Ahad, 31 Januari 2010

Lelaki Melayu Tak Romantik ???...Siapa nak jawap??

Benarkah Lelaki Melayu Tak Romantik?



Seorang perempuan Melayu menulis di sebuah akhbar hari ini. Kat fb ramai kekawan bangkitkan isu ini. Tetiba Ikan Emas teringat sebuah cerita..cerita yang dah banyak orang tahu...saja teringat apa tah lagi ada watak ikan emas..

Di suatu majlis jubli emas sebuah perkahwinan .. .

Sebelum menikmati jamuan , semua jemputan mengikuti simbolik penyerahan hidangan istimewa dari si suami kepada isteri tercinta.Hidangan itu adalah seekor ikan emas yg diletakkan di sebuah piring besar yg mahal lagi bersalut emas.Ikan emas itu dimasak oleh chef bukan wan yg sangat terkenal.

"Hadirin sekalian, ikan emas ini bukanlah ikan yang mahal.Tetapi, inilah ikan kegemaran kami berdua, sejak kami menikah dan masih belum punya apa2, hingga usia perkahwinan kami yang ke-50 dengan segala kemewahan ini.Ikan emas ini tetap menjadi simbol kedekatan, kemesraan, kehangatan, dan cinta kasih kami yang abadi," kata sang suami, dalam ucapan singkatnya.


Lalu, tibalah detik-detik istimewa dimana seluruh hadirin sudah begitu teruja..Sang suami mengambil piring, lalu memotong bahagian kepala dan ekor ikan emas. Dengan senyum mesra dan penuh kelembutan ( perasan dia la), ia berikan piring berisikan potongan kepala dan ekor ikan emas tadi kepada isterinya. Ketika tangan sang isteri menerima piring itu, serentak hadirin bertepuk tangan dengan meriah.Untuk beberapa saat, mereka ikut terbawa oleh suasana romantis, penuh kebahagiaan, dan mengharukan tersebut.


Namun suasana tiba-tiba jadi hening dan senyap.Samar-samar terdengar isak tangis sang isteri yang akhirnya memecah kesunyian.Para tamu yang ikut tertawa bahagia mendadak jadi diam, menunggu apa gerangan yang bakal terjadi.Sang suami dah jadi bingung.


Lalu ia mendekati isterinya dan bertanya "Mengapa sayang menangis?"

Setelah tangisan reda, sang isteri menjelaskan "Suamiku?sudah 50 tahun usia pernikahan kita.Selama itu, aku telah melayanimu dalam duka dan suka tanpa pernah mengeluh.Demi kasihku kepadamu, aku rela selalu makan kepala dan ekor ikan emas selama 50 tahun ini.Tapi sungguh tak kusangka, di hari istimewa ini engkau masih saja memberiku bahagian yang sama.Ketahuilah suamiku, itulah bahagian yang paling tidak aku sukai." tutur sang isteri.


Sang suami terdiam dan terpana sesaat, lalu dengan mata berkaca-kaca, ia berkata kepada isterinya," Isteriku yang tercinta??? 50 tahun yang lalu saat aku masih miskin, kau bersedia menjadi isteriku.Aku sungguh-sungguh bahagia dan sangat mencintaimu.Sejak itu aku bersumpah pada diriku sendiri, bahwa seumur hidup aku akan bekerja keras, membahagiakanmu, membalas cinta kasih dan pengorbananmu. " Sambil mengusap air matanya, sang suami melanjutkan, "Demi Tuhan, setiap makan ikan emas, bahagian yang paling aku sukai adalah kepala dan ekornya????..Tapi sejak kita menikah, aku rela menyantap bahagian tubuh ikan emas itu.Semua kulakukan demi sumpahku untuk memberikan yang paling berharga buatmu."


Sang suami terdiam sejenak, lalu ia melanjutkan lagi "Walaupun telah hidup bersama selama 50 tahun dan selalu saling mencintai, ternyata kita tidak cukup saling memahami.Maafkan saya, hingga detik ini belum tahu bagaimana cara membuatmu bahagia." Akhirnya, sang suami memeluk isterinya dengan erat.

Tetamu pun tersentuh hatinya melihat episod tadi.

Apakah yang kita dapat daripada cerita tersebut???






30 ulasan:

ONE ZABA berkata...

moralnya...

jangan makan ikan emas. makan la ikan patin ke...ikan kerapu ke...ikan kali ke...ikan keli pun tak pa. banyak isi belaka tu.

xiiinam berkata...

Ikan emas......

Bagilah emas.....kan!

Che' Pit berkata...

Apakah yang kita dapat daripada cerita tersebut???

hmm CP dapat TAHU bahawa ikan emas boleh dimakan.. selama ni CP ingat ikan emas tu utk perhiasan jer, huhu..

Thanks for the info ngeh ngeh ngeh..

Mybabah berkata...

Salam. Babah ingat di penghujung cerita si isteri akan mengungkit selama 50 tahun sang suami hanya mampu menghadiahi seekor ikan emas bukannya sebungkal emas yang selalu menjadi pengerat hubungan suami isteri (?).

ISAC berkata...

Moral of the story.....


Para isteri yang mengatakan suami "Melayu" mereka tidak romantik sebenarnya isteri yang "gagal" memahami pengorbanan suami mereka.....

:) Itu yang saya faham lah IE

ikan emas berkata...

Cikgu1,
tengahari tadi saya masak ikan kerapu masak 3 rasa..tapi dah jadi bermacam-macam rasa...

1 lagi nak bagi tau,
kat NS ni ikan sembilang pun depa panggil ikan keli...tak kira darat ka laut ka, tawar ka masin kaa

ikan emas berkata...

cikgu no2,

betoi, kalau sayangkan isteri hadiahkanlah emas berketul-ketul macam mak mami tuu.

ikan emas berkata...

Chepit..

ntah ..kesian ikan emas tu,
yang penting Ikan Emas yang ini enggak boleh dimakan....enggak boleh dipegang,,tapi bia saja diajak gomong-gomomg oo

ikan emas berkata...

Mybabah,

ehh..bagus juga kalu itu yang difikirkan...haaa cepat babah pegi la kedai emas hadiahkan kat mem tuu..
kalau dia tak mau bagi aje kat ikan emas di sini.

ikan emas berkata...

Isac,

t.kasih yer datang ke kolam ni..
ingat tadi isac newton john ke ..

okay,kekadang IE sendiri pun tertanya apa benda binatang romantik tu??

agaknya perempuan melayu kata lelaki melayu tak romantik sebab:-

i) tak ingin atau tak pernah nak sebut i lov u pun..
ii) bila dating ( tak kira masa dah kawin ke belum ke ) asyik perempuan yang bayar. Kedekut tapi tak kaya juga !
iii) tak ingat nak wish birthday ke apa ke..sebab lelaki memang lemah bab matematik !
iv)Bila janji tak pernah tepat..

banyak lagi laa..
Tak romantik pun tak apa ,janji SETIA

Pn Kartini berkata...

Salam dear..
Dalam apa jua...terima seadanya suami..
kerna kita juga mengharapkan si suami menerima kita seadanya kita...:):)

Pe2 satu pengkongsian yg menarik sekali..:)tq dear!

imanshah berkata...

kak ikan, ambo romantik je..try dulu baru tahu..huhu

Hamzah Abd Hamid berkata...

apa yang saya dapat ? kalau nak apa-apa .. cakap terus, jangan simpan2 !

Frodo Baggins berkata...

kesimpulannya ....
x ske ckp x ske
x yah pendam2
kehkehkeh ~
tp tacing sioott gak story ni


>>___<<

ikan emas berkata...

Pn Tini,

nampaknya tiada lagi yang jawap apa sebab pasangan berkenaan tiada persefahaman......????

ikan emas berkata...

Iman,
betul ke orang kata ( jangan perasan pulak tau ) Awe Kelantan yang paling romantik ??( dalam kategori lelaki Melayu laaa...huhuhu

ikan emas berkata...

En. Hamzah yang disayangi...

dah panjang (banyak ?)list yang saya nak....nanti saya post melalui mimpi tuan!

ikan emas berkata...

Frodo,
kau la adikku yang cekap tangkap ..

benar , masalah KOMUNIKASI laa tu..

( betul mcm kata Abang lavendari kat atas tuu...cakap aje apa yang kita nak..

YB Raz berkata...

x paham weiii..boleh makan ke ikan emas???

ikan emas berkata...

YB Raz,
t.kasih singgah ya..
Kita ikut awak boleh!!

...pokok dek engkou la nak makan ke idak..

zainal mohd jais berkata...

Egois- menyebabkan manusia tak rasa perlu untuk memahami perasaan orang lain, walaupun pasangannya sendiri.
Romantis- satu lakonan selepas ada analisis kesukaan dan keghairahan pasangan.
Perempuan kena hati-hati, semakin romatis seorang lelaki, dia semakin hampir dengan dengan kepura-puraan.

ikan emas berkata...

En Zainal,
..semakin kuat kepura-puraannya semakin kuat terserlah kebodohannya.

..sekarang tak kira lelaki-perempuan sama saja lakonannya.

ghostWRITER berkata...

Terima kasih ikan emas..
hadiah yang amat bermakna.. apapun jangka bulan 9 akan dapat hadiah lagi..heheheh..

p/s: aku tetap lelaki paling romantik n caring buat isteriku...

ikan emas berkata...

ghost,
k..bulan 9 nanti post untuk generasi 2010 pulak...

haa..sah awak hantu pun romantik jugak!!!

ZHARIF BADRUL berkata...

salam
walaupun dah berkahwin berpuluh tahun tak semestinya kita sudah betul2 mengenali pasangan kita

nohas berkata...

Berterus-terang, jangan buat assumption..

Biar tak romantis tapi penyayang & pandai menghargai..huhu..

ikan emas berkata...

zharif,
tuu la antara masalah orang melayu..jurang komunikasi menjadikan konflik berterusan

ikan emas berkata...

nohas,

kekadang nak jaga hati ..tu yang ada kena simpan-simpan.

Bagi perempuan pula,jujur dan percayakan kat suami jangan bagi sampai 150% !

Tanpa Nama berkata...

sape cakap lelaki melayu tak romantik, cuba becinta satu hari dengan saya tegok.................

日月神教-任我行 berkata...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇