Sabtu, 9 Januari 2010

Bertenanglah!! Itu Bukan Cara Kita Berjihad!!

Kepada Rakan Sebangsa Seagamaku,

Ikan emas berdoa dan berharap supaya rakan sebangsa seagamaku tenang dan bersabarlah! Kupanjatkan doa supaya Allah memberikan kita kekuatan serta kesabaran untuk kita menghadapi rasa duka dan sakit yang amat menghiris hati ini akibat keputusan yang dibuat oleh mahkamah.Semoga Allah meningkatkan tahap keimanan dan ketaqwaan kita akibat terlalu luhur bertoleransi .Semoga Allah memberikan ilham agar segala kekusutan ini dapat dileraikan dengan penuh harmoni.

Wahai rakan sebangsa segamaku!...bertenanglah!!
Memang dari zaman tok nenek,sejak celik mata dan sampai mati nanti pun kita berpegang kepada “ Melayu itu Islam-Islam itu Melayu”.Artikel 160, Perlembagaan Persekutuan pun jelas daa...Pantang atuk nenek kita kalau ada sesiapa yang biadap dan mengusik hal-hal agama Islam ini. Bagi kita nama dan kalimah Allah itu hak Islam , hak yang kita agongkan,menjadi tiang malah menjadi norma dan nilai kehidupan kita.Mereka ada tuhan yang ada nama sendiri, kenapa nak juga guna nama tuhan kita?..tak ke ini mencabar?

Wahai rakan sebangsa seagamaku!...bertenanglah!!
Terimalah hakikat bahawa kerajaan dah berusaha…KDN dah dapat tangguhkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi…Kita bertenang dan bersabarlah, kita sama-sama berdoa supaya Mahkamah Rayuan benar-benar serius ,ambil kira sensitivity, jatidiri malah budaya yang dah sekian lama kita alami di Negara ini ! Sedarilah kita berada di bumi Tanah Melayu, bukan Indonesia atau Thailand..Doakan keputusan kali ini memihak kepada kita..biar semuanya dalam aman, harmoni.Biarlah hakim membuat keputusan berlandaskan reality , asas dalam undang-undang Perlembagaan Persekutuan itu usah disempit tafsirkan.Fikirkanlah hati-hati yang dah terguris ini..hati-hati yang merasa amat kecewa hingga mampu menimbulkan nafsu dan perasaan amarah!!

Wahai rakan sebangsa seagamaku! Bertenanglah!!
Jangan ikutkan nafsu dan perasaan amarah!..adalah lebih elok kita berjhad secara aman, kita berjuang menggunakan akal waras. Tak payahlah nak jerit-jerit,gaduh-gaduh atau ugut-ugut,,,kalau ada yang masuk penjara siapa yang susah?..kita dan keluarga kita juga, agama kita juga jadi tercemar. Orang Melayu-Islam bukan jenis emosional. Orang Melayu-Islam bukan bangsa pengganas.
Janganlah nak main Molotov koktil atau mercun…raya Cina lama lagi…nanti kita juga yang dituduhnya.. Bila tempat mereka rosak , jangan marahkan pemimpin kalau mereka dapat bajet besar untuk repair tempat mereka.Jangan cemburu kalau tempat mereka jadi makin besar ,makin gah ,makin hebat!!

Wahai rakan sebangsa seagamaku!..bertenanglah!!
Tak rasa malukah dengan alasan hakim Mahkamah Tinggi dulu?Konon keputusan dibuat berasaskan perlembagaan Pekara 11(4)membenarkan nama Allah digunakan oleh bukan Islam untuk menyebarkan agama kepada bukan Islam juga?..Haa…hakim mengambil kira isu ini bagi penganut agama Kristian di Malaysia Timur..Justru itu , wahai rakan segamaku,,,kenapa isu ini kita diamkan?...Ayuh !! fikir dan bertindaklah bersama-sama untuk kita menangkis corak dakwah mereka , kita mantapkan lagi syiar dakwah Islam di sana..Apa usaha kita? Apa usaha parti yang kononnya memperjuangkan Islam?..tak usah sekadar marah , tak baik fitnah kata golongan ini yang membakar tempat ibadat Kristian, janganlah asyik nak labelkan orang tu berdosa sebab dah mengusik harta dan hati kafir tu ? Jangan hanya heboh tentukan sape yang layak jadi ahli syurga.. ..TETAPI Tok Guru, tolonglah tanya sendiri apa yang parti Tok buat untuk kembangkan syiar dakwah serta perjuangan Islam hingga ke Borneo??


Wahai rakan sebangsa seagamaku!..bertenanglah!!
Kita jaga kesucian agama kita.Kita junjung agama kita sebagai agama rasmi.Kita daulatkan keharmonian sebagai asas agama kita.Konsep penerimaan 1Malaysia bukan bermakna kita menggadaikan agama.Gunakanlah masa ini untuk kita bersatu ..waktu untuk mengeratkan ukhwah sesama bangsa dan agama.Jangan bagi ruang kepada yang menangguk di air keruh, jangan tertipu dengan topeng-topeng yang mempolitikkan isu ini.


Ampun Tuanku!!..
patek beserta rakyat di segenap bumi ini mohon tuanku-tuanku bermuasyawarahlah , mohon perkenan tuanku-tuanku demi kemuliaan agama ,demi kedaulatan bangsa dan keharmonian negara ini..


Salam ukhwah..

10 ulasan:

Frodo Baggins berkata...

takkan melayu hilang didunia
semua tahu, melayu di malaysia
melayu itu islam
biarlah melayu yg x hilang ini
jd melayu yg bermaruah'yg berjatidiri
yg sayangkan agama, bangsa & negaranya
semoga Allah melindungi kita slu.

lagenda berkata...

Salam Ziarah....

Puan,Memang benar apa yang puan coretkan ini.Ini bukan cara melayu dan islam membakar dan merosakkan rumah ibadat kaum lain.Kemungkinan juga ianya sabotaj untuk menunjukkan melayu dan islam itu rasis jadi semua pihak harus bertenang dan bersabar....

ikan emas berkata...

Frodo,
Kata Tuah..
tak kan Melayu hilang di dunia...Tapi kenapa Hang Tuah snd hilang ...hehehe ( tgh tgk lawak !)

ikan emas berkata...

Org Baling,


bertenang dan bersabar, jgn kecoh-kecoh nanti ada pulak yg jadi org ketiga..ambil kesempatan , siapa ?

al-lavendari berkata...

ada orang cakap, kalau penganut Kristian nak sangat gunakan nama Allah, masuk sahaja ke dalam ugama Islam. Habis cerita ... sapa pun tak marah !

ikan emas berkata...

betoi-betoi...
mai kita ajak mereka guna nama Allah..tak payah nak sunat-sunat.

...awal pg tadi ada cubaan membakar gereja di seremban2 .Sape punya hal?

10 BUDAK HITAM berkata...

Assalamualaikum saudara,

Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,saya mohon jasa baik saudara untuk letakkan blog saya,

http://10sibudakhitam.blogspot.com/

dalam blog list saudara.Blog saudara juga telah saya masukkan dalam list saya agar kita dapat sama-sama berkongsi memartabatkan agama dan bangsa tercinta.

Saya dengan ini juga secara rasminya menjadi followers blog saudara.

Dalam memantapkan ukhwah dan merapatkan saf, harapan saya agar dapat kita sama-sama jadi followers blog dan buktikan pengikut kita lebih ramai bersatu-padu dalam menegakkan agama,bangsa dan negara.Tunjukkan inilah generasi maya yang bersatu dalam perjuangan di alam siber.

Menjadi followers di blog saya di http://10sibudakhitam.blogspot.com, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Salam ukhwah dari 10 Si Budak Hitam..Assalamualaikum.

ikan emas berkata...

10 budak hitam,
T.kasih lah krn bersama-sama di sini..
Nanti sambut sy dengan kapet merah yaa

ikan emas berkata...

10 budak hitam,
knp xopen follower?

alvin takda rumah harga 8juta story.... berkata...

tak kan baju melayu hilang didunia..
itulah yang akan tinggal nanti..
doa la..agar turunkan hidayah..