Selasa, 31 Mac 2009

Senja di Darul Aman

Sekadar catatan utk mengisi masa . Adoi ...boringnya aku , sorang-sorang ni mula la aku teringat kalau duk kat ofc ni mesti macam-macam aku boleh selesaikan..kwn-kwn pulak semua kepoh kat Bkt Selambau .nasib ada benda ni..
Dulu Kedah Maju 2010 ,nampaknya tak sempat nak maju ,kerajaan laa ni dah tukaq jd Kedah Sejahtera ..pandai depa duk playsave ..depa kata anggap aje macam naik bas yang sama cuma tukaq pemandu je .Apa-apa pun aku tengok depa kat sini mmg sejahtera >>. aman je tak de trafik jem pun..

Sabtu, 28 Mac 2009

Realiti dan Harapan

Semalam selepas habis tugasan di Jalan Cenderasari aku sempat pergi ke PWTC, ramainya manusia ..tak kira tua muda ,lelaki perempuan , ehhh..nampaknya punya la ramai kaum adam yang ‘musafir’ hari ini..tak kiralah mereka ni perwakilan ke , pemerhati ke? pelawat ke ? peniaga ke ?..Melayu oh Melayu !!! Kesian kawan aku ‘Mak Ngah' ni dah nak lemas dalam kesesakan ini ,patutnya dengan badan yang sihat berbanding aku n kwn lagi sorang ni dia mudah menempis ,menguak atau menolak tapi katanya tak pe kita kena bersopan !! Aku cari-cari mana gerai buku tapi sampai ke akhir tak jumpa ,yang banyak gerai kain dan cenderamata…atau aku yang tak nampak ?..

Bukan itu yang nak jadi isu utama catatan aku ni .Hari ini hari terakhir persidangan .Lepas ni mai kita perang ke Bukit Gantang , Bukit Selambau dan Batang Ai pulak ..peperangan yang ini cukup penting sebagai menguji kekuatan dan sejauh mana BN ( UMNO khususnya ) dah insaf dengan kejadian-kejadian yang berlaku sebelum ini. Kita juga nak lihat sejauh mana strategi perang yang akan dilaksanakan oleh Laksamana Mahyuddin dan hulubalang-hulubalangnya.

Barisan kepimpinan baru UMNO telah diketahui ..macam-macam reaksi , pendapat ,pandangan ,ulasan analisa ,UMN perlu berubah , reformasi , insaf dsb…jangan selepas ini UMNO dok macam tu jugak ..

Secara peribadi aku tak berapa berkenan dengan respon “ Barisan yang mantap , kukuh ,berintergriti , gandingan yang serasi ..,ada bersefahaman….Persoalannya apakah ada pemimpin UMNO ini yang tak kuat , tak setia ,tak mantap, tiada intergriti , tiada persefahaman ,tak boleh bekerjasama dalam kumpulan yang lain ? .Adakah yang kalah dan tak dipilih itu lemah ? .Bukankah mereka semua ini tak kira ada jawatan dalam cabinet atau tidak mereka adalah ahli UMNO yang telah dipilih dari peringkat cawangan lagi ? Bermakna mereka adalah pemimpin UMNO .. haa., seolah-olah kita menyiakan bahawa terlalu ramai pemimpin kita yang lemah ,yang korupsi , guna wang , bongkak ,tak boleh bekerja sekiranya bukan dalam team mereka ?? kenapa menyesahkan lagi kelemahan yang dah menjadi bualan ??.

Itu sebab aku syorkan supaya pemilihan peimimpin-pemimpin tertinggi UMNO ini dilakukan dari peringkat cawangan lagi ,jadi keseluruhan ahli mempunyai hak dan kuasa utk mencalonkan dan mengundi . Ini bermakna tak de lagi system kouta atau perebutan pencalonan di peringkat cawangan , bahagian dan seterusnya .Politik wang pun akan dapat dikurangkan.

Apabila 4 orang orang no. 1 di negeri yang kalah bukan bermakna mereka tidak mendapat sokongan dari ahli UMNO ,bukan bermakna mereka gagal dalam memimpin negeri .Banyak sebab yang boleh kita fikirkan , pertama kerana bilangan perwakilan ,bilangan calon yang bertanding dari negeri berkenaan , mereka dari team yang mana ? , kurangnya pendedahan atau penonjolan mereka di negeri-negeri lain ( atau kalau nak sedap cakap apa yang mereka dapat bagi kat perwakilan dari negeri lain selain daripada wang , ehh apa projek yang meraka boleh bagi ??? … ) dan banyak lagi factor lain termasuk factor kepimpinan di peringkat negeri , peribadi dan lain-lain. Aku sangat-sangat bersetuju supaya MB/KM tak perlu bertanding MKT , mereka patutnya dilantik terus bukan main-main pilih-pilih ada KM/MB yang dilantik (kouta Presiden) ada yang tidak ..kesian kami orang di negeri ni…

Sebagai wanita aku turut terkilan kerana hanya seorang sahaja yang tersenarai dalam MKT . .senator aje pulak tu… sukar PM nanti nak pilih siapa wakil wanita utk dilantik dalam barisan cabinet mereka . Nampaknya perwakilan masih mengamalkan diskriminasi gender..Daripada undi yang didapati oleh keenam-enam calon wanita jelas menunjukkan bahawa mereka hanya menerima undi daripada perwakilan wanita sahaja , itupun dah berpecah .. sayang perwakilan lelaki masih egois ,masih tak boleh menerima kehebatan wanita untuk memimpin mereka ..sedangkan kesemua wanita yang bertanding mempunyai karisma ,pendidikan , komitmen kerja keras ,peribadi ( Cuma Menteri Pelancongan saja la yg mungkin mendapat impak daripada kes yang sedang dilaluinya ….) Aku berharap Presiden akan berfikiran positif untuk melantik wanita mengisi kouta MKT nanti. iNGAT bahawa 1.3 juta penduduk negara ini terdiri daripada wanita ,di mana mereka jugalah 50% pengundi setia keluar mengundi.

Adakah jawatan dalam MKT lebih penting daripada jawatan dalam kabinet ??? ..ramai Menteri yang taiada jawatan dalam MKT sebelum ini. Memang jelas kadang-kadang sebenarnya mesyuarat MKT lebih penting daripada mesyuarat cabinet. Banyak projek atau permohonan lebih mudah diurus oleh kelulusan jika dibawa ke mesyuarat MKT berbanding mesyuarat cabinet…tapi itu la hakikatnya ,kita dah lihat betapa sukarnya sesaorang Menteri jika tiada jawatan dalam MKT berbanding seorang ahli MKT yang tiada jawatan dalam cabinet . Aku harap persepsi ini salah laaa..


Opps aku pun ada ide nak respon usul Datuk Hanapi Mamat ,Ketua UMNO Bhg Pasir Mas tuu..nanti la.


p/s ; Sedang tertunggu-tunggu tarikh penyerahan kuasa oleh Pak lah .


Nota/


Minggu depan outstation 2 minggu,hrp ada masa aku mem'blog'

Rabu, 25 Mac 2009

PAU 09

Kalaulah aku ni perwakilan atau ada hak mengundi atau ada kuasa menentukan siapa yang patut menang maka akan ku pilih mereka ini :-

Pengerusi Tetap - Datuk Paduka Badruddin Amiruldin

Presiden - Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak
( dah tiada pilihan )
Timbalan Presiden - Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin

Naib Presiden - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

- Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

- Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
( Ehhh mana nak letak Datuk Seri Shafie Afdal nie ?)

Ahli Majlis Tertinggi -....banyak ni ,tak payah tulis daaa . Gandingan baru-lama,
tua-muda , tp yang No. 18 tu antara yang hebat dan bagi la peluang yg No.26 dan 33 jg

Ketua Wanita - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Naib Ketua - Datuk Kamilia Ibrahim ( nasib untung badan !!)

Ketua Pemuda - Datuk Mukhriz Tun Mahathir

Naib Ketua Pemuda - Datuk Razali Ibrahim

Ketua Puteri - Datuk Shahaniza Shamsudin
( hai,duk NS kenapa tak pilih wakil dari NS ???)

Naib Ketua Puteri - tak tau nak pilih sape…Nordiana Shafie kot
( tak lupa doaku kepada rakan yg bertanding EXCO tu..good luck !)

p/s
i) tiada siapa ke yang nak mencadangkan supaya perlembagaan UMNO dipinda bagi membolehkan sesiapa yang nak bertanding mencalonkan diri awal-awal lagi dan hak memilih dibuat bermula dari peringkat cawangan lagi ……rasanya baru adil , seronok juga kan ,barulah ada semangat nak pergi mesyuarat cawangan . Mungkin susah nak guna wang
untuk pancing undi. ( catatan ini ku tulis ptg semalam,nampaknya Datuk Seri Najib pun ada menyentuh isu ini dalam ucapannya semasa merasmikan persidangan wanita-pemuda-puteri kemarin)

ii) Tghari tadi baru sempat aku meneliti sepenuhnya Teks Ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 22 Mac 2009 di Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara . Banyak peringatan dan pengajaran yang perlu dihayati…Pesanan ini kalau masuk ke hati sanubari semua perwakilan atau orang Melayu ,tentu kita akan menjadi bangsa yang TERHEBAT !!!

iii) Lepas ni mari kita teka siapa pula barisan kabinet baru ...lalalala


* selesai satu misi hari ni, baru dapat post catatan ini.

Selasa, 24 Mac 2009

Ada asap sebab ada api

" petang semalam saya perang dengan isteri saya puan ",kata Si Mie kepada saya pagi ni. Apa hal ? .

Semalam petang aku kena pergi mesyuarat hari pertabalan Tengku Ampuan N.S yang akan diadakan bulan April nanti. Ini mesyuarat kali kedua. Ahh,aku tumpang Si Mie aje la ,elok bawa dia sekali mtg kali ni,kalau ada apa-apa bab teknikal boleh dia saja yang terus jawap.. Mesyuarat kat Pej Istana Sban aja...( hai , baik ,ramah ,berhemah dan friendly betulla keluaraga diraja nie.. senang dan mudahlah aku nak kerja lepas ni.. alamak anak buah aku belum balik lagi ni, tak pe la nasib majlis akan diadakan lepas 9 hb.
>Mesyuarat habis jam 5.30 ptg. Kami leka berbual walaupun perjalanan balik yang tak sampai 10 minit pun. Nak jadi cerita rupa-rupanya si mem Mie ni dah bertembung dengan kereta kami dan cuba telepon tapi hp Mie dlm silentmode. Mie Sampai ofc tGk banyak misscall,recall balik, apa lagi ...macam-macam la dia kena sampai tunjuk surat pgl mesy. Iya laa, aku sejak tukar balik ke sini tak perNah la lagi jumpa dia dan mungkin dia pun tak terfikir ada perempuan pejabat yang ikut Mie naik kereta .

" Haa... Mie mungkin sebab u dah ada kes kalau tak tak kan la dia syak u macam tu.... haaa...sape nak jawap ? " Kepada jejaka -jejaka " kalau dah ada asap maknanya dah apinya..." hati-hati

Jumaat, 20 Mac 2009

SUATU PENCARIAN

SUATU PENCARIAN – Tips Menghadapi Temuduga

Cerita 1 :

Kelmarin ada lagi berita yang menyatakan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melaporkan bahawa terdapat 46,000 kekosongan jawatan di dalam perkhidmatan awam. Ini kekosngan jawatan yang diisi menerusi SPA ,belum lagi melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran , Polis dan tentera dll yang menguruskan pengisian jawatan sendiri.

Sepanjang beberapa bulan ini setiap hari ada sahaja berita yang berkaitan dengan situasi dan krisis ekonomi dunia yang tempiasnya turut sama dirasai oleh rakyat Malaysia . Di laporkan dijangka berpuluh-lupuh ribu akan kehilangan pekerjaan. Malah di Negeri Sembilan sendiri sehingga bulan ini hampir 2,000 orang telah disenaraikan kehilangan pekerjaan. Kalau tak behenti kerja pun kebanyakan kilang sekarang hanya bekerja 4 hari seminggu…

Kerajaan sentiasa prihatin dan melakukan banyak inisiatif untuk membantu bukan sahaja yang kehilangan pekerjaan tetapi juga penganggur sedia ada. Rujuk Bajet Mini 2009.

Cerita 2:

Minggu depan saya sekali lagi akan bergerak menjelajahi beberapa negeri untuk menjejaki dan mencari calon-calon yang layak untuk mewarisi generasi yang akan meneruskan perjuangan kami di sebuah jabatan kerajaan yang berusia lebih 60 tahun ini.

Yang saya nak cerita di sini bukan kisah perjalanan ini tetapi memberi panduan atau TIPS kepada yang memerlukan. Tulisan ini bukan diambil atau saya copy dari mana-mana artikel tetapi berdasarkan pengalaman yang dikutip sendiri semasa mengendalikan atau menjadi panel temuduga untuk mengisi jawatan-jawatan di jabatan saya ( Jabatan kerajaan )

Kaedah pengambilan pekerja dan sesi temuduga bagi jabatan kerajaan atau agensi swasta mungkin ada persamaan dan perbezaannya. Dalam suasana sekarang ditambah dengan desakan dan permintaan tinggi SPA berusaha untuk mempercepatkan proses pengambilan ini . Dan saya percaya proses ini perlu dipermudahkan tanpa banyak birokrasi. Lebih 80,000 permohonan telah diterima oleh SPA .Ini bermakna pemohon mempunyai saingan yang cukup hebat. Adakah ini melemahkan pemohon ?? Analisa yang saya buat bagi jawatan Pen.Pegawai Siasatan P29 sebanyak 19,526 pemohonan diterima , hanya 5,750 orang dipanggil temuduga ( 29%) bagi mengisi kekosongan sebanyak 180 jawatan ( 3%) dan simpanan sebanyak 5.7% . Persaingan AMAT tinggi dan peluang untuk berjaya adalah tipis . Walaubagaimanapun ini bukan bermakna GAGAL.

( Ehhh cepatlaa , kata nak bagi tips , mana dia …asyik membebel pulak makchik nie )

Mudahkan cerita mari kita bayangkan yang kita telah dipanggil temuduga ( maknanya kita dah isi lah permohonan tersebut kan >>. Iya laa sekarang ni SPA suruh isi online jer tau !!!).
Apa saya nak buat selepas dapat surat ni ? ( atau dah layari web SPA … )

1. Bacalah betul-betul surat tu , tengok tarikh , tempat dan apa jawatan yang nak ditemuduga tuu… ( kalau boleh hebohkan satu kampong !!)

2. Dah baca… siapkan semua yang dikehendaki , - buat fail yang cantik , molek dan kemas ( tak perlu nak design kartun ) .Isikan dan susun semua sijil , surat beranak ke sijil akademik atau apa sahaja laa sijil yang dah dikumpul bertahun-tahun tuu…ala macam sijil masuk futsal , pertandingan menari /drama , kawat kaki ke , pergi kem motiivasi ke atau dalam konteks pekerjaan saya ni seperti DEBAT , PIDATO , PENULIS majalah….. ( Panel bila tengok fail cantik,kemas dan bersih , tu pun dah sejukkan hati , dah dapat bayangkan bagaimana imej atau personality calon ini)

3. Jangan lupa pulak sijil-sijil tu diPHOTOSTAT sebab salinan ini akan diambil oleh panel temuduga ..

4. Kalau ada hasil kerja ( contohnya design atau rekaan atau bahan-bahan karya penulisan yang pernah dihasilkan atau pernah terima anugerah ..bawa sekali .

5. Kat surat SPA tu dah suruh buat CV/RESUME ringkas . Walaupun ringkas buat la elok sikit , maklumat yang lengkap tapi tak perlu la buat macam nak masuk AF pulak. Ini pun akan diambil oleh panel nanti.

6. Kepada calon yang dah bekerja ( jabatan kerajaan ) jangan lupa minta Ketua Jabatan kemukakan salinan laporan penilaian prestasi..

7. Seterusnya kalau rasa nak beli baju baru ke , seluar baru ke , kasut baru ke ...boleh la, Itu pun kalau ada sponsor ,kalau yang ada pun cukup makan jangan bimbang nanti pakai je la yang sedia ada. Kalau nak pinjam tie ( atau belajar pasang) cepat-cepat cari siapa yang boleh pinjamkan..

8. Menjelang tempoh tarikh nak sampai , seboleh-bolehnya sengkangkan masa melawat-lawat laman web jabatan berkenaan ....atau pergi jenguk-jenguk kat pejabat yang terdekat .Jadilah pelanggan mereka , tengok apa yang dia orang buat , ramah-ramah la untuk bertanya. Bukan setakat tanya apa jenis atau apa sebenarnya DISKREPSI TUGAS/JAWATAN yang dipohon tetapi juga LATAR BELAKANG ,FUNGSI DAN PERANAN JABATAN/KEMENTERIAN berkenaan.

9. Ada orang kata nak dapat kerja ni mesti ada ’kabel besar’ atau ’orang dalam’, pedulikan kata-kata ini ...anggap DIRI KITA SENDIRI adalah kabel besar itu ..

Dah siap semuanya ..bersedialah menghadapi hari sebenar......

10. Malam sebelum pagi temuduga tu , tidurlah awal , relaxkan minda ,berdoa ...Sesi temuduga biasanya bermula jam 8.00 pagi , jadi bangun pagi dengan cergas , siap kemas-kemas dan bersih , semburlah minyak wangi ( jenama apa ye ?? ) tak kisahlah apa pun janji sedap dan harum !! Bagi lelaki elok pakai baju lengan panjang dan ehh jangan lupa pakai stokin ( jangan sesekali pakai jeans atau t-shirt , nampak beno brutal dan serabut ..) atau pakai pakaian yang sopan bagi perempuan ( ada juga kes yang terlajak...hai entah laa.. )

11. Tempat temuduga jauh ke ?...kalau jauh siap awal –awal ,atau tumpang la mana-mana kawan atau sedara mara.

12. Siapa calon yang sampai awal terus daftar ,ambil tempat duduk dan rehatkan diri ...dah minum ke belum ??? nanti berbunyi pulak perut tuu..kalau pengsan siapa nak bantu ?

Wah..semangat betul nak temuduga nie... hai kenapa laa lambat sangat ni, bila nak mula , nampaknyacalon lain ni hebat-hebat , lebih handsome ,lebih macho.lebih cantik ,lebih bergaya , cakap mereka pun confiden jer ..tinggi diri pulak tu , ada yang kata mereka ada CGPA 3.5 ke atas , ada pulak yang kata mereka ada kabel , orang dalam ,sedaura mara orang besar-besar.. kata mereka dah banyak pengalaman ditemuduga ,dah baca banyak buku dan pergi kursus khas menghadapi temuduga ..

13. Apakah agaknya yang akan disoal ??

Biasanya panel temuduga terdiri daripada dua orang ahli , di mana salah seorangnya ialah ahli SPA dan seorang lagi wakil dari jabatan berkenaan . Skop soalan biasanya pengetahuan am , kenegaraan , bidang tugas jawatan yang dipohon , latar belakang jabatan/kementerian dan isu-isu semasa. ( contohnya ???)

Macam ni laa..pengetahuan am tu termasuk lah sejarah negara , bendera , Rukun Negara,Sistem Pentadbiran ,pemerintahan atau apa sahaja yang hari-hari kita lalui ( yang sepatutnya semua Warganegara Malaysia tau ) . Apa dasar-dasar kerajaan yang telah dan sedang dilaksanakan , contohnya Dasar Kebudayaan , Intergrasi Nasional , Intergiti Nasional ,Dasar Perindustrian ,apa kempen yang kerajaan sedang laksanakan dll. Senario dan isu-isu semasa juga soalan lazim , contohnya calon seboleh-bolehnya jangan lupa baca surat khabar hari itu.. Calon yang ketinggalan berita semasa akan terperangkap dan menunjukkan seolah-olah mereka ketinggalan ..contoh isu semasa sekarang .. Bajet mini , mungkin juga perkembangan politik dll..

Sekiranya calon memohon jawatan sebagai Pegawai Penerangan bermakna calon –calon akan ditanya mengenai tugasa jawatan berkenaan. Apa tugas jawatan/tugas ini , apa yang kita perlu tahu mengenai jabatan berkenaan , ada yang menjawab Jabatan Penerangan ialah RTM ( eee..salah fakta tu..) siapa Menterinya .. blalabala

Biasanya soalan atau sesi temuduga akan bermula dengan sesi perkenalan. ( sebenarnya ini lah masa untuk menenangkan fikiran dan bagi calon masa untuk merelaxkandan selesakan diri ) .Calon akan dikehendaki memperkenalkan diri dan cerita mengenai latarbelakang ..( jangan lebih-lebih pulak , takut nanti terperangkap dengan provokasi ahli panel ).Ceritakan mengenai diri , keluarga ,pendidikan , kemahiran , kegemaran atau dah ada pengalaman bekerja...( jangan perasan pulak !!

Kenapa anda memohon jawatan ini ?
haa...apa nak jawap ni? ..kerana minat ?,kelayakan , mak suruh atau tak sengaja terisi jawatan ini masa isi borang SPA tuu..

Penemuduga wakil jabatan juga akan menyoal soalan-soalan yang lebih khusus dan teknikal yang ada kaitan dengan jawatan yang hendak diambil. Iya laa..ada banyak klasifikasi dan bidang dalam perkhidmatan awam ini , dari pentadbiran, ekonomi, sosial , kejuruteraan ,keselamatan ,bakat dan seni dan berbagai lagi.

Selain daripada itu , satu lagi tips yang amat PENTING ialah ... calon kena bersedia untuk menjawap soalan begini ” Apa kelebihan anda berbanding calon lain ? ” . Semua calon yang dipanggil adalah berkebolehan , oleh itu calon mesti memberi asas , fakta dan alasan-alasan yang menyakinkan. Jawapan biasa tentunya calon akan menjawab begini ” saya seorang yang jujur, sanggup kerja bila-bila dan di mana , komited ,rajin .......) .Pada saya ini jawapan common , apa kata calon beri jawapan yang lebih kritis , tahap fikiran menjangkau masa depan, berinisiatif mencabar minda dan lain dari yang lain TETAPI MENYAKINKAN .

Mungkin calon akan ditanya mengenai PANDANGAN DAN PENDAPAT atau ANALISA terhadap seuatu isu ? Bagaimana nak jawap soalan begini ? Calon harus jujur , terbuka dan lahirkan idea bernas yang menyakinkan tetapi ingat tau jangan terlalu ghairah sampai tak dapat MENGAWAL EMOSI pulak.

INGAT .. !! sepanjang tempoh sesi ini , calon mesti JUJUR , jangan terlalu ego , berpura-pura untuk menunjukkan kehebatan , RELAX dan SELESA ( maknanya jangan gelabah ,dan jangan terlalu merayu ..atau nak manja-manja , ).ANDA MESTI MENJADI DIRI ANDA SENDIRI.

14. Bagaimana nak ambil hati atau perhatian ahli panel ??


Sebaik sahaja calon membuka pintu bilik , ahli panel dah pandang dan nilai bagaimana calon ini . Senyuman dan salam serta muka penuh ceria turut MENCERIAKAN hati ahli panel.

Masa perbualan berlangsung , anggap sahaja sesi tersebut dalam suasana santai ,beri tumpuan kepada kedua-dua ahli panel. Calon boleh menunjukkan kelebihan atau meninggi diri atau nak ’protes’ pandangan ahli panel tetapi bahayanya ia hanya akan memakan diri...baik berhati-hati dengan menyusun ayat yang sopan.

Semasa bercakap tu , bercakaplah secara biasa , tetapi janganlah macam ’ bercakap dalam kelambu” .. butir ayat tu biarlah teratur dan jelas serta mudah difahami. Buat macam sesi sembang-sembang biasa ,jawab dalam keadaan perlahan-lahan dan dalam fikiran yang tenang ( jangan gopoh gapah..Cuma janganlah cakap macam dengan kekawan pulak !! Lu gua. Meriah dengan gelak ketawa pulak ... )

Gementar ?

Satu lagi , yang biasa calon buat >>> semasa sesi tu , macam-macam gaya dan aksi . Ini dilakukan semata-mata untuk menghilangkan rasa gemuruh mereka. Jangan lah ada yang asyik cuit hidung , betulkan tepi tudung , gulung baju atau goyang-goyangkan kaki macam kat kelab pulak dahhh.. Malah ada juga yang menangis , senyap sunyi tak bercakap atau lansung tak masuk bilik temuduga....( kesiaaaaan....

Sebenarnya semua manusia waras mempunyai perasaan ini. Siti Nurhaliza, M.Nasir atau Ahli Parlimen yang petah berpidato dan berhujah itu pun pernah mengalami situasi ini. Maknanya kalau anda pun mengalami perasaan ini bermakna anda MANUSIA WARAS !!Cuma pandai-pandai la nak menyembunyikannya.

Macam ne nak hilangkan rasa begini ... Tengok muka ahli panel ni ( jangan takut sekarang ni ahli panel mukanya semuanya CERIA , MANIS , SENYUM dan penuh KASIH SAYANG dan ada PERASAAN INGIN MEMBANTU ). Mungkin salah satu cara ( escapism) untuk menghilangkan rasa ni ialah dengan memegang alat ( sekecil-kecil alat) yang digenggam dalam tangan ....tapi jgn sampai menganggu pulak )

Ada juga calon yang dok asyik pandang ke atas jer..ada cicak ke ? atau ada ilham atau idea tertulis kat atas tu...jangan lupa penemuduga ada kat depan , fokuskan kepada mereka.

Kalau tak tahu jawapannya bagaimana ???

Tak mengapa , jawapan betul@ salah bukan kepentingan utama tetapi bagaimana kejujuran anda menjawab soalan tersebut yang penting. Elok beritahu dan berterus terang tetapi ingat cara anda menjawab tu biarlah menunjukkan bahawa anda benar-benar ingin tahu juga jawapan sebenarnya. Jangan sambil lewa..

Bagaimana kalau berbohong ?

Ha...ramai yang dah terkantoi bila menggunakan taktik ini. Ada yang berbohong stataus perkahwinan , dah kerja bagitau menganggur , ada ijazah tapi apply jawatan SPM dan macam-macam lagi. Jangan lupa penemuduga biasanya oarang yang memiliki ilmu psikologi. Mereka tahu membaca dan menilai citi-citi orang yang berbohong.Awas jangan terkantoi !!!

15. Haii...bila nak tamat niii... dah macam-macam rasa .Nak terkuncil pun ada


Biarkan panel penemuduga yang menamatkan sesi tersebut. Opps jangan lupa ucapkan terima kasih. ..dan lagi satu macamkata Pengkritik program Raja Lawak tuu , teruskan ’acting’ sehingga habis sesi temuduga sebenar .... ( mana lah tau ada yang sampai melompat tembus ke silling tak sempat habis lagi sesi tu !!!)


Salam sayang

Demi Survival



  • Entri kali ini sengaja aku tulis lewat daripada insiden yang berlaku. Sengaja nak lihat reaaksi dari pelbagai pihak terhadap insiden tersebut. Nah ! sebagaimana yang dijangka semua nak bagi respon . Ada yang rasa nak jadi macam selebriti atau artis yang diburu oleh reporter dan ada juga yang berharap agar adalah reporter datang bertanya reaksi mereka. Iya laa ini kira KEMPEN percuma mereka kat media ( ehh boleh ke tak langgar Perkara 5.6.1 ke ??) dan ada juga yang kalau boleh nak lari dari reporter jangan la ada yang nak cari mereka .... takut silap cakap makan diri !!!

    Aku fikir semua apa yang terjadi dan apa saja reaksi yang diberi telah memberi gambaran dalaman apa yang berlaku dalam parti utama ini. Ada golongan yang ’berjaya’ menguatkan hujah mereka bahawa keputusan Lembaga Displin dibuat berasaskan kecenderungan atau strategi untuk ’menumbangkan’ team Abdullah. Kalau berfikir yang tak nak berapa logik atau ada unsur-unsur persepsi maka akan kata ” iya tak iya juga ” kenapa ada tahap, keberatan atau keringanan dalam memutuskan hukuman sedangkan kes yang ’disiasat’ atau disabitkan adalah di bawah peruntukan yang sama . Ada pulak ahli dari team itu yang dah masuk dalam mahkamah (sah) tetapi tak de pulak di’kes’kan.
    Ada juga yang dah sah-sah melanggar peraturan tetapi masih bebas . Dah ramai yang puas makan free belanja dari ejen ( calon ) yang bertanding..mereka tak kisah sebab tak de yang mengadu kot !! ( aku pun merasa juga makan free !!! )

    Dari pelbagai reaksi dan respon yang pasti ada tentulah unsur-unsur yang mengaitkan KONSPIRASI DAN FITNAH . Yang agak lucu bila mana sang penyokong pulak yang lebih-lebih !! ( nampak sangat mereka terlalu bergantung ( bukan setia ) kepada pemimpin yang satu ). Aku tak berani nak cakap bahawa apa yang berlaku itu benar atau fitnah.Yang sepatutnya fikir ialah dulu kita juga yang beria-iya suruh wujudkan lembaga pemantau displin , cadangkan adakan Kod Etika ,gesa supaya lembaga ini tegas dan siasat siapa saja ( ..benar reaksi Ku Li , patutnya lembaga siasat semuanya tak kira siapa, tak kira bilis atau jerung , tak kira tahap keberatan unsur-unsur rasuah politik atau tindakan salah laku atau langgar kod etika itu dan tak kira apa jawatan dalam parti hukuman biarlah setimpal dan adil ) .

    Tetapi biasalah bila lembaga yang dilantik bertindak , ada persepsi atau reaksi , ’ buat salah tak buat salah’ . Kepada Ku Din amanah yang diberi telah dilaksanakan. Samaada telah dilaksana secara adil ,telus dan demokrasi .Siasatan dan ..keputusan pula dibuat bukan kerana tuduhan melulu atau hearsay . mereka saja yang tau.

    Yang aku ( personal ) dapat jawapan ( dan ingin sampaikan pesanan ) daripada keputusan ini ialah :-
  • Laluan Tan Sri M ke kerusi no.2 semakin mudah , harap-harap penyokong jangan overconfident , saya percaya ketokohan , personaliti yang lembut ,tenang tetapi tegas dan berhemah dan penuh kesabaran, kebijaksanaan , kelebihan ilmu agama menjadikan team Dato ’ Seri Najid menjadi lebih mantap ... ( bertambah CANTIk dengan gabungan dan gandingan Dr Zahid )
  • Tan Sri MMT – tak perlu berselindung di sebalik agensi kerajaan yang diterajuinya.
  • DSMAR – Ke mana dato’ selepas ini ? adakah peluang lagi ke nak duduk kerusi KM ? kalau msh KM Melaka maknanya masih ada peluang msk MKT...
  • DrMKT – Santa Claus atau Robin Hood atau apa sahaja laa, lupakan kisah penyapu tetapi sy lebih suka stail lama Dato’ !!
  • KJ – hai iye ke dah cuba nak berpaling arah ?
  • DMM – imej yang lembut ( ada gaya DrM ) tetapi bernas , mempunyai tahap analitikal yang tinggi pasti anda akan menjadi idola golongan muda !!

    Dalam situasi sekarang hukuman yang dibuat seolah-olah diputuskan secara tergesa-gesa ( eeh tak yakin aku nak cakap begini ) mereka dah diberi amanah dan tanggungjawab , tak kan nak buat tindakan melulu. Nanti kalau keputusan lewat selepas pemilihan lain pulak reaksi mereka... Itu satu hal lagi .. Kita belum fikir lagi implikasinya kepada suasana dan strategi kempen di PRK di BG ,BS dan BI . Dalam sebok layan rasa kecewa , sebenarnya kita ( ahli dan orang Melayu !!) perlu realistik dan fokuskan kepada cara dan strategi bagaimana nak memastikan tiga kawasan ini menjadi milik BN . Dah banyak kali ,bukan shj dari PM , mantan PM malah semua pemimpin bilis dan jerung , ahli dan bukan ahli dah banyak yang bercakap kita harus BELAJAR dari kekalahan lalu. Harap tiada yang lupa ..harap tiada yang menjadikan PRK ni sebagai medan membalas dendam ( dalaman ) .. banyak mata yang memandang .Di sana bukan hanya ada ahli UMNO , parti BN lain pun ada , kumpulan penyokong pembangkang pun ramai malah jangan lupa golongan yang tak ber’PARTI’ pun ramai. Mereka inilah yang menjadi pemerhati sejauh mana kejujuran yang dilaung-laungkan oleh pemimpim UMNO tuu..

    Dalam senario dan keadaan negara yang semakin mencabar dan agak kritikal terutama dalam aspek perpaduan Melayu dan keselamatan negara , saya berdoa dan percaya semoga team dan gandingan yang diterajui Dato’ Seri Najib Tun Razak benar-benar layak dan dapat meneruskan misi perjuangan ,demi survival bangsa Melayu , Agama Islam dan Negara Malaysia !!!

    Aku nak ceriakan hari-hari aku ni...mari kita main ( nyanyi ) lagu 10 budak hitam.:-
    ...hahaha ..tengah cari idea ni !!!

    p/s: aku pun ahli UMNO ( cawangan ’ELIT’ kat NS ni , tapi tak pernah bayar yuran , macam ne ni??? )

Jumaat, 13 Mac 2009

Peristiwa 1 Januari

Dah hampir 3 bulan peristiwa itu berlalu..namun aku masih tak dapat melupainya. Menjadi ingauan dan tak boleh dipadam dari kotak ingatan..
Mengingatinya menjadikan aku semakin rindu. Semakin cuba dilupa ,ia semakin mengekori dan memburu ingatanku terhadapnya. Sakit untuk dikenang !!.

Dah 5 tahun aku bersamanya, dia sentiasa setia menemani , membawa aku ke mana saja ..sejauh mana yang aku mahu..Tak pernah dia menyakiti atau menimbulkan masalah pada aku. Kadangkala dia menjadi tempat aku melepaskan segala kesedihan , kedukaan ,kemarahan, kebosanan , keletihan dan kepenatan aku… dia tetap setia !! Kadangkala dia menjadi tempat aku melepas segala yang terpendam .. yang pasti dia sentiasa menjadi tempat aku berhibur. Dengan dendangan lagu-lagu yang menjadi kegemaran dan pilihan aku, walau ada kala aku minta dia menyanyi dengan sekuat hari…dia pasti menceriakan hidup aku tiap hari!!. Dia sentiasa membisu walau apa emosi yang aku luahkan.. betapa setia dan romantiknya dia !!
Gayanya, kehebatannya ,alunan suaranya yang tak pernah meninggi , hayunan kakinya amat santun walau aku paksa ia berlari sekuat-kuatnya sampai pernah dapat surat cinta dari pak polisi...tu semua yang menyebabkan aku tak dapat melupakannya.

Ada orang kata mungkin dia melarikan diri sebab kecil hati dan merajuk dengan aku ,kononnya aku dah cuba nak cari yang lain sebagai penganti dia ( "eeh , aku cuma pergi tengok si sity baru tu ...bukan jadi penganti tp jadi kawan dia jugak... dah sah-sah aku memang terlalu sayangkan dia "!!!! )

2 minggu sebelum tu , hati aku dah rasa berdebar-debar , dup-dap-dup-dap,apa hal pulak ni ? apa yang terjadi ? orang tua kat kampungkah ? Iyelaa cuti panjang ni aku belum balik kg lagi. Jadi aku cadang pagi tahun baru esk aku balik kg la dengan dia.

Malam tadi, abang sebelah dah tegur kenapa dia kat luar aje ? .,. nak buat macam mana kat dalam tu dah penuh ,” masing-masing nak ambik tempat baik, aku mengalah aje la”, kata dia).

Pagi tahun baru tu, hati aku cukup berbunga sebab nak balik kg dengan dia. Ku jenguk dia tapi tak nampak pun bayang , mana ? jangan buat aku keliru , dah libang libu hati aku,..nak nangis pun dah tak mampu.. Sah dia dah larikan diri atau dah ada yang berkenankan dia , memujuk ,merayu dan mengoda dia untuk lari bersama ..ke mana dia ? Ada yang kata dia membawa diri ke Spore ,ada yang kata ke Thailand..
Aduhai apa aku nak buat ni ..cancel balik kg !!. Uruskan kes dia ni, hubungi polis, jiran dan sms kawan-kawan serata tempat. Makin sakit jiwa aku bila aku pulak kena ‘ pau’ sebab ada pulak yang ingat aku kacau laki dia cuti-cuti ni, hai susahnya berkawan dengan suami orang !!!) Ada yang syor aku jumpa pakar yang boleh menelek mana perginya dia ni tapi aah lain kali aje la. Hubby pulak kata ‘apa nak buat dah tak de rezeki ( sabor aje la ).Alhamdulillah !!( teringat aku kisah Raja dengan penasihatnya ...)

Sekarang aku doakan moga dia selamat dan berada dalam keadaan sihat dan bahagia...Kembalilah , kami semua masih mengharap!!! Black Sentra 6111

PECAYAKAN TUHAN BANTU ATASI STRES


Jumaat, 2009 Mac 06

Percayakan Tuhan bantu atasi stres


TORONTO: Satu kajian baru mendapati percaya kepada Tuhan sebenarnya membantu mengurangkan kebimbangan dan meminimumkan tekanan.Sekumpulan penyelidik dari Universiti Toronto berkata, otak golongan yang percayakan Tuhan dan ateis bekerja dengan cara berbeza apabila berdepan tekanan.


Percayakan Tuhan mempunyai kesan menenangkan pada otak yang membantu ia menghalang kebimbangan dan meminimumkan ketegangan dengan mudah, menurut kajian.Sebagai sebahagian kajian, penyelidik diketuai pakar psikologi, Profesor Michael Inzlicht, melakukan tugasan 'Stroop task' atau ujian kawalan kognitif, ke atas peserta sambil meneliti elektrod yang mengukur aktiviti otak mereka, menurut kenyataan universiti itu.Berbanding ateis, peserta yang kuat pegangan agama menunjukkan aktiviti yang kurang dalam anterior cingulate cortex (ACC) otak. ACC ialah bahagian otak yang membantu mengubah suai tingkah laku dengan memberi isyarat apabila perhatian dan kawalan diperlukan, terutama ketika kejadian yang menerbitkan kebimbangan seperti melakukan kesilapan.


Semakin kukuh pegangan agama dan semakin kukuh kepercayaan kepada Tuhan, semakin kurang ACC dilepaskan sebagai reaksi kepada kesilapan dan semakin kurang kesalahan yang dilakukan."Kami mendapati golongan yang kuat pegangan agama atau sekadar percaya kepada kewujudan Tuhan menunjukkan aktiviti otak yang kurang berkaitan dengan kesilapan mereka. Golongan itu kurang berasa bimbang dan kurang tertekan apabila melakukan kesilapan."Hubung kait ini kekal kukuh walaupun selepas mengawal personaliti dan kemampuan kognitif," kata Inzlicht sambil menambah peserta yang kuat agama tidak banyak melakukan kesilapan dalam tugasan Stroop berbanding golongan ateis. �






Jumaat, 6 Mac 2009

SELAMAT HARI WANITA


8 Mac 2009 – Hari Wanita Antarabangsa

“ Selamat Hari Wanita “ …. Ramai kawan aku yang ternganga bila aku sampaikan ucapan ini .. Setiap tahun, Hari Wanita Antarabangsa disambut pada tanggal 8 Mac. Mungkin ramai yang tidak menyedarinya kerana di Malaysia, sambutan Hari Wanita disambut pada 25 Ogos. Tarikh yang dipilih sendiri oleh Perdana Menteri Pertama , Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan diisytiharkan pada tahun 1961.

Sejarah sambutan Hari Wanita Antarabangsa bermula pada tahun 1910 , dua tahun selepas wanita di Ameraka Syarikat menyambutnya pada tahun 1908 , di mana ia menjadi ilham untuk mengadakan sambutan yang sama di peringkat antarabangsa.

Apa maknanya sambutan ini ? …. Asalnya sambutan Hari Wanita ini hanyalah sebagai cara bagi kaum wanita menuntut hak asasi mereka , berpolitik, melihat perkembangan da kemajuan yang dialami atau sekadar satu hari sambutan untuk wanita.

Namun pada tahun 1910 seorang sosialis Amerika Syarikat bernama Lena Hewis mengumumkan , 8 Mac bukan sekadar bertujuan meraikan sesuatu sebaliknya ia adalah untuk merancang atau memikirkan usaha yang perlu dilakukan bagi memantapkan keadaan wanita di seluruh dunia.

Tanpa disedari Hari Wanita Antarabangsa adalah titik tolak kepada perkembangan dan kemajuan wanita hari ini tidak kira di mana saja mereka berada.


Bersyukurlah kita dilahirkan di sebuah Negara yang mengiktiraf wanita ..kita diberi peluang untuk sama-sama berjuang sejak dari dulu lagi , dari proses mendapatkan kemerdekaan sehingga sekarang wanita turut sama-sama bertanggungjawab mengisi dan memastikan kemerdekaan ini berterusan.

Dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 8(2) (pindaan 2001) ,jelas dan nyata tertera bahawa sebarang bentuk diskriminasi berasaskan gender tidak dibenarkan.

Keganasan rumah tangga merupakan isu yang masih berterusan. Jangan jadikan ia wabak yang boleh menghancurkan masyarakat dan negara malah dunia hari ini. Malah isu ini sentiasa dibincang dan dibahaskan terutama oleh pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Isu ini bukan sahaja melibatkan wanita atau kanak-kanak . Ia juga menjadi tanggungjawab semua pihak . Justru tema kali ini bukan sekadar tema tapi perlu tanggungjawab semua . ” Wanita dan Lelaki Bersama Menentang Keganasan Ke atas Wanita dan Kanak-Kanak ".

Satu tekad dan hasrat untuk dunia tanpa keganasan.

Hampir dua dekad, usaha-usaha untuk meletakkan kepentingan kepada isu keganasan terhadap wanita telah diterajui oleh beberapa organisasi wanita di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Persidangan mengenai Hak-hak Asasi di Vienna, 1992, Persidangan Antarabangsa mengenai Populasi dan Pembangunan di Kaherah, 1994 dan kemudian Persidangan ke-4 mengenai Wanita di Beijing 1995 telah mengiktiraf hak-hak wanita sebagai hak-hak asasi dan telah meletakkan isu keganasan terhadap wanita sebagai salah satu agenda dunia yang penting.

Di Amerka Syarikat, hanya 55% pelajar merasa selamat ketika berada di sekolah-sekolah. Insiden keganasan terhadap wanita dan gadis, seperti rogol, keganasan rumahtangga, keganasan seksual, perdagangan wanita dan gadis, penderaan psikologi, buruh paksaan adalah sebahagian dari bentuk-bentuk keganasan terhadap wanita dan gadis, yang masih belum berkurangan. Bahkan keganasan terus berlaku dan ada insiden keganasan yang berbentuk eksploitasi yang memberi hasil lumayan kepada para penjenayah.


Di Malaysia, dikatakan , 50% daripada wanita yang berkahwin pernah mengalami keganasan rumahtangga dalam perkahwinan mereka( nasib aku tak masuk dalam senarai ni....). Purata enam wanita atau gadis dirogol setiap hari di Malaysia. Manakala hanya 25% dari kes-kes rogol sahaja dilaporkan. Itu bermakna bahawa bilangan kejadian rogol sebenarnya adalah lebih tinggi.

Dalam pergolakan ekonomi dunia yang berlaku sekarang , ia membawa kebimbangan peningkatan keganasan rumah tangga . Keganasan atau penderaan ke atas wanita dan kanak-kanak bukan sahaja dilakukan secara fizikal malah lebih hebat penderaan emosi yang sukar dilihat atau dibuktikan. Impak daripada penderaan ini sama besar atau lebih teruk .

Sempena sambutan hari wanita ini , kepada suami , anak-anak , adik-adik ,ingatlah dan hargailah sumbangan dan jasa-jasa insan bernama wanita ini . Terlalu banyak kehebatan seorang wanita . Kelembutannya bukan bermakna lemah !! Tak percaya ? ..kalau la ada alat meter yang boleh mengukur kehebatan , keupayaan , kekuatan , kecerdikan dan kecantikan seorang wanita , tak tau la . Tangan yang menghayun buaian , boleh menggoncangkan dunia ”

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan “


“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya “


“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh “


“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya “


“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya “


“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu “


“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dikeluarkan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan apabila ia diperlukan”


“LINDUNGILAH DIRIMU, SEINDAH PERHIASAN DUNIA”


SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA !!!

Selasa, 3 Mac 2009

RAFIDAH vs SHAHRIZAT


24 Mac 2009 nanti,wanita-wanita anggun berbaju putih , berkain merah lip-lap-lip lap akan menggunakan kuasa mereka untuk menentukan siapa yang akan dipilih sebagai ketua mereka, satu jawatan penting yang akan menjadi penentu beberapa jawatan dan kuasa lain…….

Semoga Allah menggerakkan hati mereka untuk memilih dengan hati yang jujur , tulus ikhlas , bertangungjawab memegang amanah yang telah diberi oleh wanita-wanita dari peringkat cawangan dan bahagian. Undi yang diberi bukan kerana telah diperhiaskan dari hujung kepala hingga ke hujung kaki , bukan kerana telah diberatkan handbag dengan note-note yang entah dari siapa ,bukan kerana emosi yang telah dicampur aduk aduan dengan syak wasangka atau ada tujuan untuk mudah berteduh , berpayung dan berpaut di dahan kukuh !!!

Kononnya dulu Kak Fidah dah setuju nak serahkan jawatan kepada Kak Izat pada bulan Jun , alih-alih bila pemilihan beralih ke bulan Mac , maka katanya pelan peralihan atau “janji’ tersebut scara tak langsung terbatal ! Selama ini wanita sentiasa aman , ‘cool ‘ dan sopan setiap kali ada pemilihan. Tiada rebut-rebut , tiada lawan-lawan tetapi kali ini sindrom wanita berkempen lebih hebat dari silat pemuda UMNO. Sekarang wanita perlu lebih agresif !!!

Iye la kan, kalau perjanjian itu dipatuhi ,maknanya Kak Fidah hanya akan jadi Ketua selama 3 bulan , lepas tu Kak Izat akan jadi memangku jer laa...apa akan jadi dengan wanita kalau ketuanya bertaraf ’memangku je ? , layak kah dia bersuara ? bagaimana kedudukannya dalam MT? ,siapa pula yang akan menjadi Ketua Wanita BN ? sebab dalam situasi ini wanita parti mana pula yang lebih berkuasa ....wahai wanita fikir-fikirkan lah !!

Kak Ridah dah merasai zaman kegemilangan menjadi Menteri Kabinet selama 28 tahun. Hujah hebatnya , idea bernasnya bukan sahaja di peringkat nasional malah membawa nama wanita Malaysia ke peringkat antarabangsa. Tapi lucu pulak rasanya bila isu AP dibangkitkan dulu...nampak Kak Fidah melenting dan tak mampu nak handle situasi ini...Tup-tup seorang pegawai yang sentiasa membuntuti dia yang kena balik ke jabatan asal , kesian !! Dek kerana kesebokan dan kehebatannya Kak Fidah sampai kadang-kadang lupa jalan nak balik ke kawasannya di Kuala Kangsar , maka adalah waris di sana yang merajuk dan terasa seolah-olah dilupakan oleh MP mereka.

Dalam soal pemilihan kali ini ada juga yang berfikir alangkah baiknya seorang Ahli Parlimen menjadi Ketua Wanita berbanding yang tak ada jawatan apa-apa, nanti bila Najib jadi PM bolehlah lantik orang ni jadi Menteri ....( sekarang ni pun wanita dah hilang tempat kat kerusi Menteri ..nak la dapatkan semula )

Shahrizat pula masa jadi orang nombor 2 Kak Fidah dulu sentiasa setia yang menurut sahaja kapal yang dikemudi oleh Kak Fidah walau ada kala setianya tak masuk akal !!




Ramai yang tau Kak Izat jadi MP Lembah Pantai dan Menteri yang menjaga hal ehwal wanita,dia telah menunjukkan prestasi yang cemerlang ,disayangi pengundi malah petugas di Kementerian pun selesa bertugas dengan beliau... tapi takdir menentukan beliau tewas dengan anak DSAI.....maka kerusi tu dah dapat kat wanita lain..sabar jer la

Walau apapun demi maruah , harga diri dan sokongan serta pencalonan dari wanita yang melebihi kuota maka wajarlah kali beliau ini bertarung melawan Iron lady..! Sekali fikir siapa sebenarnya yang mungkir janji? ....cuba lihat peralihan kuasa jawatan Presiden dan Timbalannya juga ada ciri-ciri mungkir janji , iye la kan , janji 2010 tapi diawalkan hujung bulan nanti..Ehh kan ke Rafidah orang kuat dan sentiasa di sebelah Dato’ Najib ? ...( hahaha ada harapan nak jadi Menteri kot !!!) Maknanya sekarang ni jangan la ungkit fasal isu ” janji”..tak de maknanya , cari nahas jer!!

Yang terima habuan dari pertarungan ini tentulah Dr. Kamilia yang selesa dapat jadi Naib Ketua.... dah tu ke mana Shahrizat sekiranya pertarungan ini memihak kepada Rafidah ? ( eehh macam lawan boxing pulak !!)

Kalaulah Kak Fidah yang menang , kita akan lihat kehebatan 2 Yong dari Perak ini , ia yelah yang ketuanya nanti Ahli Parlimen , yang Naibnya pula Ketua Wanita Bahagian.... wah hebatlah wanita Kuale lepas ni...

Cuba kita teropong ,wanita laa ni pun dah jadi sama macam golongan lain , musim ni , sms bertalu-talu masuk , macam-macam cerita , macam-macam versi , macam-macam ”fitnah” ,macam-macam undangan dan sumbangan ,dan senario wanita pot-pet ,pot-pet di restoran , di hotel dan di salon biasa dilihat dah !! Dan masa ni dah banyak wanita dah jadi macam lalang ..kejap jadi team Rafidah , kejap jadi team Shahrizat .. cuba tengok masa kempen PRK KT dulu ,atau masa PRK BG ,BS nanti...baru kejap tadi cium-cium pipi , tup-tup lepas tu dengar mereka kutuk mengutuk ...alahai wanita Melayu !!!

Sebagai wanita , aku harap wanita-wanita janganlah mem’bogel’kan diri sendiri. Tuduh menuduh ,ungkit -mengungkit bukan cara untuk menunjuk kekuatan. 24hb nanti wahai wanita-wanita anggun gunakanlah jari-jemari halusmu untuk bijak memilih. Elok sembahyang sunat Istiharah dulu . Selamat bersidang !!!

p/s : PR hanya memilih parti tetapi sebenarnya 2,000 orang ini yang akan menentukan siapa yang akan memimpin negara. Mac yang keramat ????

Isnin, 2 Mac 2009

MANA NAK MENGADU....


“ Nor….. tu lelaki ke perempuan ?”…dengan reaksi penuh curiga suami bertanya , terkejut aku petang tu…eehh apa hal pulak ni ? “ Nor… yang mana? “ aku pulak yang bertanya. Rupa-rupanya suami aku dah baca beberapa sms dalam hp aku.Itu kejadian yang berlaku beberapa tahun lalu. Dan tentunya sms tersebut penuh dengan ayat-ayat cinta , rayuan ,godaan .lucah sehingga si Nor merasa terganggu !!
Sebenarnya Nor…tu seorang perempuan staff baru kat office aku. Dia banyak mengadu dan minta nasihat aku..termasuk hal-hal begini malah meng’forward’kan sms yang diterimanya kepada aku. Bukan setakat sms , gambar , poster , isyarat dan macam-macam cara lagi , cuma tak dengar la pulak ganggu cara fizikal .Penghantarnya ? …aku kenal jugak si mamat tu, staff baru jugak tapi anak dah boleh buat team futsal !! , selepas si Nor , dia meneruskan aktivitinya kepada rakan-rakan lain tak kira ms ke mrs ke amoi ke … Sekarang dia dah tukar ke jabatan lain, tak tau la masih ada lagi ke aktiviti itu ?

Kemarin kat akhbar laporkan seorang Jururawat membuat laporan polis kerana tak tahan diganggu dan diugut oleh teman lelakinya yang panas baran suka mendera dan mengugut untuk menyebarkan gambar bogelnya ….adoi !!!

Sebuah majalah wanita ni, banyak sangat memaparkan kisah wanita-wanita yang didera oleh suami , sudahnya aku mula tak berapa minat nak baca … eehh , sekarang ada jugak si suami yang mengaku didera isteri !!!

Isu keganasan dan gangguan seksual terhadap wanita banyak sangat didengar tetapi kurang dilaporkan. Bagi yang bekerja kerajaan ,pada masa ini hanya Kod Amalan Pencegahan dan Pencegahan Gangguan Seksual 1999 yang digunakan bagi menangani masalah ini atau kesalahan diperuntukkan di bawah Kanun Keseksaan. Bagi pelaku mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana melanggar peraturan 4A Peraturan-Peraturan Awam ( Kelakuan dan Tatatertib) yang menyatakan sesaorang pegawai awam tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain iaitu ; cubaan untuk merapati orang lain secara seksual atau melakukan perlakuan bersifat seksual yang akan menyebabkan sesaorang yang waras tersinggung , terhina atau terugut.

Perlakuan bersifat seksual termasuklah secara lisan , bahasa isyarat , visual , secara psikologi atau secara fizikal.Mereka yang mengalami gangguan ini akan merasa tertekan samada secara fizikal ,psikologi dan emosi sehingga merasa tidak selesa dan tenteram dalam persekitaran pekerjaan. Itu kes di tempat kerja , bagaimana yang berlaku di rumah sendiri ? berapa banyak kes di mana mangsa malu dan takut nak buat laporan…Di mana mereka nak mengadu ????

Laporan PDRM 2005-2008 sebanyak 3,906 kes gangguan seksual( termasuk rogol dan cabul) , manakala sebanyak 27 kes tatatertib yang melibatkan kakitangan awam. Jadi , ELOK SANGATLAH cadangan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga supaya diwujudkan Akta Gangguan Seksual bagi menangani isu keganasan dan gangguan seksual yang tentunya bukan sahaja untuk melindungi wanita tetapi juga golongan lain spt pekerja , kanak-kanak mahupun lelaki ....awwww !!

p/s : Tapi banyak juga kes gangguan seksual di pejabat yang direlakan !!( skandal laa tu….kat mana ye? so siapa pulak yang terganggu ?)