Isnin, 14 Disember 2009

Perempuan nak MasKahwin ke Hantaran ?

'Berapa belanja anak Pah Bedah tuu?"..inilah ayat yang biasa didengar bila Opah , Wan atau makchik-makcik balik dari majlis bertunang atau kenduri kahwin .Ikan emas pun jeling-jeling, pandang-pandang, dengar-dengar juga.
Tak kisahpun mereka berapa mas kahwinnya. Iye laakan, belanja atau hantaran kan lebih glamer,lebih mewah dan lebih menonjolkan status !!
Kalau tuan pergi ke Melaka
Singgahlah dulu di pokan Seremban
kalau hati mu sudah suka
Siapkan duit nak buat hantaran !!
Pagi tadi sompat dongar radio yang hot-hot tu colotehkan isu mas kahwin kat Selangor. Dari 80 ke 300 .Rupanya ada juga yang tak setuju, kaum hawa pun sama ?? heran gak!
Yang ikan emas tau, mas kahwin atau Mahar ni wajib diberikan oleh orang lelaki kalau nakkan sesaorang perempuan jadi isterinya. Menikahlah ! Jadi isteri maknanya jadi hak milik dia la..jadi teman seumur hidup. Teman bercakap,teman tengok tv,teman makan minum,teman tido...lepas tu buatkan zurita untuk dia lak.Tak kan kawin hari ni,esok cerai...penat-penat hantar hantaran tinggi, esok cerai, lusa kawin lain..hantar mas kawin,hantaran lagi, lepas cerai ..Ada jugak kes lelaki yang dah bayar mas kawin, hantaran tinggi sebab nak jadikan si perempuan ni tempat dia melepaskan tendang terajangnya !! Geram i !!!
Eloklah bila Selangor buat ,banyak lagi negeri nak ikut.Tok nik je yang tak nak. Johor,Terengganu eloklah takkan nak RM22.50 aje ..Melaka, NS macam ne? Perak RM101 tu sesuai lagi ke?
Pelik orang kita ni, fasal mas kawin R300 kecoh satu Malaya. Yang dok mintak hantaran tinggi-tinggi sampai berpuluh ribu tu ? Lupa lak..hantaran tu semua hutang bank ke coop ke, nikah koperasi la tu..Kes kongsi dgn pengantin perempuan pun banyak. Malah banyak kes yang sebenarnya semua perempuan yang tanggung...tau la kan, orang lelaki ni bukan tau menyimpan , warga pemboros !!! Tuu pun tak kisah ,Janji emak pengantin perempuan senyum lebar sebab sekampung canang hantaran anaknya mengalahkan hantaran artis !! Yang dah pilih tarikh 1.1.10 nanti bagi je la RM1,110 ...boleh la tahan .Nanti tarikh 10.10.10 ,berapa pulak nak hantar? campur hantaran serba satu, serba berdiri, belum pulak kes melangkah bendul !!! ..Nak hebat ada yang hantar gitar la..kereta la..rumah la...malah cek kosong !, konon nilai isteri tak terkira, takut lepas dua bulan nanti tak sempat nak cashkan cek dah keluar berita kena cerai !!!
Sian orang lelaki ni, ingat la yang WAJIB ialah mas kahwin ! Apa salahnya bagi lebih sikit..jangan la berkira sangat . 22.50 nak beli apa? Sentimental value yang tak setanding nilainya dengan hntaran beribu ringgit. Beli telefon beribu mampu, bagi mas kawin RM300 macam nak pengsan.
Hai dunia semakin materialistik.
Wahai insan bernama lelaki, tolonglah hargai nilai dan martabat seorang wanita !!

"dan berikanlah kepada perempuan-perempuan (isteri) akan mas kahwin mereka itu dengan pemberian (yang wajib ).Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) sebagai sebahagian nikmat yang baik lagi lazat" An-Nisa,ayat 4
... Ustaz Farid,boleh ulas ayat ni ....?

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Den nak juo kek si milah tuu !!!!!

al-lavendari berkata...

n3 x relevan dgn saya sbb:

1. saya bukan pemboros (tapi boroi)

2. saya setuju, bukan takat RM300 je, tapi RM3 ribu, malah kalau mereka nak bagi RM30 ribu pun utk maskawin anak2 saya nanti, sumpah saya tak kecik hati.

ikan emas berkata...

al-lavendari,
i) boroi tanda senang hati byk duit !!

ii) sah ! untungnya byk anak pompuan ...
camne pulak kalau yg semua anak lelaki ??? huhuhu...parah, boleh bangkrap !!!

al-lavendari berkata...

bagi anak lelaki elok juga sbb kena fikir banyak2 kali kalau nak bercerai berai atau nak tambah lagi satu.

SpotrimOren berkata...

ini satu cadangan yang baik...baik untuk ekonomi....
1. kalo kahwin tak sampai 3jam pompuan ade duit extra....
2. kalo kono coghai an buleh buek advan baya loyer...
3. buleh lar akak den jadi pengedar 1 drop perfume...

haaa...mcm mano pompuan kalo mas kawen tinggi...ok tak? hantaran tinggi apo kao dapek...kalo coghai ado yang kedokot mintak balik...kannnn

ghostWRITER berkata...

aduh....Rm300 apa sangat? Den kahwin itu hari mas kahwin RM2000 relaks jer... nak anak dara orang, kenala korban sikit... mau seribu daya... takut nanti terbang si milah dikobas dek orang...

ikan emas berkata...

nyamok
sape engko ha?

Ghostw,
ala mu kawen org kedah ...lama dulu dah mahai, tu belum msk beli gelang emas paras lengan !!! jgn marah yer

Pok Li berkata...

Ese kawin orang Penang. Mas kawin 10 peratus dari hantaran. Relevan tak tu. Kalau RM10,000 dan totap RM 1,000 mas kawin. Kopak bai.

Pok Li berkata...

Ese kawin orang Tanjung. Mas kawin 10 peratus dari hantaran. Relevan tak tu. Kalau RM10,000 hantaran, RM 1,000 mas kahwinnya. Kopak tu bai.

ghostWRITER berkata...

KALU DEN BOLI GELANG SAMPAI LONGAN KO, RANTAI PONOH LEHOR KO, BUKON UTK ORANG LEIN, BINI DEN GOK, SUKA ATI DEN LA....KUANG2...

Yunus Badawi berkata...

sungguh setuju apa yg awak tulis tu.

Mas kawin RM300 pun nak kecoh. Bagi saya tak setimpal dgn sumbangan dan pengorbanan isteri tu. Lagi tinggi mas kawin tu lagi bagus.

jamaliah berkata...

Meh sini ha....AKAK KORANG NAK JAWAP.....

Mas Kahwin tu nak naik jangan la tinggi melampau....sampai menyusahkan kaum adam pulak nak terkorek-korek mencari duit......dah la Hantaran tinggi.....macam ni menyusahkan lagi proses perkahwinan...bukan soal Nak Seribu Daya Tak Nak Seribu Dalih...tapi cuba fikirkan akibatnya nanti........macam cerita p.ramlee.....Anak dah Bederet Pun hutang Tak habis lagi......naikkan biar la berpada-pada.....jangan la sampai membebankan pulak......

ghostWRITER berkata...

kak jam cakap banyakla..akak jem pompuan, tak jem poket nak bayar, meh aku nak tanya akak jem, mas kahwin brapa masa akak jem dijemkan oleh suami kak jem?

ikan emas berkata...

ghost,
kuang kuang kuang...anak mami !!

YB,
bahagianya jadi isteri YB

Kak Jem,
Berapa mas kawen masa Kak Jem dulu?
Seulas ayat Quran ke? ntah-ntah Utang g kot ???

Mien berkata...

Berapi-api cik kak kita nie. Dah kahwin kah?

Tanpa Nama berkata...

patutnya semua pompuan yang ada menyokong sepenuhnya bila mas kawin ni naik...bukankah itu untuk diri kita?hak kita??

Tanpa Nama berkata...

hurmm tp yang penting skarang nie...ader gak pasangan tu sama2 mengumpul hantaran nye..jd x lah beban sgat pon bg kaum adam ni...kalau mas kahwin tu utuk hak isteri, xkan bakal isteri pon nak tlg sama...hope pasangan masing2 kenelah paham...nak kawin kan, pandai2 lah...=)

ikan emas berkata...

Takbernama,

mai kita sama-sama bermartabatkan kaum Hawa !!

Tanpa Nama berkata...

Aiiiyooooo.....Marah pulak si Ghostwritter tu...

Ini bukan soal cakap banyak...kak Jem dulu kahwin mas kahwin baru berapa duit jer.....kak jem tak kata tak boleh nak naikan.....tapi biar la ianya tidak membebankan.....So kena FAHAM YER...BETUL2....AYAT KAK JEM TU......

http://ohbaganpinang.blogspot.com......

Chit Chat Kak Jem....

shaly berkata...

l7g56i1y27 x3m90k9d71 i9h55e2v88 z8t33q4h27 h0b02x5y55 z0m36w3l55

Unknown berkata...

buy replica bags online y33 o6s09f2w98 bags replica ysl l34 s3g10y3f14 high quality designer replica j14 z0g88o9p37