Isnin, 1 Mac 2010

Hati Seorang Wanita yang Terpendam...siapa nak ambil tahu???

Ikan emas tak kenal siapa dia ni.


Tak tau latar belakangnya .Tak pernah dengar ceritanya. Tak pernah nak ambil kisah pun bagaimana latar hidupnya.Bagaimana landskap hayatnya.. Tetiba namanya terpapar. Ikan Emas pun nak ambil kisah!!...Bila kes Syafiah Humairah…terbongkar penuh tragis sungguh sadis. nama Siti Norhanim pun turut terdedah.Itu pun hanya melalui tulisan orang lain..menyebabkan ada perkara yang tidak benar turut ditulis.


Drama Melayu memang benar.Walau klise..itulah hakikatnya. Bagaimana orang Melayu ambil kisah fasal jiran tengga.Bagaimana orang kampung yang suka mengumpat.Suka gaduh-gaduh,mengamuk.Orang Melayu yang banyak masalah sosial.



Kenapa semua ini terjadi?Apa punca semua ini berlaku?



Wahai Siti,


Bersabarlah. Awak ‘memendam’ semuanya selama ini.Siapa yang menjadi ‘ escapisme’ awak? Ke mana kawan-kawan awak? .Apa sanak saudara awak buat? Kenapa tak berkongsi dengan ibu bapa?. Awak ibarat lari dari kandang harimau, masuk ke kandang buaya !.Salahlah kalau kita kata lelaki juga menjadi punca. “ Suami saya tak mahu lepaskan saya…”Saya mengaku telah lakukan banyak silap. Untuk itu ,saya berharap supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat membantu saya” Atau nak salahkan sistem syariah kita yang dikatakan menindas kaum hawa?.




Abang Mat,


Dalam mulianya hati awak membantu. Ada kasih menjaga anak kecil. Ada semangat bermasyarakat.Namun awak seolah-olah dibayangi. Ada kecelaruan .Bila awak dikawal oleh pengaruh lain,awak melarikannya melalui sepak terajang.Kesian budak kecil itu..dia menjadi tempat awak melempiaskan apa yang awak dan Siti simpan dan pendamkan selama ini.



SITI Norhanim Aziz memegang erat buku mewarna yang terakhir digunakan oleh Allahyarham Syafiah Humairah Sahari sambil dipeluk erat anak sulungnya yang juga abang kepada mangsa, Mohd. Syafiq di rumah keluarga mereka di Sungai Plong, Selangor, semalam. – utusan/Mohd. Naim Aziz


Catatan ini mungkin ada kaitannya dengan entri IE sbelum ini.
http://aksarapower.blogspot.com/2010/02/satu-keluarga-satu-kaunselor-apa-cerita.html




18 ulasan:

ONE ZABA berkata...

kehidupan yang semakin pelik..

tapi dah resam orang kita. akan melompat dan melatah kalau dah berlaku. lepas tu senyap semula macam tak ada apa yang berlaku.

ikan emas berkata...

eh...
cikgu ni tak msk class ke?

Frodo Baggins berkata...

tak tau kenapa beliau menumpang kasih dengan org camtu ... x paham!

ONE ZABA berkata...

dah lama aku ni tak masuk class. dah 6 tahun aku ni duk ofis.

mamai berkata...

bila akal yang diberi tidak digunakan dengan sebaiknya tapi kata hati yang diturutkan

ikan emas berkata...

Frodo,
ikut kata binasa
ikut hati mati..

ikan emas berkata...

mamai,
ni betoi2 mamai punyer kes..
sampai tak tau baik buruk
dosa pahala

ikan emas berkata...

1z,

ooooo...fahama la si ikan emas ni.
nanti bila IE naik gunung bolehlah terjah !

ghostWRITER berkata...

kenapa insan ini sering menjadi mangsa dek tangan2 ibu bapa yang alpa? menangis sekarang tidak terbayar dengan derita sengsaranya mangsa dalam meniti kehidupan, menongkah arus kehidupan,
untuk membina sebuah masa depan,
tapi sayang yang kelihatan cuma kain kapan,
yang dilitupi papan.....

Abd Razak berkata...

Salam..

Saya tidak mengetahui cerita sebenarnya..blur hinggalah tadi terbaca

Mak Su berkata...

maksu tak baca news ni, sengaja x nak baca sbb ngeri baca tajuk beritanyer :(

ikan emas berkata...

ghost,
kalaulah IE ni jadi hantu tentu dah lama ku pukau sipuaka tu jadi hantu..
Nanti kalau awak dapat baby jaga bebaik tau !! opps jgn lupa jaga mak baby juga

ikan emas berkata...

en. razak,
nak baca kat suratkhabar pun kadangkala ntah betul ke ntah salah..yang pasti kena nilai dan rasa bertanggungjawab juga

ikan emas berkata...

maksu,

lepas ni berita apa pulak yang kita terima...macam badi lak kan?

Mybabah berkata...

Salam. Banyak kecelaruan dalam berita ini. Kalau betul si ibu hidup berkesedudukan selama 6 tahun dengan si pembunuh, tak ada justifikasi yang dapat membela dia. Hal durjana berkesedudukan tidak boleh dijadikan alasan kerana sistem markamah Islam lemah...Nanti kelak semua jenayah akan menjadikan alasan yang sama untuk mereka melakukan jenayah. Saya sangat-sangat tidak seberpendapatan dengan anda dalam kes adik Syafiah ini...

ikan emas berkata...

babahku sayang,

i) Pertama-pertama ingin IE jelaskan bahawa tatahidup dan hukum hakam kita tetap berlandaskan Al-Quran dan dipandukan bersama hadis..

ii) Sy tulis isu ini dari sudut pandang psikologi bukan agama, walaupun perlu diakui bahawa psikologi mesti seiring dengan ajaran agama.

iii) Secara peribadi sy jg emo dan amat marah serta tak setuju sama sekali dengan apa yang telah mereka lakukan..

al-lavendari berkata...

ini satu tragedi .. bala apakah yang akan menimpa kita. kes ini perlukan maklumat yang lengkap sebelum boleh di komen. namun begitu apa pun alasannya atau puncanya, kenapakah tergamak seorang manusia lelaki dewasa melakukan perbuatan itu kepada seorang anak kecil yang tiada daya upaya untuk mempertahankan diri apa lagi untuk melawan.
saya sedikit pun tidak merasa megah dengan taraf negara yang menghampiri negara maju dan peningkatan ekonomi yang memberansangkan jika insiden seumpama ini terjadi lepas satu satu.

ikan emas berkata...

En Lavendarian,

...t.kasih.Setuju benar tu. pjg pulak komen kali ni ya