Ahad, 21 Februari 2010

Apam Johol Janda Pulang

Al-Lavendari ada menggunakan apam dalam puecxrtnya.Dan Ikan emas komen balas dengan apam Johol. Nah inilah dia Kuih Apam Johol tuu..

Asas resepinya daripada tepung gandum,yang balut tu guna daun rambai.Cara buat IE tak tau..tukang buat tak bagi resepinya ...Rahsia katanya..!!!

N.Sembilan ada Dasar Think Tourism dengan tagline Keunikan Budaya Destinasi Popular.Maka dinamakanlah beberapa ikon dan identiti yang boleh dijadikan 'harta intelek' Negeri adat perpatih ni. Selain daripada bumbung lentik ,tarinya pula tumbuk kalang dan randai, makanan gulai lemak cili api ,kuih apam Johol ni pula sodap dimakan bersama minuman Air Jando Pulang.
3 assignment siang tadi, namun tak jumpo lak menu-menu tersebut. Yang ado ni..

Panta Pucong
( lauk pauh atau kuih muih yang di dalam dulang, tutup dengan tudung saji dan dibungkus dengan kain batik,
lepas tu bawa ler ke mana tujuannya...)

Dan jumpa jugak adat budaya yang ini...

penganti bertandu
,...adat ni ada lagi kat kampung tu.Kali Petama tengok, seronok pulak...meriah !!



Nak tahu selanjutnya tunggulah bila disiarkan....
p/s: Lama tak dengar berita PoKLi orang Rantau, tentu boleh bantu info ni kan!!











27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macam sedap jer apam johol tu.. saya xpernah jumpa dan xpernah makan pun. Kat sini takdelah kuih tu..

ISAC berkata...

Nama mengancam betul....Kalau Janda Muda yang jual sure laku....

ISAC berkata...

Salam IM, mohon linkkan blog saya;
http://bumiyang.blogspot.com

IMANSHAH berkata...

Tu dia gebu betoi, daun pisang tak bleh ka??

ikan emas berkata...

Finaz,
org Johol pun belum tentu tau buat. Memang sedap !

...macam ne nak ajak u rasa yer?

ikan emas berkata...

Isac,
ehh..

kalau nak tau podehnya lado
ditumbuk2 digiling-giling
kalau nak tau banyaknya jando
kek pilah pokan senaling

( tapi rasanya jando dah terlebih muda kot...)

ikan emas berkata...

iman,
IE ni tau makan aje..buat pun tak tau..Rasanya boleh kot,tapi dia org kata wangi daun rambai tu yang menyodapkan kuih tu.


Nanti kita 'google'nak tau macam mana nak buatnya

Pok Li berkata...

Dulu maso kek Pilah selalu makan kek kepalo hidang. Makan kepala kambing. Orang kahwin tu dipanggil berarak. Selalunya buat malam hari. Ada pacak lilin lagi di sekeliling tandu tu. Itu cerita dolu-dolu. Sekarang dah jarang sangat buat.

Pok Li berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nohas berkata...

Air Jando pulang...air apa tu pulak?? Tak pernah dengar..

Mak Su berkata...

apam johol? oohh, patutlah maksu tak tahu. maksu dok kat rembau.

pengantin bertandu, tahun 70an, awal 80an masih ada di kg maksu... lama-kelamaan tak ada dah. pengantin sila jalan kaki sendiri, hehehehe (tukang angkat tu dah sakit pinggang kot)

ikan emas berkata...

PokLi,
salam kembali..di mana membawa diri sekarang ?..hahaha

....NS memang banyak keunikan.

ikan emas berkata...

Nohas,
haa, org nogori pun banyak yang tak tau atau tak pernah dongar ....

hehehe...sedap sangat...terutama musim-musim panas ni.

IE seratus peratus yakin Nogas dah pernah minum air ni...keh keh keh.

...ada cerita disebalik nama air tuu.Air kelapa campur sirap daaa

ikan emas berkata...

Maksu,

agak sukar nak jumpa kuih ni..

...tu yang IE suka sangat masa tengok pengantin tu dihayun dek tukang pikul tuu..kalaulah berdebap ,macamne??

Insan Biasa berkata...

suka apam ...

al-lavendari berkata...

patutlah saya asyik tersedak .. ada orang sebut nama saya. tempat jual apam tu dah tahu .. tapi hajat nak ke sana belum kesampaian lagi.

ONE ZABA berkata...

boli apam dapek jando...ha... lagi untuong!!!

kalau dapek anak mak jando...lagi la untuongnyo. sayang semuonyo udah terlambek !!!

ikan emas berkata...

Insanbiasa..
awak memang insan
sebab suka apam !

ikan emas berkata...

Abg Lavendari..

Selain daripada apam..
kat Restoran tu ada byk menu nogori..

ikan emas berkata...

Cikgu1,

ai ?

kan ada pepatah kata
kalau nak memikat anak kenalah oikat ibubapanya dulu..
haa..nampaknya sekarang ni bahaya kalau guna petua tu ..

Ckigu ada berani,cubalah ?

Che' Pit berkata...

erk buat 1st time serta pertama kalinya CP melihat apam itu..

tentu sedap kalau dapat masuk ke perut CP, ngeh ngeh ngeh

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

emmmm kalau bagi kat nenek saya pasti dia suka...

ikan emas berkata...

CP,
ngeh ngeh ngeh...megah den ..

tu 1st time tengok..belum 1st timen rasa..baru tau penangan orang Johol !! ngeh ngeh ngeh

ikan emas berkata...

Alimaz,

apa lak nak bagi kat nenek ..awak aje la rasa, baik punyer cucu la awak ni.

Tanpa Nama berkata...

kalau apam johol ni kak roah kek pdg jual tu buek memeng mavelous...

masharryfly berkata...

kalau apam johol ni kak roah kek pdg jual tu buek memeng mavelous...

Tanpa Nama berkata...

Masa eden kocek dulu, eden selalu makan kuih apam johol ini yang omak eden buek.....Rahim Dahlan , Kg. Renggoh.