Kecoh satu Malaya, bayi-bayi bersepah di merata-rata, di surau, di masjid, di tangga rumah Tok Iman, di sungai, di tempat sampah pun adaa..Apa nak Jadi???
Tetiba teringat dulu dok sibuk UMNO nak buat program Satu Keluarga satu kaunselor,.Satu kaedah nak tangani gejala sosial ..tapi …Apa dah jadi??...
Ikan Emas dok menyebok tanya sana sini. Tanya org Jab. Pembangunan Wanita jawap tak tau, tanya JKM pun kata tak pernah buat program ni. LPPKN pulak kata ini politik punya hal. Risik-risik kat EXCO yang jaga ( wanita UMNO juga ) pun tak de jawapan..ai ?? Apa pulak hal ni??
Februari 2007 ,di Hotel Royal Adelphi ,Seremban ( sekarang dah tukar nama daa..Royal Bintang) berduyun-duyun la masyarakat negeri ( dari luar NS berbas-bas jugak) datang dijemput UMNO untuk makan-makan , kunjungi gerai dan yang penting mendengar ucapan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Nak melancarkan satu program anjuran Biro Pembangunan Sosial UMNO ..Program Satu Keluarga Satu Kaunselor (SKSK) . Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang jadi patnershipnya untuk menganjur dan memeriahkan program ini.( Tau la bila program UMNO !! mesti meriah ,merah putih,warna warni lip-lap bling-bling..!!!
Terhegeh-hegeh la dengan muka tak malunya si Ikan Emas ini menawarkan diri menjadi ahli, memberi sokongan dan menyahut cabaran.Walau sibuk nak terbang masa tu sempatkan juga isi borang. Konon-konon boleh la guna sikit-sikit kemahiran yang ada ni. Iya la tujuan UMNO tu bagus sgt…mungkin di peringkat awal nak memasyarakatkan dan membudayakan kemahiran kaunseling di kalangan ahli UMNO ,kemudian sekurang-kurangnya seorang ‘kaunselor’ bagi setiap keluarga .Bukan nak suruh orang jadi Kaunselor yang Berdaftar tuu..sekurang-kurang di setiap keluarga ada yang tau asas kaunseling .. ..Gitulah kaedahnya!!!
Setiap tahun ramai graduan psikologi dan kaunseling dilahirkan .Berkelayakan tetapi kenapa mereka masih tak mendaftar dengan Lembaga Kaunseling Malaysia.? Mungkin sebab jumlah jam yang diperlukan .Mungkin sekarang perkhidmatan kaunseling di negara ini masih belum mendapat tempat. Kat pejabat gomen ni pun kalau pergi berjumpa Pegawai Psikologi pun dah menimbulkan berbagai-bagai persepsi . Tapi suatu ketika nanti perkhidmatan ini akan menjadi suatu industri penting !! Macam kat US ..betul kan En Komensen ??
Namun nampaknya UMNO diamkan diri selepas pelancaran tersebut. Tak ada susulan pun. Tak ada surat ke apa ke ?.Tak ada apa-apa pun.Senyap dan sepi. Sekarang sebok nak jadi juara. Kak Jat yang dah balik semula ke Kem Hawa pun tak da cakap lagi fasal ni. Lupa Ke?.Pemuda pun sama lupa.. Hai tak kan lah bila dah bertukar kepimpinan segala projek lama dipadamkan ?. Program ni pun ada nombor satu ! bolehlah rebranding semula jadikan “Program Kaunselor 1Malaysia” …..atau apa-apa ajelah??
...lepas ni ntah apa program baru nak dicadangkan! lepas tu senyap !..tapi tetap layan
...adakah tulisan ini syok sendiri??
15 ulasan:
Diorang lupa kot yang diorang pernah lancarkan projek tu..Cuba-cubalah ikan emas ingatkan diorang semula.. Melayu kan mudah lupa..
UMNO dari dulu kini dan selamanya mereka tak berubah pun
>>___<<
kita wat party baru jer lah!
habis story ...
keh3x
biasa la tu....
tak ada kepentingan...tak jalan la.
Tak per lah tuuu. Kita wat program satu keluarga satu kaunselor untuk diri kita dulu ler. Nak ajak keluarga lain untuk wujudkan kaunselor, eemmm payah. So, kita wat ler untuk diri kita dan keluarga kita, yang untuk kita gak. InsyaALLAH
Tirana,
mai kita sama-sama ingat mengingatkan...amalan baik kan !
Tirana,
mai kita sama-sama ingat mengingatkan...amalan baik kan !
mamai,
tak mau la asyik nak salahkan umno aje..tapi gitulah hahkikat sesebuah organisasi. Nakhoda lain, arah tuju pun dah lain juga
Jangan depa dok terus mamai masa mengemudi dah laa
Frodo,
mai sini..party tupperware ke?
atau >>>>>parti putu mayam !!
onez,
oooo penting ke genting???
...aduhai bagusnya kak mein ni..
wei !!
ada sesape kat rumah ni nak jadi kaunselor???
Hello Aiineey, I love your callsign, 'Ikan Emas', ha ha. Very original. And you have a very nice blog.
But regret bahasa saya sebelum Merdeka, dare not comment in bahasa, nanti silap might get mistaken for marriage proposal, itu la lecheh, kan? Ha ha. Just kidding.
You have a great weekend and keep a song in your heart, best regards, Lee.
Uncle Lee,
Thank u visit here
Ikan emas just nickname
but beutiful and baik hati...
hehehe
get redirected here helpful site this page go to this web-site Get the facts go to this web-site
visit replica bags china address replica wallets this post Dolabuy Celine
Catat Ulasan