Selasa, 8 Disember 2009

Chin Peng- Dosa Yang Tak Terampun

Tau sape apek Ci peng tu?..Elok pun kalu kita tak kenal apek ni. Tapi sape pulak yang dok sebok bukak balik cerita fasal hantu raya ni? Kan mahkamah dah kata tak payah lagi nak masuk Negara merdeka ni. Tutup aje la cerita . Apa lak yang kita susah-susah dok debat ,dok fikir fasal apek tua laknat tak sedar diri tu?

Tak payah la kita nak ingat balik apa yang dia dah buat kat tok nenek kita dulu. Tak payah la kita nak kira berapa banyak nyawa yg dah melayang kerana murninya hati perut dia nak penggal kepala tok nenek kita dulu. Tak payah la kita nak ingat berapa nyawa anak-anak cucu yang hilang tempat bergantung, apa yang jadi pada kebun getah,jalan raya jalan keretapi, yang hilang rumah, harta benda , malah anggota tubuh sendiri. Tak payah la kita tengok filem Bukit Kepong Jins Shamsudin tu sebab nak tau apa hal dah berlaku kat Balai Polis Bukit Kepong pada 22 februari 1950.Tak payah baca buku yang ceritakan peristiwa darurat yang berlaku 1948 hingga 1960 di Negara ini.Tak payah la kita nak sedih kenang bagaimana tragisnya kematian Wong Lim Hoon,Timbalan Penguasa Polis Kuala Lumpur pada 18 Januari 1973 atau Tan Sri Abdul Rahman Hashim ,Ketua Polis Negara pada 4 Jun1974 atau Tak payah lah kita survey kenapa 2,599 orang awam kebanyakannya Cina yang mati sekitar tahun 1948-1952…atau kita tanya PDRM bagai-mana sepanjang tempoh darurat ada 1,865 orang perajurit yang terbunuh dan 2,560 orang lagi cedera?? Malah dikatakan hampir 50,000 orang menderita akibat nya.Bagaimana isteri-anak-cucu generasi mereka sekarang ini???

Tugu Negara pernah diletupkan oleh komunis pada 26 Ogos 1975

Tak payah la nak tanya Tok apek,ah soh kenapa mereka kena pindah ke kampong baru yang sekarang banyak yang dah jadi pekan besar. Peliknya kenapa cucu cicit mereka ini jg yang sebok nak bawa balik apek tua setaraf Hitler atau Pol Pot itu?????

Tak payah la kita nak semak surat beranak dia yang memang sah-sah tak ada pun…walaupun dia kata beranak kat Sitiawan.iya la dulu lepas komunis dah ngaku kalah, lepas gencatan senjata perjanjian di Hatyai 1989… tok nenek kita baik hati offer komradnya atau konco-konco yang masuk hutan kononnya mengaku memperjuangkan kemerdekaan diberi maaf dan dipelawa balik ke negara ni..yg tak sudi,doge,bega dan keras hati konon nak parti mereka diiktiraf patut sangat kita tak layan mereka dan biarkanlah mereka duduk la kat Kampong Perdamaian Ban Chulabhornyang,perkampungan yang dibuat untuk bekas-bekas komunis… Ada yang lain tuu memang agaknya rasa ini tanah airnya maka depa pun balik laa..taubat dan berbakti semula dengan tempat mereka lahir…walau ada juga yang masih jadi musuh dalam sekam. Tak caya? ..tak payah dok cari atau sebok tanya apa Shamsiah Fakeh buat lepas balik sini..tak payah la cari apa Musa Ahmad ,Abdullah CD buat bila dah balik sini. Tak payah dok korek cerita apa Siti Aishah Khatib ceramahkan bagi kesedaran kat generasi kita..

Kita patut respek sesangat kat Najib PM kita yang tak nak jumpo apek ni.Buek mongabih ‘an bogheh yo!! Jangan poneng kepalo fikir fasal isu ini.Pokoknya dah jelas yang Negara nama Malaysia ni memang tak iktiraf langsung Parti komunis ,ideologi songsangnya atau apa-apa saja fahaman komunis ! Tak ada istilah nilai-nilai positif dalam komunisme/Marxisme .Yang kita perlu tau ialah si apek tua ni tak pernah kata yang dia dah tobat, tolak fahaman komunis tu malah baru-baru dah jelas dia mengaku yang dia masih kapala komunis !!! Jadi, soal kemanusiaan apa yang nak kita kesiankan? apa jasanya yang nak dikenang? Kebebasan bersuara yang bagaimana termaktub dalam perlembagaan Negara kita? Apa perjuangan mereka yang kononnya nak memperjuangkan kemerdekaan ?
Tak payah susah-susahkan kepala. Kita dah aman damai ,bahagia duduk di Negara yang stabil politik dan ekonominya hari ini kerana kita dapat mengalahkan komunis !!Yang pasti kita memang anti-komunis ,memang benci dengan segala fahaman dan pemikiran mereka!!!!

Mai kita tutup cerita fasal apek tua ni. Eloknya dia pun kita sumpah jadi batu, lepas tu letak kat muzium komunis di sempadan Negara kat Siam, boleh gak kita pergi buat rombongan Cik Kiah bayar RM2 masuk tengok batu sumpahan kita !!
……Sedang baca buku “ The Malayan Emergency Revisited 1948-1960’
……Dulu ada selidik jejak tokoh, ntah bila buku ni nak dilancarkan ????

13 ulasan:

lagenda berkata...

Salam Ziarah......

Betoi tu buat apa kita dok nak simpati dekat musuh negara no 1 ni biaq la dia bersemadi di luar selain dari Malaysia .Biaq hanya Anwar dan Mat Sabu sahaja yang dok membela Si Apek Tua ni demi keuntungan politik depa.......

ikan emas berkata...

anak Baling penuh lagenda,
kita jgn terikut rentak org yang menari senget, nanti kita jgk yang tersungkur!!

author faethal berkata...

Isu Chin Peng bukan lagi isu Komunis.
Isu komunis telah diselesaikan dalam perjanjian di Thailand.

Antara Isi perjanjian itu :

2. Bekas anggota pasukan-pasukan bersenjata yang dibubarkan pimpinan Parti Komunis Malaya memberi jaminan mereka kepada Thailand dan Malaysia untuk menghormati undang-undang kedua-dua negara ini serta untuk mengambil bahagian dalam pembangunan ekonomi dan masyarakat demi faedah rakyat. Thailand dan Malaysia akan memberikan layanan yang adil kepada anggota-anggota ini. Kerajaan Malaysia selepas satu masa akan membenarkan bekas anggota pasukan-pasukan bersenjata yang dibubarkan pimpinan Parti Komunis Malaya itu yang terdiri daripada warganegara Malaysia ataupun yang telah menjadi warganegara Malaysia untuk mengambil bahagian secara bebas dalam kegiatan politik dalam rangka Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia.

Jika sudah ada perjanjian apa perlunya dipertikai Si Chin Peng ni utk berjumpa ahli keluarga mereka.

Jangan lupa suatu ketika dahulu KMM juga terdiri daripada Abdullah CD,Rashid Maidin,Shamsiah Fakeh. Mereka ini pulang ke Malaysia.

Kenapa tidak Chin Peng?

Ini isunya...

Jangan main isu Chin Peng demi menarik sokongan rakyat yang dah muak pada UMNO.

Tanpa Nama berkata...

WEII AUTHOR..KO BLEY XPLEN KAT ANAK CUCU CICIT ASKAR, ORG AWAM YG TERGADAI NYAWA BAHWA BKN CHIN PENG YG BUNUH ANAK, MAK, BAPAK, ATOK, SEDARE MARE DIORANG??..KLU BKN ISU APEK TU SAPE LG? BANGANG! KEHKEHKEH

ikan emas berkata...

author,
cuba baca dan faham perenggan 5....

Jeffry,
betoi tuuu..cuba kalu tok nenek dia yg kena, tak idup la si author tuuu laa nii.

Belajar sejarah untuk difahami dan dihayati serta sebagai teladan nak urus idup seterusnya bukan sekadar nak lulus pekse aje

Pok Li berkata...

Sejarah yang penuh tragedi.Tragedi yang tak dapat dimaafkan.

ikan emas berkata...

PokLi,
seksanya bagai terasa kesannya

Prasert Chaipradit berkata...

Chin Peng jahat betul. tak cukup bunuh askar, Altantuya turut diletup!

Tanpa Nama berkata...

jangn kan muka namanya pun semua org benci...malaun mana yang sokong dia ni masuk malaysia...ini katakan sebagai pejuang negara...pengkhianat, musuh durjana, perosak, pengganas, pembunuh, penceroboh, pemusnah, tak berhati perut, perakus, peragut, penculik, penembak, pengebom, dan akhir sekali penghisap...geram betul aku kat dia niii...

Mak Su berkata...

eh heh....

Tanpa Nama berkata...

Hanya orang tak ada fikiran saja yang setuju si apek tu masuk negara ini

Unknown berkata...

anonymous see this here over here Get the facts site web click this

mcshesea berkata...

o7m85s7o64 v3u77j2q24 d5e07g4b27 x4k06s2z74 v3l23p9j75 k1j72r1v55