Selasa, 3 Februari 2009

IKAN EMAS 2- PERSONALITI

Setiap individu yang lahir di dunia ini mempunyai sifat , sikap ,gaya dan personaliti tersendiri. Personaliti atau sahsiah merupakan cirri-ciri kepribadian sesaorang itu, dan sememangnya mencirikan perbezaan antara individu yang lain. Peronaliti memperihalkan sifat-sifat fizikal , emosi dan kognitif sesorang itu. Begitu ramai pakar-pakar psikologi yang mengkaji mengenai personaliti manusia ini , antara yang terkenal ialah Sigmund Frued, Carl Jung , Alfred Alder , Carl Roger , Albert Bandura , Abraham Maslow . B.F Skinner ….dan banyak lagi .
1. Kajian mengenai bulan dan sikap yang dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah menyatakan bahawa individu yang lahir pada bulan APRIL adalah :-

• Sangat aktif dan dinamik.
• Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
• Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
• Punya daya mental yang sangat kuat.
• Suka diberi perhatian.
• Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
• Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
• Sangat berani dan tiada perasaan takut.
• Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
• Emosi cepat terusik.
• Cuba kawal perasaan.
• Kecenderungan bersifat pendendam.
• Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
• Kuat daya ingatan.
• Gerak hati yang sangat kuat.
• Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
• Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
• Sangat cemburu dan terlalu cemburu

2. TEORI RIASEC (SDS) HOLLAND

Menurut Holland ( 1973, 1978, 1985) , setiap individu akan menyerupai salah satu daripada enam jenis personaliti yang asas .Semakin hampir sesaorang itu menyerupai sesuatu jenis personaliti , maka semakin besar kebarangkalian ia akan menunjukkan tingkah laku dan ciri-ciri yang berkaitan dengan jenis tersebut. Ciri-ciri ini melibatkan enam jenis persekitaran dan enam jenis ciri-ciri pekerjaan. Enam ciri personality menurut Holland ialah REALISTIC ® , INVESTIGATIF (I), ARTISTIK (A), SOSIAL (S), ENTREPRISING(E), dan CONVENTIONAL(C).

Menurut ujian personaliti Holland , hasil ujian mendapati bahawa IKAN EMAS mempunyai ciri-ciri personaliti SOSIAL (S) . Menurut Holland individu yang mempunyai personaliti SOSIAL mempunyai ciri-ciri persnoaliti , persekitaran dan bidang perkerjaan yang kongruen sebagaimana berikut :-

i) Ciri-Ciri Personaliti S
- bertanggungjawab , suka bersosial , berinteraksi,suka membantu,baik hati, murah hati, empati, suka berkerjasama, peramah, pemimpin yang baik, suka membuat kebajikan kepada orang lain tanpa mengharap ganjaran.
- Katanya lagi, individu ydari personaliti ini cekap dan mahir menggunakan kata-kata dan berkomunikasi dengan orang lain. Pandai memainkan peranan membantu, menyembuh dan memberi ilham.Cekap dalam hubungan kemanusiaan dan pendidikan.

ii) Kehidupan dan Persekitaran S

- Peluang untuk memanipulasi, mendidik , membantu orang lain
- Gunakan amalam bercorak sosial dan kebajikan
- Pengaruh sosial , dan kemanusiaan
- Perlu kepada pergaulan dan komunikasi dengan orang lain.

iii) Pekerjaan Sosial

- Kaunselor, Pegawai Kebajikan , Wartawan, Pegawai Penerangan , Guru, Sukarelawan, Pengacara , Pegawai Perhubungan Awam, Diplomat, Pensyarah ...dll yang berkaitan dengan sosial.

p/s : jawapannya agak selaras , Ikan Emas berada dalam senarai ini.

Tiada ulasan: