mengata Pengerusi RT LH tau !

ikan emas berkata...

SHA,

MOGA-MOGA MEREKA BENAR-BENAR IKHLAS ...TAK ADA UDANG DISEBALIK BATU...KITA TUMPANG BANGGA ADA YG SANGGUP BUAT KERJA MACAM NI.

( KAJI JUGA LATAR BELAKANG PEMIMPIN-PEMIMPIN PERKASA NI....???

ikan emas berkata...

1Z,

MEMANG YB TU PERKASA..!!!
IYER LAH DIA KAN 24 JAM DUK NGADAP BB

...KE MANA PERKASA SELEPAS INI ?

EH ! 1Z SINDIR FSL TNJ PAGAR KE ?

sahromnasrudin berkata...

salam..apa beza Perkasa dgn JASA??? Perkasa itu NGO dan JASA itu asalnya sebuah unit yg kini telah jadi sebuah jabatan dibawah KPKK...sewajarnya orang UMNO jadikan Perkasa itu mcm JASA..bukan dijauhi ikut Min Cha Ya...
apela pemikiran cam tue huhuhuh...

ikan emas berkata...

ROM,

setuju laa tuu..
org JASA bulan-bulan dapat gaji, PERKASA ada elaun ke ?