Rabu, 3 Jun 2009

SPM - subjek apa?

Benar sembang lawak kami, sedangkan seorang kerani baru bertukar mesti akan mengubah sesuatu hatta alih meja kerja. Apa tah lagi kalau seorang menteri . Mesti ada 2 benda yang mereka akan tukar. Pertama nak tukar logo ( tak kira la..logo kem ke ,jabatan ke , apa aje la) kedua akan tukar ‘tagline’ atau slogan.

Yang ini ikan emas dah pernah sindir pun.Bila Menteri Pelajaran tukar mesti akan ada sistem yang akan ditukar. Mula-mula nak hadkan bilangan subjek yang boleh diambil oleh calon SPM. Kemudian nak kurangkan bilangan subjek teras daripada enam kepada empat. Alasan :
  • Calon-calon SPM punya lebih banyak pilihan subjek elektif
  • Kurangkan beban golongan guru dan pelajar dengan mata pelajaran yang banyak untuk diajar atau dipelajari.
  • Kurangkan kos kelas tuisyen.
  • Mudahkan pengredan
  • Kesamarataan dan ketelusan pengmeritan untuk pemberian biasiswa.
  • Melahirkan produk lulusan SPM yang lebih berkualiti dan pakar

Ikan emas cuba nak faham kenapa ada cadangan-cadangan dan idea untuk perubahan-perubahan ini ;

  • Kenapa la pelajar-pelajar kita sering jadi bahan eksperimen.
  • Katanya lebih 10% calon SPM telah mengambil lebih daripada 10 subjek..maknanya pelajar-pelajar kita berani,cemerlang dan hebat lah!
  • Mereka ni tentulah terdiri daripada pelajar Melayu, Cina, India dan lain-lain…
  • Selepas beberapa tahun jadi bahan ujikaji,tengok hasilnya ramai calon SPM yang berjaya mendapat ‘A’ dalam banyak subjek yang diambil… anak siapa yer?
  • Subjek elektif yang banyak ialah subjek agama…ehh macam ada yang tak kena dengan cadangan ini..nak sekat pelajar Melayu kita dapat banyak ‘A’ ke?
  • Nampaknya Amelina ,Nik Nur Madhihah akan pegang rekod lah!.
  • Apa empat subjek yang akan dipilh sebagai subjek teras?. BM?,BI?,Pendidikan Islam/Moral?, Sejarah?, Matematik? atau Sains?..
  • Takkan nak tolak BM? ..sedangkan ia dah tercatat dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan…habis tu.?
  • Matematik atau Sains? ..ehh kan ke kita nak melahirkan generasi yang maju dalam bidang sains dan teknologi? atau
  • BI? Kan ke kita menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia?.
  • Dalam scenario sekarang, banyak yang menyesorkan supaya subjek Sejarah diwajibkan..takkanlah kerajaan nak membiarkan generasi buta sejarah?..kalau dijadikan subjek elektif memang semakin jauhlah sejarah dari minda anak-anak kita…subjek ini walau membosankan tetapi ia amatlah penting!
  • Tak semestinya pelajar jurusan agama hanya hebat dan cenderung dalam bidang agama sahaja..mereka juga telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang lain..kan ke kita nak melahirkan generasi yang berakhlak , punya minda kelas pertama,hebat dunia,hebat ilmu akhirat…kejayaan ini telah ditunjukkan oleh ramai pelajar jurusan agama kita.Orang Kita!

Ikan emas percaya AJK dan ahli pemikir yang dilantik akan benar-benar memikir dan mengkaji sedalam-dalamnya impak isu ini terhadap masa depan generasi kita. Yang penting apa pun keputusannya subjek-subjek dan silibus dalam sistem pendidikan kita tentu bermatlamat mewujudkan generasi yang berkualiti,cemerlang dalam bidang akademik, intelektual ,hebat dalam kerohanian .Berupaya membangunkan minda.Punya jatidiri, cintakan dan berupaya mewarisi Negara ini. Sama-sama kita fikir!

4 ulasan:

penakiri berkata...

itulah peliknya jika mengubah sesuatu nampak lebih hebat dari meneruskan dasar yang sedia ada baik..
Nasib baik al-quran terpelihara dari diubah suai, kalau tak dah lama jadi macam injil..

Pok Li berkata...

Generasi hari ini lahir dari sistem pendidikan yang telah dilaksanakan sejak puluhan tahun dahulu. Tak tau nak kata apa, kita sering menjadi bahan uji, apa komen ikan emas?.

Sharps Shooters berkata...

1. http://minusion.blogspot.com/
2. http://cendawan-goreng.blogspot.com/
3. http://trendpolitik.blogspot.com/
4. http://apasiapadimana.blogspot.com/
5. http://mynameisdot3x.blogspot.com/
6. http://papanzz.blogspot.com/
7. http://penggeletek.blogspot.com/
8. http://soulreaper-abarai.blogspot.com/
9. http://h2o-orihime.blogspot.com/
0. http://senyumrindu.blogspot.com/
1. http://sharps-shooters.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

kesian,pelajar-pelajar kita sentiasa jadi bahan eksperime;