Selasa, 16 Februari 2010

Menangis kerana apa? ....Cinta ???...

Menurut Ibnu Qayyim ada 10 jenis tangisan.. Iyer ke? Kita pasti pernah menangis
cuma bila menangis kita tak pernah terfikir hikmah atau nikmat disebalik tangisan tersebut ;-


Orang perempuan dikatakan paling kuat (?) menangis..
  1. Menangis kerana kasih dan sayang

( rindu kat emak ayah ,keluarga, kampung...)

2. Menangis kerana rasa takut

( masa kechik-kechik dulu ,bila jalan dalam gelap,Mak Lang pulak suka tinggalkan kiter sorang- ..sekarang menangis takut bila ingatkan bagaimana sorang-sorang kat alam sana nanti....)

3. Menangis kerana cinta

( akahs....rindu, rindu serindu-rindunyaaaaaa...)

4. Menangis kerana gembira

( masa sain surat JAIP dulu...)

(la ni pun selalu meleleh air mata bila layan lawak si Tapa kat office tu..! )

5. Menangis kerana menghadapi penderitaan

( masa tengah deman 2 minggu tak kebah-kebah ,fikir macam-macam.......Tapi aku tau banyak lagi orang di luar sana yang menangis kerana penderitaan zahir,batin, emosi dan mental....)

6. Menangis kerana terlalu sedih

( emak dan ayah dah pergi untuk selama-lamanya...Al-Fatihah kutitipkan tiap waktu ...)

7. Menangis kerana terasa hina dan lemah

( nape ler ada manusia hipokret ..tak abis-abis nak buat fitnah ....)

( Ya Allah !! aku insan ini yang kerdil, berilah kekuatan , berikanlah aku hati-hati yang suci bersih,Hati yang segar mensyukuri NikmatMu,Lidah yang sentiasa menyebut namaMu,badan yang ringan menyempurnakan perintahMu, Iman yang sempurna .......)

8. Menangis kerana belas kesian

( tiap tahun pergi lawat anak yatim, orang tua-tua, orang susah ...Tunaikan Zakat, banyak-banyakkanlah bersedekah !!!)

9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis

( kes tengok filem hindustan laaa....)

10. Menangis kerana orang munafik - pura -pura menangis

( sajaaa...orang nangis , kita pun nangis jugak, hendaknya bila 'shooting ".....nak ambik hati la kononnya. )

Namun ada ramai yang ego tak tunjukkan yang mereka menangis..sorok-sorok.Tapi dalam hati,menjerit-jerit !!!!



Hari ini aku menangis lagi...tapi tak tau la dalam kategori mana ???




22 ulasan:

imanshah berkata...

menangis laki kawen lain lorgh!!

al-lavendari berkata...

saya mengaminkan doa awak di no 7 tu .. amin.

ZHARIF BADRUL berkata...

moga2 ikan emas tak termasuk dalam golongan yang menangis di nombor 10 tu

mamawana berkata...

Biasa nengok oghang laki nangeh...
Salman Khan, Shah Rukh Khan semua tu kaki nangeh. hek hek hek...

Mama nangeh masa kena quarantine kat spital kena kurung dlm bilik H1N1. Bila panjang umur lagi nangeh penuh kesyukuran...

ikan emas berkata...

Iman,
aiii...cikgu ,jangan buat fasal lorgh !1

ikan emas berkata...

Abg Lave,

Amin, Insyallah..doa yang tak pernah putus.

ikan emas berkata...

Z,
kalau tak menangis macam ada problem lain pulak...
Kalau Cina mati mesti ramai yang jadi no.10 kan ?

ikan emas berkata...

Mamawana,
macam mane kalau wana yang menangis?...mesti mamanya pun ikut nangeh jugak..

Syukur dah kembali sihat !

zino berkata...

ada orang tengok drama pun boleh nangis.. hehe

ikan emas berkata...

zino,
tu namanya feel...menghayati ..hehehe

mamai berkata...

menangis kerana ingin merasa nikmat menangis

ONE ZABA berkata...

menangis sebab tak dapat kawen lagi...hehh..hehhh!!!

ikan emas berkata...

mamai,
benar sekali !
aduhai...alangkah nikmatnya bila air mata keluar...

kakcikseroja berkata...

ada orang menangis, tapi tak keluar air mata, hanya keluar air hidung.. bukan kerana tangisan pura2, tapi kerana kilang airmatanya telah kering dan terpaksa menggunakan airmata tiruan.. Macam2 kan?

ikan emas berkata...

1Z,

ha ha...awak jangan buat hal !!
nanti tak larat nak daki gunung lagi !

ikan emas berkata...

KakChik,

Sian kan..

ez berkata...

menangis boleh melegakan..tp kalo menangis kerana lelaki adalah membuang masa.hehhe

ez berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ez berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ez berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ez berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ikan emas berkata...

ez,

lama mendiamkan diri yer !!
jenguk-jenguklah selalu