Ahad, 24 Januari 2010

Dah 25 laporan...Wahai, belajarlah dari peristiwa lalu

  • Zaman globalisasi ni rupa-rupanya manusia tidak belajar dari sejarah..Kes-kes terdahulu rupa-rupa hanya mainan pada mereka...Nah, bagaimana sekarang ?
  • Dilaporkan dah ada 25 laporan polis dibuat terhadap penulis maya tak berdakwat ini. Bersedialah menerima padah akibat idea 'kreatif' yang teramatlah kurang ajar dan diluar batasan kemanusiaan..khususnya orang Melayu-Islam.
  • Ikan emas mmg dah lama menjadi pengikut si blogger ni. Namanya sahaja dah menggambarkan bagaimana sifatnya.Kejap mahu watak baik ,kejap mahu menjadi watak antagonis . Manusia dua alam atau beralam-alam, hipokrit ,tak ada pendirian walaupun mengaku kononnya punya ilmu Islam..mahu mengangkat Islam. Menjadi pengikut bukan bermakna setuju dengan apa tulisannya.
  • Bukan terpengaruh dengan sebaran idea yang diragui kesahihannya.
  • Selama ini pun dah banyak tulisannya mengegar jantung, dah banyak peribadi yang terhina, dah banyak yang dilacurkannya dengan tulisan biadapnya..
  • Membaca tiap catatannya menimbulkan keraguan, inikah pewaris bangsaku? inikah pejuang agamaku? Kurang ajar, tidak berbudi bahasa dalam tiap tulisannya.Atau inikah perosak bangsa dan agamaku???...Sesekali terhibur juga dengan catatan lawak dan lucu tetapi penuh sindiran sinis.
  • Ntah dah berapa banyak pemimpin negara baik orang kerajaan atau pun pembangkang, baik orang agama,orang politik semuanya dah terkena panahan senjata pena maya si AT ni...
  • Anak siapakah yang telalu biadap, kurang ajar dan sungguh tidak sopan ini?
  • Ketika membuka catatannya di blognya ketika itu, menyelinap darahku, geram, marah teramat sangat ,rasa nak ku tembak sahaja si penulisnya. Cuma aku tak mahu menjadi antara lebih 200 orang yang menghentam dia di maya...Biar pihak berkuasa yang menyiasat dan mengambil tindakan...
  • Belajarlah muhasabah diri, bertaubatlah ! ,
  • Siapakah awak di negara ini? Kalau awak anak Melayu , banggalah dengan pengorbanan Raja-raja Melayu,
  • Kalau awak pemuda Islam, daulatkanlah raja sebagai Ketua Agama Islam... Islam tidak pernah mengajar umatnya menghina sesama manusia.
Itulah sebabnya kenapa Dato' Seri Dr Rais Yatim suruh kita membentengkan diri daripada media sosial ini... Inilah jadinya bila bentengnya rapuh, tiada jatidiri yang boleh menjadi landasan. ( kepada sesiapa yang masih keliru dengan kenyataan Dato Rais ini, silalah semak teks penuh ucapan dan kenyataan semasa sidang akhbarnya ... Ikan emas sendiri yang catat satu persatu !!...giler punya manusia tetiba respon bodoh kat twitter.... eh kan dah tunjuk bodoh sendiri?macam mana la nak menjadi imam pemuda ?)
Alamak , Ikan emas betul-betul dah emosional ni


19 ulasan:

myQza berkata...

baru kenal dia. mungkin x selama IE.

pandangan pertama : dia berani cuma mungkin silap percaturan.

oh IE! Jangan salahkan ibu mengandung!

Unknown berkata...

sikap manusia,,bila dah ada kuasa .....bongkak....mujur tuhan bagi pbalasan kat dunia...sempat lagi taubat....buat peringatan.

ikan emas berkata...

sitedi,

...ampun !!,ntah-ntah ibu dia pun tak tau kerja dia selama ini.

ikan emas berkata...

sitedi,

...ampun !!,ntah-ntah ibu dia pun tak tau kerja dia selama ini.

ikan emas berkata...

Bocah kg,

i) IE tengah cari makna bocah ni.. teringat dulu YAB MBNS ada sebut perkataan ni..

ii)setiap kali membaca catatan AT IE akan berkata " suatu ketika nanti tentu kena budak nii...akhirnya benar apa yang IE fikirkan..")

ONE ZABA berkata...

semoga dia mendapat keampunan dan perlindunganNya.

zainal mohd jais berkata...

Salam,

Itu cuma salah satu ciri produk yang terhasil dari 'terapi barbarian' berpanjangan oleh kelompok desparado, jumud dan rebel.

Kalau kita terus selesa/biarkan trend politik sekarang,
Jangan terkejut, akan ada yang lebih dahsyat dari itu...

nohas berkata...

Kelompok yg cuma berani di alam cyber, maklumlah identiti tersembunyi..play safe..

ikan emas berkata...

En. Zainal,
T.Kasih dan selamat datang ke laman ini.

..politik tidak salah, pengamalnya yang songsang. Jadi, kita juga punya tanggungjawab menjadikan politik suatu amalan yang bersih.

ikan emas berkata...

nohas,
jangan lupa SKMM sentiasa skodeng !!!

al-lavendari berkata...

AT tu Adukatakguna tu ke?

ikan emas berkata...

abg El-

org nogori ...dia dah delete entry biadap n derhaka dia tu..siap mintak maaf pulak mcm ala-ala aje.

ikan emas berkata...

Cikgu one,
harap-harap anak murid cikgu tak ler jadi macam budak ni yer!!

Mamai berkata...

pandai buat panadai la tanggung kadangkala manusia lupa nak guna akal

ikan emas berkata...

Mamai,
awak jgn mamai macm mereka ni juga ya..ada lagi yang kurang ajar..

http://guttermalaysia.blogspot.com/2010/01/sultan-of-johor-is-dead-bravo.html

Yunus Badawi berkata...

Salam ikan emas.

saya tak pernah masuk blog dia. Cuma semalam menjengah kejap lepas riuh2 tu. Dengarnya dah kena tahan dan dibawa ke JB. Semoga menjadi pengajaran kpd kita semua utk lebih beretika ketika berblog.

ckLah @xiiinam berkata...

Apabila sudah tida jati diri dan lupa akar umbi.....





Entah bila kali terakhir melafaz Rukun Negara....

yanmaneee berkata...

golden goose
curry 4
supreme new york
timberland outlet
moncler jackets
nike air max 95
kyrie 5
balenciaga
michael kors outlet online
coach outlet

Unknown berkata...

here are the findings Louis Vuitton replica Bags read this post here Dior Dolabuy this hyperlink Dolabuy Goyard