Jumaat, 19 Februari 2010

Kenapa Saya Perlu Mendaftar ?

Kenapa saya perlu mendaftar ?

Kenapa saya perlu mengundi ?

Mungkin soalan ini masih ada di benak warga negara ini.

Atau mungkin ada yang saja-saja buat tak tau , tak nak ambil atau…Atau memang tak tau apa-apa pun !

Sepanjang tahun 2009,SPR hanya berjaya mendaftarkan seramai 338,513 warga negara sebagai pemilih berbanding jumlah yang layak seramai 4.38 juta .Berapa peratus tu??? Ciput aje ..

SPR tak buat kerja ke ?

Selain daripada menguruskan pilihan raya, fungsi utama SPR juga adalah menjalankan urusan pendaftaran pemilih.Mencari dan daftarkan warga negara yang dah cukup umur. Tiap tahun bilangannya bertambah.Bila umur 21 tahun dah layak mengundi . Nak pangkah apa pun hak pemilihlah !

Dulu kalau nak daftar ada waktu dan tempohnya. Sekarang ni SPR dah pinda pendaftaran sepanjang tahun. Bila-bila pun boleh. Pergi pejabat SPR ke. Pejabat Pos ke,kaunter SPR yang dibuka di macam-macam tempat, kat IPT la, kat program ceramah la,pasaraya ,pasar malam dan EXPO pun ada!..atau melalui Penolong Pendaftar yang dilantik oleh SPR. Mereka ada yang dari wakil jabatan/agensi kerajaan atau dari parti-parti politik tak kira kerajaan ke bukan kerajaan ke. Mereka yang patut mencari ,bukan bila dilantik mereka hanya duduk goyang kaki tunggu orang datang..

Tengok ni...sian kawan kita ni, hari cuti pun dok kerja bukak kuanter..tapi gini laaa..
( petugas SPR N.Sembilan)

Macam-macam kempen dah buat, tapi kenapa masih lembap? Orang kita tak de kesedaran ke? Parti politik yang konon nak membela rakyat, mengekalkan kerajaan sedia ada ni patut kena proaktif la bab tugas ini. Sibuk nak menjadi Juara kepada rakyat, sibuk bercakap fasal kepimpinan, ketuanan Melayu la,demokrasi la ..Sebok nak buat Pertandingan PuteriKebaya la..tetapi bila nak pilihan raya baru sibuk menyemak nama atau nak mendaftar…haaa terkulat-kulat bila hak tak dapat digunakan.Macam anjing melalak di bukit lah !!

Ada syor supaya pinda saja akta sedia ada ni. Wajibkan semua warga negara mendaftar ,atau tak payah daftar-daftar sebagai pemilih, semua yang cukup umur Wajib mengundi..Relevan ke? Mana yang sesuai ??

Ayuh kekawan, mari ramai -ramai (eh betul ke tatabahasa ni?) kita pergi mendaftar..daftar di SPR bukan di Jabatan Agama..


Bila dan bagaimana agaknya PRU 13???

12 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...

Bagus...bagus...
Bagus entri ini.

Ramai golongan yang tidak mendaftar sebenarnya golongan 'cerdik pandai'!

Saat menugundi begitu juga...
Yang tidak berupaya, berkerusi roda, berpimpin...sungguh-sungguh pergi mengundi...
Tetapi yang sihat dan segar bugar dan berasa sangat selesa....tidak sanggup untuk beratur sekejap di pusat mengundi....

Saya selalu ingatkan murid-murid saya, meski masa itu mereka masih di usia 17....

ikan emas berkata...

Ckgu xiinam,
mengajar sejarah ke?
tp tak semestinya kan..gitulah peranan guru..

al-lavendari berkata...

setuju semua warganegara atas 21 tahun otomatik boleh mengundi ..

ONE ZABA berkata...

SPR tak main peranan la untuk tarik orang muda mendaftar.

ikan emas berkata...

En Lavendarian,

kat Lavendaer Hght, mesti ramai yang belum berdaftar..Pengerusi RT boleh bantu kempen ??

ikan emas berkata...

Cikgu 1z,

SPR bukan pakar kempen.Mereka pakar catat aje. Agaknya SPR kena buat macam kempen powerroot kot!

cikceriacorner berkata...

undi adalah kewajipan rakyat msia utk menentukan pemimpin masa hadapan..hehehhe

ikan emas berkata...

ez,
awak dah daftar ke?

IMANSHAH berkata...

saya dah 2 kali mengundi, dua kali calon saya kalah!! haha

ikan emas berkata...

iman,
awak undi sape?

ikan emas berkata...

iman,
awak undi sape?

ikan emas berkata...

iman,
awak undi sape?