Rabu, 18 Februari 2009

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ASAS KEDAULATAN NEGARA

INPATI TITAH SPB YANG DI-PERTUAN AGONG
PADA MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA PARLIMEN KE-12
DI DEWAN RAKYAT PADA 16 FEBRUARI 2009

Wahai warganegara Malaysia , baca , dengar dan hayatilah antara intipati titah SPB Yang Di Pertuan Agong pada 16 Februari ini sebagai PERINGATAN kepada kita semua bahawa kita masih berada di sebuah negara yang berDAULAT !!! .

i) Hayati dan hormatilah Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi dan
terluhur .Hak setiap rakyat di negara ini yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan ini sentiasa dipelihara dan dihormati.

ii) Kita sudah 51 tahun merdeka , justru jangan sesiapa cuba membangkitkan sebarang
isu berbentuk perkauman yang boleh mengugat keharmonian dan keamanan negara ini.

iii) Elak dan jangan sesekali ada yang cuba menyebarkan sebarang fitnah dan berita
palsu. Pengamal media termasuk penulis blog perlu lebih beretika dan
bertanggungjawab dalam menghasilkan bahan berita/penulisan.

iv) Rakyat perlu berhati-hati menerima maklumat.

v) Mengingatkan bahawa kita semua mesti menghormati kedudukan Islam sebagai agama
Persekutuan di samping agama lain bebas diamalkan.

vi) Generasi muda sebagai pelapis masa depan negara, justru sejarah kemerdekaan dan
Perlembagaan Persekutuan perlu diperjelaskan dengan lebih meluas.

vii) Fahami dan hayati Prinsip Rukun Negara.

viii) Suatu peringatan ,kita harus belajar dari sejarah di mana kejatuhan sesebuah
empayar dan tamadun adalah berpunca daripada fitnah, hasad dengki dan perpecahan
di kalangan rakyat.

ix) Kesopanan dan Kesusilaan ..Semua Ahli Parlimen diharap sentiasa mematuhi dan
menghormati peraturan semasa persidangan Dewan Rakyat kali ini .

x) Ekonomi negara masih kukuh dan bertahan walaupun berhadapan cabaran ekonomi dunia
yang amat getir.

Syukurlah menjadi rakyat Malaysia!!

1 ulasan:

Pok Li berkata...

Daulat Tuanku