Khamis, 17 Disember 2009

Genting lagi mencemaskan !!!

Salam Tahun Baru Hijrah !!!

Wahai wakil rakyat yang kupangkah dulu...dah la loteh bantu kempen ,lepas tu den pangkah lagi.Ala-ala rasa nyesal pun ada..Maaf !!. Dan den caya ramai pengundi baik tua , baik mudo yang punya persepsi DUN untuk pembangkang ,BN untuk parlimen.Dengan harapan wakil yang dipilih dapat melaksanakan dasar dan pembangunan untuk negara dengan baik !!


Terkejut, geram dan rasa marah pun ada.Orang yang kita pilih rupa-rupanya lebih sebok diluar...masa saat penting inilah nak tonjolkan muka kat rakyat di kawasan, konon ..( iyer ke ?..hujung tahun ramai pak menteri, yb-yb main golf,bercuti makan angin ? ).Ada gak yang sedang sebok menguruskan awek atau mak datinnya tengah mengamuk !!


Bayangkan daripada 137 ahli yang terpilih ( ???) kenapa hanya ada 66 orang sahaja yang berada di parlimen kelmarin ?Nasib pak PM sempat kojar....66-63 (cantik nombor ni, Man ! copek ambik no ni !!).Heran takkan tak tau hari tu ada 'agenda' penting..bayangkan kalau tak seri atau kurang majoriti...tak fasal-fasal kita sebok berpilihanraya lagi ..banyak projek pembangunan tak dapat diteruskan atau dilaksanakan....tu boleh tahan lagi, yang den paling geram kalau gaji den pun tak de wei....!!!


Wahai YB ku sayang...berubahlah !!..den biasa masuk persidangan parlimen ni...tiap kali mesti longang je..kalau masuk pun sejam-dua lepas tuu hilang, tak pun minum-minum-sembang-sembang kat kantin...kat DUN pun sama aje. NS baru ni pun sikit nak jadi kes macam ni. Sorang ahli BN pergi aji, sorang sakit...nasib baik masa usul nak luluskan bajet ,semua pembangkang angkat tangan setuju !!! lega !!.Tapi ingat juga YB kusayang kalau nak kekal bergelar YB jadikan kes di Kedah sebagai pengajaran.Jangan hampakan pengundi yang selama ni menaruh harapan..dah banyak yang tercuit ,nanti bertambah menyampah kot berpaling tadah pulak. Orang sebelah sentiasa meneropong dan mencari laluan untuk mengoncang .


Berhijrahlah ...berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara !!!


9 ulasan:

lagenda berkata...

Salam Ziarah

Inilah implikasi yang akan berlaku jika MP-MP BN masih leka dan berasa selesa tidak mustahil Kerajaan akan tumbang dengan cara ini pada masa akan datang.Nampak gayanya BN masih belum mengambil iktibar dari isu DUN Kota Seputeh yang masih lagi dalam rayuan.Kelebihan 3 Undi adalah nasib tetapi takkan selama-lamanya kita mengharapkan kepada nasib semata-mata untuk hala tuju masa depan negara.Renung-renungkan Fikir-fikirkan...................

arizWanmerahs berkata...

salam ziarah,

tanggungjawab besar dianggap ringan. Tak ada kerisauan apa pun. Remeh temah gitu..Sama saja baik dari parti mana pun. Jika ini berterusan, tidak mustahil Malaysia akan jatuh terlingkup!

Kita mahukan pemimpin yang SEJATI, tahu bertanggungjawab, prihatin terhadap permasaalahan rakyat. Wahai pemimpin2ku, segera lah berHIJRAH!!

Mak Su berkata...

alah alah sayang yb ;p

Pok Li berkata...

Mereka masih belum jago lae. Salam Hijrah. Semoga diberkati umur dan dimurahkan rezeki,kesihatan badan, kewarasan berfikir. Dimudahkan dalam urusan dunia dan kerahmatan dalam urusan akhirat.Amin.

SpotrimOren berkata...

Maleh den nak amek pusing...kok do koba an cam tu yo deh...baik den jago pusat media parlimen daghi den jago topi kaen pak mentoghi...huhh!!! nyampah I!!!

ikan emas berkata...

Lagenda,
kes Adun K.seputeh nampaknya hanya ditanggung sorang.

Wlaupn 1 undi bermakna menang, namun persepsi,dan nilaian dan kepercayaan rakyat bagaimna?

PM nak pgl dia orang yg tak hadir? ..masalahnya ada yg mmg PM dah luluskan cuti p makan angin ? so camne ? Jawap jangan tak jawap

Merah,
Salam Maal Hijrah !!
Moga anda sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat !

Maksu,
Sayang maksu !!

PokLi,
T.kasih. Salam MaalHijrah.Moga PokLi dan keluarga dilimpah kurniakan kebahagian dunia akhirat!!

Nyamok,
ms jg pusat media tu laa mcm-macam gelagat YB yg dt kita tgk..mmd kkdg geram dan terfikir inikah Yb kita ?? Moga mereka berhijrah dan terjago dari lena dan mimpi selesa selama ini.

IMANSHAH berkata...

PRU 13 makin dokat jang..huhu jangan dok berangan sajo, tahu le ada bini muda, bergotah lagi tu..huhu..sorry usik Bung..

Kalau begnilah sikap wakil2 rakyat kita, den pon tak dapat nak tolong

ikan emas berkata...

iman,
kalu gitu baik kita aje yg bertanding jd wakli rakyat ???

nohas berkata...

Salam Hijrah 1431...

YB-YB pun bosan kot pjg sangat persidangan..apa2 pun amanah rakyat yg memilih mesti didahulukan...

Nasib baik den tak pangkah YB-YB timbang kati ni..sorry ikanemas, pengakuan tulus ikhlas..maaf zahir & batin sempena tahun baru hijrah & gregorian..