Jumaat, 11 Disember 2009

OraNG SeNanTi, SiLa JaWaP PanTun InI...


Esok Sabtu,Musim berolek kek nogori…maka habislah tumbang kobau 2-3 ekor buek lauk.
Sambil rewang-rewang, orang pangka nak ilangkan ponek badan ,mako mereka pun berbaleh-baleh pantun laa..

‘ Kalau nak tau podehnya lado
Dicarik-carik, digiling-giling
Kalau nak tau banyaknyo jando
Kek ko pilah pokan senaling…

Ni jawab org Senaling;

Den tak nak gulai robong
Gulai robong leruk lerak
Den tak nak orang tanjung
Orang tanjung bosar borak !
Org Tanjung ( tanjung Ipoh) lak jawab….

Den tak nak gulai keladi
Gulai keladi lomak dek amek
Den tak nak orang senanti
Orang senanti gatai amek…

….Sesape orang Senanti ( Seri Menanti) copek jawab we!!!

...orang NS ,maaf kalau silap sebut..aisey bukan org NS !!!

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Macamano nak jawab, Cik Ani dah jawab. Walaubagaimana pun saya akan bagi serangkap pantun. Sekarang musim bertunang dan kawin.

Hisap rokok tembakau Cina
Asap berkepul berbunga-bunga
Wahai cik Adik, abang bertanya
Cincin di jari siapa yang punya

IMANSHAH berkata...

Samad gemok menjuai petai,
Petai di jual dihinggap lintah,
Sapa kata senanti gatai,
banyak yang ayu masih bergotah

ok ke?? kawe oghe kelate

ikan emas berkata...

xde nama,
wei sape gerangan cik abang yer?
esok la den jawab!!

cikgu,
memang orang senanti ayu-ayu...

Pok Li berkata...

Ado gigi sumbi omas
Loruk lorak makan robong
Cicah samba daun kayu
Biarlah deh ikan omas
Bosa borak tak sombong
Orang Senanti gata tak bergaru

SpotrimOren berkata...

Gulai noneh masak lomak,
Campor dongan ikan masen,
Oghang tanjong dah tak ondak,
Ghamai laei oghang laen,

ikan emas berkata...

PokLi,
tuuu dia !! org nogori djwp!!

dua tiga kucing berlari
manakan sama sikucing belang
si kucing belang kuat berlari
dua tiga tempat dah PokLi duduki
dah ama duk kat marang
bila lagi nak balik nogori

Nyamokkobaow,
T,kasih singgah kat sini n letak ikan emas dalam kolam nyamuk !!..mai la jenguk-jenguklah selalu.

sodapnyeee gulai noneh ikan masen tu!!

al-lavendari berkata...

Den ondak gulai keladi
Gulai samo ikan kerapu
Biar den ondak orang senanti
Samo gata samo begaru !

ikan emas berkata...

lavendarian,
welcomeback bro!!!

SpotrimOren berkata...

Buah keghanji bawak an belaya,
daun tembakao jangan lotak kek poti,
Oghang Senanti kao kato an gata,
Ghajo kao semayam kek Senanti,