Selasa, 19 Januari 2010

...izinkan aku membalut rindu ini


Di hujung ini
Resah bersahabat sepi
Dalam riuh membingit sunyi
Membara membakar rasa hati
Denyup jantung berderai
Belayar di antara mimpi
Sukarnya menepis bayang
Susahnya menyingkir sayang
Gelora menghimpit rindu
Tersepit dalam jerat kehancuran
Terpisah antara ruang dan waktu
Berbeda kata dan laku
hati selamanya tak akan menyatu
Kerana itu
Akhirkanlah sandiwara
Kerana ia hakikat yang takkan terungkai.

…………….izinkan aku membalut rapi rindu ini.






18 ulasan:

ONE ZABA berkata...

teringin sungguh aku membalut rindu itu....

apakan daya...


jejariku tak sampai....

al-lavendari berkata...

memang sukar menepis bayang ! bawa bersabar. jangan ikutkan perasaan nanti stress.

Frodo Baggins berkata...

wa datang membalut rindu ~


>>___<<

nohas berkata...

Bila rindu, ku sebut namamu..

Balut rapi rindumu itu, lalu disimpan kemas di sudut hati..wa mau nangis..

Tanpa Nama berkata...

sakit rindu ke?
rindu siapa?
jangan dikejar bayang.
Baik kejar orangnya.

ikan emas berkata...

1Zaaba,
mana nak sampai dah cikgu duk atas gunung !

ikan emas berkata...

Tuan- stress dah hilang bila en.El layan kolam ni.

PakChik- terima kasih kerana nasihat.

Abang-sesekali layan jiwang apa salah kan!

Awak-Sy hanya tulis suka-suka je

ikan emas berkata...

Frodo,
mai la datang...
wa tunggu dg carpet nerah

ikan emas berkata...

nohas,
u sebut nama sape?
ikan kaloi ??

jangan nangis....
sebab nanti den pun nangis sama

wa..wa..wa..wa..wa..

ikan emas berkata...

anoy,

bayang yg kejar den,
kalau orang yg kejar, lagi la den pecut lari..bahaya wooo

xiiinam berkata...

Puitis.......

ikan emas berkata...

xiinam,

puitis???
hentam aje la labu!!

ZHARIF BADRUL berkata...

wah..sangat berpuitis :)

jangan disimpan rindu itu
kelak ia akan melilit rasa jiwa
yang mencengkam seluruh tingkah laku :)

Prasert E.C. berkata...

Aku pun selalu rindu tapi tak reti camna nak balut. Rindu tu buktinya kita ada perasaan mendalam terhadap benda di luar diri kita.

Pok Li berkata...

Teringat lagu rindu.....

ikan emas berkata...

z,
t.kasih, lama tak menjeguk ya!
nanti ikan emas kena poskan rasa rindu ni jauh-jauh

ikan emas berkata...

Prasert,
maknanya kita kena Berterima Kasih dan anggap perasaan ni sebagai suatau Nikmat..

Terima kasih kerana rasa ini
terima kassih kerana rindu ini
Terima kasih kerana cinta ini

ikan emas berkata...

PokLi,
Wow ! ke mana lama menghilang?
merajuk ke?

...nyanyikanlah lagu rindu itu..