Isnin, 20 September 2010

Ada Cerita Di Sebalik Syawal Yang Masih Meriah...

Salam..ni cerita lepas raya...yg belajar dah mulakan kelas.Yang bekerja dah masuk office semula..tak tau la kot ada yang sambung cuti lagi....sebab ?



eh..betul ke ni?



Ramadan berlalu Syawal pun tiba
Tentu ramai yang dah bersuka
Maklum masa untuk beraya
Tak kira tua ataupun muda


Balik kampung tradisi raya
Ziarah keluarga sanak saudara
Itu dulu sekarang dah tak ada
Mengadap komputer yg dia punya


Raya dulu ada rendang dan ketupat
Sekarang nona punya lagi cepat
Lemang pun dah tak tau nak buat
Kat tepi jalan pun susah nak dapat


Hari raya bebudak gembira
Pak cik makcik pun apa kurangnya
Belikan mercun meriam pun ada
Akhirnya ada putus jari buta mata


Balik raya ada yang ria
Tak kurang juga yang mencuka
Apa dibuat serba tak kena
Sebab beraya di rumah mertua


Tak baik gaduh-gaduh di hari raya
Bermaaf-maafan itu yang mulia
Bertolak ansur bincang bicara
Tahun depan ke kampong kita pula


Bulan Syawal dah sebelas hari
Mood raya terasa lagi
Masih ada yang sambung cuti
duduk di kampung bersuka hati


Apa jadipun kena balik juga
Hati-hati memandu kereta
Jangan nanti ada yang berduka
Melawat pusara di lebuh raya


Habis raya nak mula kerja
Hati mula dah gundah gulana
Aduhai kocek dah kosong semula
Tu laa sebab nak tunjuk gaya
+
Budak-budak yang cukup ceria
Dapat banyak duit raya
Mak bapak yang tumpang suka
Boleh pinjam nak buat belanja


Kita berpuasa di bulan Ramadan
Tapi ramai yang tak cukup sebulan
Cepat-cepat la ganti jangan dilupakan
Puasa enam pun kena dimulakan


Selamat hari raya aidil fitri
Syukur rahmat yang dilimpahi
Ikan emas nak menyusun jari
Salah dan silap mohon dimaafi


Mungkin tulisan menguris hati
Catatan dicoret mengusik diri
Semuanya sekadar ilham sendiri
Mana yang baik elok dikongsi


Semoga anda semua dilimpahi rahmat Ilahi......

p/s: ni idea tahun lepas..kira ulang tayang laa.kpd yg dah pernah baca..tak rugi baca lagi...





























32 ulasan:

al-lavendari berkata...

rangkap ke 5 baris ke 3,
rasanya tak habis eja,
kalau betulkan bagus juga,
kalau tak nak pun, kita boleh duga.

sahromnasrudin berkata...

salam ziarah..bile IE nak buat open hous..leh kami datang ye huhuhuh

ikan emas berkata...

eN AL,

omak aiii..
sah..En AL baca satu persatu.
sampai nampak yg ter miss

kalau jadi pemeriksa kertas exam tentu hanyut IE....hehehe

/ jap lg IE betulkan,,

ikan emas berkata...

ROM,

musim raya ni kalau sudi mai la datang beraya..tak der syarat 5+5+1 ....cuma tuan rumah nak bukak ke tak pagar rumahnya..bimbang byk kes skrng ni..

Abd Razak berkata...

Salam...

Bila raya semua bergembira..
Tak kira umur tua atau muda..
saya pula sering sakit kepala..
masuk raya keempat barulah reda..

Tak pandai saya nak berpantun seperti IE..:)

ikan emas berkata...

Ust Raz,

hari raya macam-macam cerita
semua gembira nak cantik bergaya
sian pulak dengar cerita
kepala yang sakit IE tau apa obatnya ...???

relevan berkata...

Ramadan berlalu..Syawal pula tiba..pastu pokai pula menjelma..heh heh heh!

Mak Su berkata...

heheh, asam garam hari raya

penjejak maya berkata...

salam,

berseloka raya ye..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

walaupun tahun lepas punya saya baru baca,,,nice

ikan emas berkata...

mr relevan,

sape suruh belanja sakan ? kan dah pokai !!

hehehe

ikan emas berkata...

jejakmaya,

seloka nak hiburkan hati..


ada yg terasa ke ???

ikan emas berkata...

brutal,

kira masih relevan lagilah kan ???

wanshah berkata...

cayalah kak. bleh tahan puisi kak IE ni. :) belajar dari pakcik AL ke?.. hehe.. pasal gambar tu, betul ke orang kelantan wat makan² dekat kubur?.. raya tahun ni dah start kes budak hilang. gi raya, tak balik². bahaya betul skarang ni. time raya pun orang nak menculik jgk. zaman dah semakin teruk.

http://wanshah87.blogspot.com

Lana~Bulu berkata...

Sasterawan muda ni...
hebat3...
boleh ketengah lagi...

ikan emas berkata...

wan,



tetiba seorg budak ntah anak sape terlepas masuk ke rumah IE ..(nk duit raya laaa...) IE ckp kalau ku jual awak..mahal ni....hah kecut dia !!!

ikan emas berkata...

lanabulu,

tak der sasterawannya..

kalau jutawan bes jugak !

wanshah berkata...

aloloo.. kesian budak tu. habis tu jadi beraye tak?.. kalo saya pun kecut perut time bebudak dulu dengar orang beso ckp camtu kak. huhuh.. tahun depan bleh test kat bebudak yang datang beraye kt rumah la. heheh.. idea jahat sekejap. :P

http://wanshah87.blogspot.com

reek berkata...

UMNO = Untuk Makan Nasi Orang

This is a new generation of lazy malays who evolved from their lazy ancestors. Not surprising la! Wait for the next generation of lazy malays on the future with better parasitic economic policies.

fargoman berkata...

Many malays don't like to admit it, but once upon a time, they were not Muslims like everyone else!

Malays were part of the migration of Polynesian peoples whose original home was Yunnan in China to South East Asia in what is known as Philippines, Indonesia, Malaysia……….

At that time the Orang Asli were already well settled in the malay Peninsula, so that makes them the most legitimate of the bumis.

Malays were animists then for hundreds of years until Indians crossed Bay of Bengal to South East Asia and spread Indian and Hindu culture to the peoples there.

Hence we had the great Hindu kingdoms which later also became Buddhist kingdoms of Langkasuka, Srivijaya, Majapahit - but main thing to note is that racially the peoples were malays and speak old malay language.

Islam only came to South East Asia from 1400 after foundation of Malacca by Parameswara. Again from India crossed Bay of Bengal and spread Islam to South East Asia. Malacca sultans were among the first converts and the rest is history.

Please note that the malays have been Muslims for only 600 years and have been Hindus/Buddhists very much longer - at least 2000 years. Malay culture is very much influenced by Hindu culture including Sanskrit words like the wayang kulit, raja, maharaja, etc.

Unlike Javanese, who are proud of their Hindu/Buddhist past reflected in great empires like Srivijaya and Majapahit, malays are generally ashamed to dwell on their pre Islamic Hindu/Buddhist past.

On the contrary some malays try to be like the Arab wannabes, trying to cleanse the malays of their Hindu/Buddhist past - in this even the songs and films of P Ramlee become victimized!

If Islam had not come to South East Asia, malays would still be Hindus/Buddhists like the Balinese which is not a bad idea, as Balinese are considered very peaceful people.

San berkata...

The Chinese came to Malaysia more than 1000 years ago, while the Indians came here almost 1030 years ago. Kota Gelanggi and Lembah Bujang are proof of these early settlements.

aston berkata...

To own 30% or 60% or 100%?

You have to pay for it, not given to you, never free, unless you steal, rob and murder!

You don't own wealth because you want it then lay sleeping and start threatening.

Go work for it and earn it - you can have more if you have the ability and energy.

I also want to be a billionaire!

ruyom berkata...

UMNO is only good at spinning and deceiving the people, in particular the malays. The younger generation of malays now are smarter than their forefathers. The smart malays are shying away from UMNO because UMNO has deceived them for far the last 50 years. UMNO has brought harm onto themselves.

imanshah berkata...

Cantik dipakai kebaya nyonya,
Dipakai oleh dara bergetah,
Sedara mara sibuk bertanya,
Bila hang nak menikah?

Hari raya hidang kuini,
Dimakan nenek berbadan dua,
Lalu aku jawab begini,
hang sibuk tanya, hang nak huluq seribu dua??

hahaha selamat hari raya

wanshah berkata...

best la pantun tu. =) idea sendiri ke ape nih?.. best²..

http://wanshah87.blogspot.com

minah leter berkata...

assalamu alaikum..salam ziarah yer..selamat hari raye yer ikan emas..hehe..ikan makan kuih ape tahun ni..??haha..saje jew guwau2 ni..raye banyak dapat duit raye tak??

luahfikiran berkata...

SALAM,
PANDAI BERPANTUN ! LF JAWAB -- MEE MAGI, HENDAK LAGI !

ikan emas berkata...

wan,

jwp lagi...

elok tuu

ieda jahat tapi ikhlas tau !

ikan emas berkata...

iman,

Hari raya hidang kuini,
Dimakan nenek berbadan dua,
eh geli pulak baca pantun ni
hang punya nenek berbadan dua??



hehehehe

ikan emas berkata...

Dr LF,

MEE MAGGI NAL LAGI
ESOK LUSA LAA IE KARANG LAGI...

ikan emas berkata...

MINAHLETER,

SALAM ZIARAH KEMBALI..

MAI LA JENGUK SLALU.

DUIT RAYA LBH BYK YG DIBERI DRPD YG DIBERI...

wanshah berkata...

MEE MAGGI NAL LAGI,
Kalau berpantun tanya la pakcik Al-Lavendari. hueheuh..

p/s:- saje menyampuk patut kak IE. =P

Jom melawat sini...
http://wanshah87.blogspot.com