Selasa, 30 Jun 2009

Cobra di Penghujung Benua

Hujung minggu ni di luar lagi..kali ni bersama pakar-pakar yang sinonim dengan alat-alat dan term ,powerM,amplifier, equalizer,speaker ,microphone dan macam-macam ni.Bagi dia org rehat hujung minggu ni.Kalau tak hujung minggu banyak function,depa dok asyik kerja tarik wayar kerana nak bagi org bercakap, berucap ,bernyanyi…!.Namun gitu walaupun mereka rehat dari kerja tapi bukan bermakna mereka rehat kat rumah .Kali ni mereka bertandang ke Tanjung Piai untuk mendapat ilmu bagaimana nak berhadapan dengan ‘Cobra’ ( bukan ular laa..)..hahaha ikan emas pun kena ambik tau jgk bagaimana mereka perlu bersilat dengan cobra ini…Biar audio yang dihasilkan benar-benar menjadi halwa telinga kepada si pendengarnya.



" ini cobra ke?" Malam tu satu kampong dah bergegar dengan ngauman cobra yg menggunakan 32 channels Snake Cable dan 16 biji Speaker yang berat tiap satunya hampir 20 kg. ...sian pulak tengok hero-hero ni..


Bukan nak cerita fasal Cobra tp nak catatkan apa yg aku dapat masa hujung minggu kali ini. Masa belajar geografi dl dpt laa tau bahawa penghujung tanah benua asia ada di negeri Johor..Maka dengan bayaran RM5 tiap sorang ikan emas menyusurilah danau dan bakau ,kenapa tak berenang? (" ikan emas yg ini sebenarnya tak pandai berenang pun !!! hehahaha" )…berjalan-jalan sambil tak henti-henti dileteri seorang warga emas ( yg bayar RM3 jer) yg kononnya aktiviti ni buang masa,buang tenaga jer,ntah apa nak dicari dalam hutan ni penuh flora ,fauna jumpa unggas, monyet dan lotong nie…nasib tak jumpa cobra betoi-betoi.!!





Nah,akhirnya setelah berjalan 526 meter, ni yg kami jumpa !





Kawan warga emas yg bising tadi pun hilang lolahnya sebab dia dah jumpa 2 bunian….ntah-ntah spesies ikan duyung girlfren apek tuu..



Dengar kata Kerajaan Negeri Johor sedang memikirkan bagaimana nak membangunkan sebuah pulau buatan manusia di Tanjung Piai sebagai alternatif mencegah hakisan teruk yang berlaku di perairan penghujung benua itu. Jika tidak keadaan ini akan menyebabkan kita akan kehilangan harta itu ’Titik Penghujung Benua Asia”.

Satu lagi..mata memandang betapa hutan bukau ini ditimbuni dengan sampah sarap,bahan buangan tercemar dan dah banyak spesies di taman negara ini yang pupus akibat perbuatan manusia ni.

Takut masin kata warga emas tuu.." kita ni nak pergi ke penghujung dunia ke?"

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sapa mamat macho 2 org tu??? mcm ku knl tp di mana ya?

sawahring66 berkata...

Puan Hajah, JAV N.S dah senja, kena beli telgate angkat COBRA tu.

Tanpa Nama berkata...

kalau speaker dah beratnya hampir ke 20-40kg...adalah munasabah dicadangkan utk jabatan membekalkan tali pinggang (seperti jaguh sukan angkat berat)utk hero-hero yg ikan emas katakan itu..bukan pasal apa..utk mengelakkan "buasir"..jadi kita kena pikir2kan jugak hal ni...kesian hero2 Jab.Penerangan (bahagian teknikal) ni..huhuhuhu.Cobra-cobra jugak...bila cobra dan mula membelit..takut2 ramai yg buasir nanti...selisih malaikat 44.....

Mak Su berkata...

elokler buat apa2 yang menarik kat situ ek, ada gaks hajat nak melancung ke tg piai

nohas berkata...

"Sekali air bah, sekali pantai berubah"

Sokong 100% tindakan k'jaan Johor..heal the world..nak gi Tjg Piai, makan seafood..

ikan emas berkata...

Takdenama,
2 org tu hero-hero sy hebat !
yg 3 org kat bwh tuu..jejaka perasan yg dok sokdeng sri bunian..

sawah n noname,
akan difikir-fikir,pakai belt lying fox pun ok gak eak..

Maksu,
thnks,kjaan johor n Kem Pelancongan patut ceriakan n hebatkan promosi. Apa kt kita mai konvoi ke sana ?..pastu p Tjg Balai beli langsir,raya dah dekat.

Nohas,
ikan emas dah terkena ms cari-cari makan kat tjg piai tuu..org kedai makan kat situ kena belajo budi bahasa.

HELMIE berkata...

Di Penghujung tanah benua asia...Takci 4 jejaka & 1puteri pegi dulu..tinggalkan saye sorang2 mengadap cobra.walau mcm mn pun merasa gak jejak kaki kat penghujung tanah benua asia esoknyer..Masuk free lagi..he..he..

Tanpa Nama berkata...

alahai speaker dah berat delat 20kg bukan talipinggang diperlukan tetapi belikanlah JAV kita pampers saiz XXXL.Mana nak jaga perut mana nak keje tak terkejar jang oiiiiiiiii.

g satu kalau dah naik taraf nu mudaha-mudahan Jabatan tolongla jaga kebajikan JAV....kesian mereka menderita dalam diam.....sesekali tu bawak la mereka gi holiday kat SUNWAY LAGOON ker....

ikan emas berkata...

Mie,
jgn la merajuk..lain kl kita g dua-dua je!!

lg taktausape,
xyah p sunway kita p bluelagoon laa..

backtobasic561 berkata...

Salam. Aku tak puas hati tengok kau bergambar di globe Tg. Piai hujung bulan lepas. Tu la satu-satunya tempat yang aku belum sampai di Malaysia ni.
Hujung minggu lepas (19 Julai 2009) aku dan famili ke sana. Jauh juga dari JB. Alhamdulillah, akhirnya aku dan famili dapat juga jejak kaki di sana. Memng teruja dan terasa kebesaran Ilahi. Tak sangka pula hujung benua Asia ni di Malaysia je rupanya. Dulu kat sekolah belajar ilmu alam cikgu mungkin tak sempat nak cerita. Hehe...
BAM AL-HAJ

Unknown berkata...

Aku pun dah penah ikut cobra jugak... tapi negeri lain.. set ni memang berat. kita perlu lori ade hydrolic. biasa aku keje ade kawan tambahan 10 orang.