Jumaat, 25 Disember 2009

SiLa Tunjukkan Surat Beranak Kalau Nak Masuk Kelantan

Kemarin Datuk Nik Aziz kononnya berkata PAS Kelantan sedang menimbang untuk mencalonkan anak tempatan sahaja selepas ini ( pilihanraya akan datang) "orang luar tidak perlu lagi tolong Kelantan."

Tetapi kata Datuk Mohamad Daud ,Ketua Dewan Ulamanya pula, PAS Kelantan sendiri belum membincangkan isu tersebut sebab ketetapan "pemimpin luar" tidak lagi bertanding di Kelantan hanya boleh diputuskan oleh PAS di peringkat pusat,Sekali fikir logic jugak syor ni..ramai orang Kelantan yang boleh memimpin ( kalu menang ), lepas ni mek-mek pun boleh jadi calon…mereka lebih ‘dekat’ dengan orang tempatan..orang Kelantan memang suka cara gini ,Ketebalan kekelantannya kadangkala menguris hati..tetapi tidak tidak bab mengundi calon PAS!!

Sejak 1959 ,PAS Kelantan dah membuka ruang untuk orang luar bertanding di Kelantan…… 2004 ada la seorang diberi peluang.Pilihan raya umum ke-12, calon PAS dari luar bertambah kepada tiga orang.Orang Johor yang gerenti kalah di negeri sendiri,Salahuddin Ayub bertanding mempertahankan kerusinya PAS juga memberi permit kepada Nasharuddin Mat Isa, timbalan presidennya bagi menentang Dr Awang Adek Hussein di Bachok…menangis bakal MB BN tuu.Seorang lagi, bendahari PAS Dr Hatta Ramli di Kuala Krai. yang berjaya merampas semula kerusi dari BN. Walaupun mereka orang luar ,tentang mengundi nampaknya orang Kelantan tetap nampak bulan juga..

Apa reaksi PAS Pusat?...tak sesuai kot !! demokrasi …rasanya hanya Kelantan tempat selamat , nanti tak ada pula orang mereka di Parlimen?...lagi suker MP’S BN boleh suker-suker ponteng!!

Beginilah nasib, diri dipecat selepas tenaga dikerah , habis madu sepah pun kena buang !!
Dah jumpa ke gading sehingga tanduk nak dibuang? Jangan mencurahkan air ditempayan hanya sebab mendengar guruh di langit..belum tentu guruh menjadikan
hujan emas.

Takrif orang luar tu apa ek?...


ic 08 tapi mengundi 05...camne ni? ...kita kan orang Malaysia!!!

4 ulasan:

gondangmas berkata...

salam ikan emas,
semua calon luar (YB Pas)yg ada sekarang tu jika dibandingkan dgn calon tempatan,mereka lebih byk bercakap di dewan rakyat(bawa hasrat dn harapan rakyat)calon anak tempatan hanya pandai sebut "ana puasa aja",hammpeh..nk jumpa pun susah,hanya dpt lihat di sepandok atau banner ditepi jalan ..itupun musim hari raya tiba.Selamat pulang perantauan terselit gambar Yb yg melaungkan Membangun bersama Islam,tapi habuk pun tiada yg dibangunkan..hanya ceramah berdegar-degar kata pepatah sini "berak atas pusu"..gitu la.royalty minyak nampak buka biji mata tapi program dan agenda membangunkan rakyat biarlah BN yg buat,,,itulah PAS.

Jeffry berkata...

SLM ZIARAH..MCM2 PAS DH BUAT SEMATA2 NAK TARIK PERHATIAN RAKYAT. TAK KIRA SAMA ADA ITU UNDI POPULAR ATAU TERPAKSA. SESUDAH AGAMA MENJADI 'MANGSA' PAS MULA MENCARI ALTERNATIF LAIN SEPERTI KELAYAKAN BAKAL CALON2 YB PULAK. YG PASTI PAS SANGGUP LAKUKAN APE SAJA UTK MEMERANGKAP RAKYAT

ikan emas berkata...

gondangmas,
sian ko yer..tu la sape suruh kaum kerabat mu pangkah bulan, tu depa duk msia kalu org amerika pun mu pangkah,janji Isle..

Jef,
sekrang-kuranya mereka punya strategi utk tarik perhatian pengundi, hrp2 org BN sedar

ghostWRITER berkata...

Salam ikan omas!
Yang bijak buat percaturan dalam menggerakkan buah catur adalah Pakatan Rakyat tak kirala PAS, PKR mahupun DAP. Yang tetap selesa dibuai mimpi indah Barisan Nasional. Bila nak sedar agaknya? aku tidak nampak 2010 akan memberi banyak perubahan kepada suasana politik dek kerana dasar baru yang membuatkan kesan luka lama berdarah kembali di hati rakyat. Ingat tsunami yang lepas... Jadikan pengajaran!