Isnin, 4 Januari 2010

Kehilangan di tahun 2009..sedihnya masih terasa


Dah beberapa hari 2009 ditinggalkan.Namun apa yang terjadi di tahun 2009 masih terasa.Bersyukur dengan nikmat yang datang.Namun tetap sedih dengan kehilangan tidak terduga..

  • 1 Januari tahun ni masih terasa fobianya. Dua tiga kali terjaga bukan kerana nak tengok gerhana tetapi peristiwa pagi 1 Jan tahun 2009 masih menghantui. Kereta kesayangan hilang di laman rumah..fikir2 dalam banyak-banyak tu kenapa yang itu diambilnya? ntah dah jadi apa agaknya..
  • 30 Mac 2009 , kali terakhir jumpa dia..terus senyap dan lenyap ntah ke mana..Kalau mati tentu ada kuburnya, yang pasti ingatanku kepadanya tak pernah mati!
  • 21 Ogos 2009 - Sehari sebelum puasa.Kerana kelalaian ,ku kehilangan barang berharga ini.Dompet tu adalah hadiah istimewa yang ditempah khas dari orang tersayang .Bertahun-tahun dah guna…habis semua dokumen ,betul-betul menyusahkan.
  • 24 September 2009 - Berita mengegar .Ayah pergi untuk selamanya.AL-Fatihah untuk ayah.Ampunkan anakmu ini!!.Semalam kulawati pusaramu, semoga ayahanda aman di dunia sana.
  • 6 November 2009 –Pangilan telefon didinihari benar-benar mengejutkan..42 hari pemergian ayah, abang iparku pula menghembuskan nafas terakhirnya. Maka tinggallah kakakku bersama dua orang anaknya meneruskan kehidupan jauh di perantauan..

......banyak peristiwa,dugaan dan kejadian yang hampir-hampir menghilangkan semangatku ! Wahai ! bangunlah!






13 ulasan:

al-lavendari berkata...

semoga tahun baru ini menjanjikan kebahagian dan kegembiraan pula hendaknya. Insyallah.

ikan emas berkata...

Insyallah..

Faridrashidi berkata...

Sabar Puan.. sabar.. saya faham.

Saya doakan Puan mampu hadapi semua ini dengan tenang. Insya'Allah akan ada hikmahnya. Bersedih itu perkara lumrah manusia, namun apa yang lebih menakutkan ialah kehilangan kekuatan menghadapi kesedihan berpanjangan.

Mari kita baca ini>

http://www.faridrashidi.com/2010/01/02/jangan-seleweng-penggunaan-kalimah-allah/

myQza berkata...

semoga 2010 menjanjikan sinar ceria!

Jard The Great berkata...

stp org pasti ade 'tahun'nya yg jadi tahun hitam die.. huhuhu..

bertabah la ye....

Tanpa Nama berkata...

Tentu ada hikmahnya disebalik setiap yang berlaku.
Bersabarlah.

ikan emas berkata...

Ustaz Farid,
Terimakasih..

ikan emas berkata...

SiTedi,
Sinarnya dah semakin menyinari

al-lavendari berkata...

saya dah balas pantun awak ! kita berbalas pantun lagi di dalam entri saya yang akan datang nak ?

ikan emas berkata...

Jard,
terima kasih krn sudi mejenguk laman kita..
mai la join sembang lat sini

ikan emas berkata...

Abg Lavender,
ok...jual beli pantun tak pyh guna modal !!

Abu Aiman berkata...

semoga sama2 terus tabah mengharungi liku-liku kehidupan...

ikan emas berkata...

Abuaiman,
salam peluk cium kat aiman.Selamat tahun baru