Rabu, 10 Jun 2009

Perpaduan Tak Mengira Warna

Idea nak mewujudkan Kerajaan Perpaduan ini bukan baru ni didengar. Bagaimana kalau warna merah bercampur hijau?

Masa kempen PRU 12 dulu pun dah timbul.Kempen BN turut menyentuk cadangan ini.Ia dikatakan sebagai kempen orang ‘terdesak’.Sekarang beberapa orang kuat PAS ( yang memang berkempen semasa pemilihan kerana membawa isu ini) beriya-iya ingin ‘rujuk semula’ kepangkuan BN. Kenapa, mengapa dan bagaimana idea ini boleh direalisasikan ?


  • Ke arah mana hala tuju Kerajaan Perpaduan ini? Adakah ia bermaksud Kerajaan Campuran macam di AS ,Kanada atau Kerajaan Sepakat atau sekadar PAS nak tumpang sekaki?

  • Apakah agenda sebenar PAS? ..BN khususnya UMNO kena berhati-hati dengan permainan ini.Ada udang sebalik batu? .UMNO ingin dijadikan batu loncatan atau jambatan untuk mengukuhkan lagi parti islamic ini? Atau sengaja nak bermain -main sebab nak mengalih perhatian pemimpin UMNO ,dah tak hal nak buat isu...

  • PAS memang dah benar-benar insaf dan tersedar dari mimpi? Dah taubat nasuha bahawa perjuangan mereka tidak relevan lagi di era ini? Bolehkah Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyakinkan dan membawa bersama golongan pemimpin dan ahli PAS yang tidak bersetuju dengan cadangan ini.Bagaimana pengaruh Mursyidul Am,Datuk Nik Aziz yang katanya hal ini bukan isu utama atau dasar PAS?.

  • Sekiranya ia berlaku,apakah ia benar-benar melambangkan demokrasi dan kerjasama berpadu yang benar-benar bersih? Ia benar-benar melambangkan kematangan berpolitik orang Melayu.

  • Kesepaduan ini benar-benar dilakanakan demi memartabatkan bangsa Melayu dan Agama Islam.Tetapi jangan lupa saudara kita kaum lain juga.

  • Syor nak mengadakan perbincangan,muzakarah,debat atau apa-apa aje la utk tujuan ini amat dialu-alukan dan harus bermula dari sekarang.Pokoknya ia diadakan dengan tulus,teratur dan adil.Bukan nak tunjuk siapa hebat,siapa kuat ,siapa pandai berhujah,siapa yang bangga jadi hero...Takut nanti ada pula yang ’bertepuk tangan”.

  • Buangkan sikap emosi,ego ,tuduh menuduh,fitnah memfitnah yang boleh merosakkan tali-tali yang nak dimeteri.

  • Kepentingan nasional diutamakan mengatasi kepentingan parti dan individu.Dalam PAS kena benar-benar jujur utk tujuan ini.Mereka sendiri bertentangan pendapat terhadap syor ini,jadi bagaimana? Apatah lagi ada jarum-jarum lain dari DAP dan PKR?

  • Tak kira pihak mana,jangan jadikan isu ini sekadar retorik semata-mata untuk mendapat perhatian,publisiti dan glamor semata-mata.Jangan tipu rakyat dan pengundi dengan lawak sebegini..

  • Adakah parti-parti lain dalam komponen BN bersetuju.Bagaimana MCA, MIC ,Gerakan hatta PPP yang dah makin goyah?Mereka bimbang dan akan rasa terpinggir atau tersepit dengan ’kekuatan’ parti Melayu?..ada kemungkinankah mereka pula merajuk dan berpaling tadah? .

  • Begitu juga desakan dan ugutan DAP dan PKR terhadap PAS mengenai isu ini kerana mereka merasakan sudah ’tertipu’ atau ’terdesak’ atau bimbang pakatan mereka semakin celaru dan rapuh?.Mereka ini sekadar pengacau.Memangpun mereka (PR) dah rapuh, tu sebab Presiden PAS bagi idea bagaimana strategi nak ’larikan diri’ dari kemelut kerapuhan ini.

  • Jangan ada yang mempermainkan atau menggunakan idea ini untuk mencetuskan isu-isu perkauman ,persengketaan dan salah faham berkenaan hak semua warganegara.

  • Bila persetujuan dan kesepakatan disambut, apakah akan wujud tarik tali,syarat dan tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah? Isu-isu pengagihan kuasa, kepimpinan, kuasa bersuara .Siapa nak jadi ’nakhoda’? Berapa banyak pula kerusi Menteri yang terpaksa dikorbankan BN?.Berapa banyak pula ’harga’ yang perlu dibayar untuk menebus negeri yang dikuasai pembangkang? Berapa banyak pula kerusi yang sekarang kepunyaan parti komponen(terutama kawasan kalah) yang akan ’diserah’ kepada PAS?.Bagaimana pula negeri-negeri di Borneo?

  • Kepada UMNO dan PAS,langkahkah hebatnya Melayu dan Islam di Malaysia jika ini benar-benar terjadi.,walaupun kepada UMNO ia ibarat menarik benang dalam tepung.!! Banyak hati yang perlu dijaga.Bagaimana pula Melayu dalam Gerakan,PPP,PKR,DAP,AKIM,PRM,PSM,Parti Pekerja dan ntah parti apa lagi..???


Ikan emas amat suka hati sekiranya ini benar-benar berlaku..Toleransi dan persefahaman serta kesaramataan kedua-dua pihak BN dan PAS berada dalam situasi menang-menang. Keterbukaan dan keikhlasan pemimpin UMNO jelas.Strategi ini akan menjadi kaedah terbaik untuk menguatkan lagi Negara ini. Perpaduan lambang kekuatan,keharmonian dan kemakmuran.

p/s: Salam sayang

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya mengharapkan ianya terjadi ... :) barulah DAP akan terbeliak mata mereka... padan muke kit siang ...

Unknown berkata...

salam
perpaduan UMNO dan PAS akan membawa titik baru dalam melayu..memang jika PAS terus berada dalam PR maka PAS hanya dijadikan alat untuk memancing undi melayu untuk kesenangan anwar ibrahim dan kit siang

Tanpa Nama berkata...

ya betul .. pas hanya akan dijadikan sebagai boneka mereka utk tujuan itu sahaja. pas harus sedar mereka tidak boleh bertahan dalam keadaan begitu selamanya.. sudah tiba masa mereka membuat keputusan sendiri berdiri di kaki sendiri tanpa mengharapkan kuasa anwar yang suka memutar belitkan keadaaan tambahn dengan DAP yang tidak menyokong langsung matlamat perjuangan PAS.

ikan emas berkata...

Med n Z,
benar,ayat jujur kira mcm sirih pulang ke gagang laa...

Kita pun dilahirkan dalam suasana PAS dan UMNO.

PenaKiri berkata...

Perpaduan terbaik adalah atas nama Islam.

Pok Li berkata...

Konsep ini masih belum jelas. Mungkin orang PAS dan UMNO bersetuju. Namun 'politik' dan 'kuasa'belum tentu akan menjadi nyata.

Unknown berkata...

hmm...btul tu...pada koi kan..molek beno PAS n UMNO ni bersatu padu, secara x langsung dapat mengukuhkan lagi bangsa Melayu dan Umat Islam...Hang Tuah juga pernah berkata :"xkan Melayu hilang di dunia"....