Lompat si katak lompat
Lompat tepi perigi
Lompat si ADUN yg empat
Habis tumpang PR satu negeri.
Bermula dengan adegan lompat melompat ADUN Bota,drama kehilangan 2 ADUN PKR yang ada 'kes' dan kekecewaan 1 ADUN DAP,akhirnya memberi harapan dan kelebihan kepada BN untuk menerajui semula Negeri Perak.. ( walau ada mengganggap macam lanun !) .TAHNIAH !!!
Kesian PR ..belum sempat meraikan ulang tahun pertama , belum sempat mengotakan banyak lagi janji-janji , belum sempat meluluskan banyak 'projek' yang dirancang dan dicanang , belum sempat bergaya dengan kemewahan Camry ,belum sempat rekabentuk bango siap, belum puas berKUASA !!!
KUASA .. bila manusia dikaburi dengan KUASA ,ia tidak akan dapat menerima kenyataan dan hakikat bila KUASA tersebut ditarik balik. Sudah di atas sukar nak turun ke bawah !
Meneliti dari kaca mata media , banyak yang boleh ditafsirkan disebalik senario politik Perak sekarang ni terutama kejadian-kejadian di Ipoh dan Kuala Kangsor. Apakah ia rentetan kejadian di Kuala Lumpur 10 tahun lalu ? siapa di sebalik mereka ?
Sebagai rakyat marhaein , teman cukup gusar ,naluri dibimbangi dengan situasi dan kebiadapan sesetengah rakyat yang kononnya mengamalkan demokrasi..tapi bila ia tidak menyebelahi mereka ,mereka berkata sebaliknya.Dalam situasi 28-28+3 bolehkah BN berada dalam keadaan yang kukuh ? Adakah Dato ' Seri Najib , Datuk Dr Zahid dan Dr Zamry benar-benar yakin dan percaya terhadap kesetiaan 2 + 1 ? .Apakah kita hanya menunggu masa yang menentukan ? Apakah BN sudah bersiap dengan strategi yang lebih hebat untuk memastikan titian yang hendak dilalui seterusnya menjadi jambatan yang lebih kuat , kukuh dan dinyakini rakyat ?
Wah hebat sungguh KUASA 2+1 ni ?
Apa akan jadi sekiranya kes 2 disabitkan, apa akan jadi sekiranya Kak Yit berpaling tadah ? Apa akan jadi sekiranya berlaku kekosongan akibat " kematian" ataupun kejadian-kejadian lain yang tak diduga. ( Maaf , ajal maut di tangan Tuhan ).
Nampaknya situasi dan unsur-unsur lobi melobi , tawar menawar , offer mengoffer terus berlaku. Kepada BN ,teman khuatir BN janganlah terlalu terdesak sehingga sanggup menanggung biawak hidup.. Apakah prinsip sebenar ? Kita perlukan pemimpin yang cerdik , taat ,jujur dan amanah dalam menjalan tugas yang diamanahkan rakyat ,bekerja untuk memajukan bangsa dan kawasan /negara bukan hanya mementingkan diri dan peribadi mereka sahaja.
Kadang-kadang aku terfikir , kenapa formula untuk memujuk semula 6 ADUN PAS berkompromi dengan BN tidak dibuat semula ? benar , meraka dah malu dengan keterlampauan yang mereka sendiri buat tetapi demi bangsa Melayu ,demi ketenteraman awam dan demi kemakmuran negeri/Negara tidak mustahil perkara ini relevan dilaksanakan.
IE - catatan ini aku tulis sebelum menerima berita kembalinya ke Rahmatullah Ahli Parlimen BG. Al Fatihah ..
2 ulasan:
mudah jadi adun bebas. kalau nak sokongan, bayar dulu.... macam ceerita p ramlee budak perempuan yang mintak 20 sen. kalau tak....
adun yang lompat tu (i)tak punya pendirian. hanya pentingkan diri sendiri. kalau dia orang ni mampus nanti jangan harap aku baca fatiha buat dia orang. orang pr benci, orang bn tak percaya, kaum kerabat menyampah. mereka ni dah pun didakwa menerima rasuah. kat dunia mungkin lepas. kat kubur lagi dah kena belasah
Lagu Lompat Si Kotak Lompat dah mula popular kembali.
Catat Ulasan