Semalam , aku bersama-sama di dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Sembilan. Kumpulan 9 orang yang diketuai oleh YB Datuk Zainal Abdin Ahmad berikrar bahawa sesungguhnya mereka sentiasa terus taat setia kepada UMNO dan BN ,menyokong Kerajaan Negeri Sembilan pimpinan YAB Menteri Besar Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Hj Hasan . Pengerusi dan ahli kelab ini juga menyakinkan bahawa mereka juga menyokong penuh kepimpinan Prdana Menteri , YAB Dato' Seri Utama Abdullah bin Ahmad Badawi dan TPM YAB Dato' Seri Utama Najib Tun Razak. Jelas bahawa integriti ,maruah dan ketaatsetiaan mereka jangan diganggugugat.
Lafaz ikrar ini diadakan ekoran timbul kenyataan dari Ketua UMNO Bahagian Seremban ,Dato' Ishak Ismail bahawa terdapat 3 orang ADUN dari Negeri ini yang dikatakan AKAN melompat parti . Ketiga-tiga YB ini ( YB Samsul Kahar ,YB Dato Aziz Samsudin dan YB Mustafa Salim , ADUN Lenggeng yang sedang berhadapan kes ....) )juga turut mengadakan sidang akhbar selepas itu yang menjelaskan ketaatsetiaan mereka dan memberi amaran supaya jangan ada mana-mana pihak yang membuat spekulasi seperti ini lagi.Noktah !!
Aku cukup respect kat YAB Menteri Besar NS yang menjelaskan bahawa beliau dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri akan sentiasa memastikan kestabilan pentabiran ,perpaduan , kemakmuran ,politik dan iklim di negeri ini tanpa mencampuri urusan negari lain.
Nampaknya isu lompat parti menjadi tajuk perbualan hebat masa ini.Ia ekoran lompat parti oleh ADUN Bota Datuk Nasaruddin Hashim yang keluar BN untuk menyertai PKR., Laa ni pulak Negeri Perak tengah berada dalam "celaru" ..semua orang tak kira dari mana nak jadi pakar nujum atau beri pendapat masing-masing, maka berlumba-lumba la , bermacam-macam skrip dan beraneka spekulasi dan rumusan yang diperbualkan oleh rakyat. Maka, timbullah cadangan supaya diwujudkan undang-undang untuk menghalang sesaorang dari melompat parti ( khususnya kalau dah dipilih jadi YB ).Akta ini akan meminda Perlembagaan Persekutuan Perkara 10 (1) (c)- Kebebasan warganegara untuk berpersatuan.
Persoalannya wajarkah pindaan ini dilakukan ? ..
Dalam senario sekarang sebarang usaha untuk meminda Perlembagaan agak sukar dilaksanakan memandangkan majoriti gabungan parti pemerintah BN di parlimen kurang dari dua pertiga.Negara ini mengamalkan dasar demokrasi..adakah hendak dihalang warganegara ini berpersatuan ( berparti ? )...Semak sejarah perjuangan bangsa kita dulu , Dato' Onn Jaafar , Bustaman , Ishak Haji Mohamad , Tunku Abdul Rahman , Che Det......dan byk lagi. Persoalannya ini bukan isu tidak taat atau setia kepada kerajaan dan negara , tetapi jika sudah tiada keserasian maka macam-macam boleh jadi.. Dalam politik rumah tangga pun ini biasa terjadi.Ini bukan isu mudah. Bila tiada persefahaman( ayat biasa kalau pasangan dah tak suka ..)tiada lagi kesetiaan dan lupa lafaz janji, Dalam hal lantikan jadi wakil rakyat ini,sekiranya sesaorang itu telah dipilih dan diberi mandat jadi YB kita pilih mereka atas tiket parti mereka ( kita pangkah logo parti bukan gambar mereka )tiba-tiba mereka beralih arah menyertai parti lain.. seperti tiada beretika dan pendirian .Akan terasa tertipukah rakyat yang memilih ? atau sebaliknya ? Sekiranya kita berada dalam keadaan "sipi' tidak mustahil berlaku sesi pujuk memujuk ,kalau ada permintaan maka akan adalah penawaran !!!.Rakyat yang terasa dipermainkan !!!
Sepatutnya pemimpin-pemimpin tak kira dari BN atau PR berusaha untuk mengharmonikan suasana dalaman negara ini.Bersepakatlah untuk mewujudkan kedamaian.Rakyat dah rimas dengan permainan seperti ini. Marilah kita sama-sama mentadbir dan menjalani kehidupan di negara ini dengan aman damai dan makmur.Pemimpin dan ahli BN kenalah hormat dengan pemimpin dan ahli PR , begitu juga sebaliknya.Keegoan dan keangkuhan hanya menjadi api yang mebakar diri kita sendiri..yang menjadi mangsa rakyat ini sendiri.
p/s - IE " Berkhidmat untuk Keluarga ,Agama , Bangsa dan Negara"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan