Selasa, 10 Februari 2009

KAYA..KAYA ...KAYA ..CEPAT KAYA

Kaya...kaya ...kaya ...semua orang di dunia ini nak jadi kaya.Kekayaan dan kuasa menjadi idaman setiap manusia sejak manusia diturunkan di dunia ini. Duit adalah segala-galanya. Hajat dan naluri inilah yang menyebabkan bermacam cara nak jadi kaya.Lagi cepat lagi bagus. Bagaimana kaedah yang mudah , pantas,cepat , tidak perlu guna tenaga , tidak perlu bermandi peluh ,janji untung cepat ,gelaran millionaire yang diigaukan menjadi reality.Tapi benarkah ? boleh dipercayaikah ? berapa ramai yang benar-benar berjaya ?
Berapa ramai pula yang telah terpendaya akibat ketamakan ?

Awal 90an dulu ada kawan aku yang pelawa aku menyertai skim pelaburan yang kononnya boleh jadikan kita kaya cepat.dengan cukup yakin( ialah orang pakar bercakap !! ) beliau menyatakan bahawa pulangan yang diterima adalah lumayan dan tiada yang mencurigakan..2 minggu lepas itu , aku dengar skim tersebut diserbu Polis . Baru-baru ni muka seorang kawan aku ( seorang ustaz pulak !!) keluar kat TV semasa buat laporan polis yang beliau dan sekumpulan yang lain tertipu dengan skim pelaburan ‘kambing” ...Kesian pulak aku tengok ! Keluarga aku juga antara yang cepat terpengaruh dengan skim seperti ini. Abang ipar aku pula lagi hebat , segala jenis skim yang seperti ini termasuk yang jual produk semuanya dia masuk ,jadi pengantara tapi aku tengok tak kaya-kaya jugak !! Nasib aku tak pernah terpengaruh dengan pujukan atau ceramah mereka .Oops ,lupa pulak, bulan puasa dulu kawan baik aku ajak p berbuka puasa ,abang dia pegawai polis pun datang dengan bini muda dia, rupa-rupanya ada agenda ajak kami masuk skim pelaburan(lupa pulak aku melabur dalam perniagaan apa ), mudah hanya RM60 ,katanya akan dapat pulangan RM400 sb..aku cabar dia aku masuk ni sebab nak tengok apa kebenaran dan kesudahannya. Aku masuk labur guna nama anak.HAHAHA , sampai sekarang sonyap je, dia pun buat-buat lupa aje.aku pun tak pernah ingat bab RM60 sebab aku dah niat sedekah aje la. Semalam bukak email ,ada kawan antar cara nak dapat duitmudah melalui internet, bagi penaja RM10.00 kita akan dapat RM1,000 atau RM10,000...ehh boleh percaya ke ? sama jugak la konsepnya , HALAL ke ?...Taka pa la, biarlah aku ‘servive’ hidup aku dengan gaji aku ni.,labur kat ASB sikit-sikit,koperasi pun ada.

Kata Setiausaha Agong Cuepacs ada lebih 50,000 kakitangan awam terbabit dalam skim cepat kaya. Jadi , berapa ramai lagi yang bukan kakitangan awam ? Ketua jabatan dan pegawai tinggi kerajaan juga dipercayai terbabit sama dalam skim ini...Wow hebat betul mereka ini.Nampaknya kawan-kawan kita ni sanggup menanggung risiko ini. Atau mungkin terpengaruh atau terpedaya atau mereka benar-benar yakin dengn strategi nak cepat kaya ini.Maka berapa ramai pulak yang sanggu berhutang beribu-ribu hanya nak cepat laba yang banyak. Kita mudah lupa !!!!berapa ramai yang dah terpedaya ,tertipu dan bangkrap ( malah mungkin lebih daripada itu....) dan dihukum akibat ketamakan dan kerakusan itu.Dulu heboh skim Pak Man Telo, senyap ...kemudian timbul macam-macam skim yang punyai pelbagai nama yang menyembunyikan kaedah sebenar. Sebenarnya matlamat penganjur ( pengasas ) skim ini hanya untuk mengKAYAkan diri mereka sahaja.Mereka menggunakan pelbagai kaedah. Jualan lansung , Sistem Piramid dan Skim Cepat Kaya. Ada beberapa persamaan / perbezaan ketiga-tiga kaedah ini. Permit ? kena jual barang ? atau anda hanya beri modal kemudian tunggu dan tengok akaun bank dah bertambah ?..pokoknya ada penganjur yang berselindung di sebalik perniagaan yang sah. Di zaman IT ini, mereka menggunakan medium internet , sms dan pelbagai lagi untuk menarik ahli baru. Itu belum masuk risalah ,iklan yang ditampal kat pokok malah menganjurkan siri kaunseling bagaimana nak jadi kaya ,Guna ayat 90/100 rezeki datangnya dari perniagaan...Yang terpedaya tak kira tua muda,wanita ke lelaki ke.Laa ni pula nak kaya cepat dengan jual kopi kuat. Orang kita ni kalau dengar ubat nak jadi kuat , nak kuat seks , ubat nak layan bagi suami tak cari perempuan lain , ubat nak bagi makin cantik ,ubat nak kurus , kurang tua..sanggup kita keluar modal beratus beribu . Ini juga strategi nak cepat kaya , jual kopi kuat ( kopi jantan la , kopi janda la...ntah apa-apa !! )Patut harga kopi yang original sekilo RM 7 tapi dek kerana dijual melalui system MLM maka .. dah jadi beratus ,iya laa nak bagi komisyen kepada pengantara.

Anggaran sekitar 50,000 kakitangan kerajaan ini ( termasuk la kawan-kawan aku juga ) dah cukup membuktikan bahawa ia seolah-olah virus yang semakin menjadi wabak yang perlu dicegah sebelum ia merebak dan menjadi penyakit yang sukar hendak diubat. Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 2/2009 yang berkuatkuasa 13 Januari lalu bertujuan melarang kakitangan awam di semua peringkat daripada membabitkan diri dalam skim ini samada sebagai penganjur,pengantara atau pelabur. Ini bertujuan agar semua kakitangan awam sentiasa berhati-hati dalam sebagai aktiviti ini selain daripada memastikan sentiasa komited terhadap kerja hakiki mereka. Banyak di kalangan mereka menggunakan waktu bekerja untuk aktiviti ini Ada juga aduan yang menyatakan ada guru sebok dengan jualan produk MLM menyebabkan pelajar-pelajar terabai. Dalam hal ini , kakitangan kerajaan perlu ingat bahawa mereka juga terikat dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatattertib) yang antaranya Perkara .. di mana kakitangan awam adalah dilarang dari membuat kerja luar tanpa kebenaran dan tidak terlibat dengan keterhutangan yang serius (Peraturan 5 dan Peraturan 13 ).Perlu dingat sekiranya larangan-larangan ini gagal dipatuhi mereka boleh diambil tindakan tatatertib dan kemungkinan hukuman dibuang kerja yang menyebabkan risiko-risiko yang berkaitan seperti tidak akan mendapat ganjaran, pampasan atau pencen dan kemudahan lain.

Aku mengingatkan diriku dan semua, Usaha Tangga Kejayaan , Orang Tamak Selalu Rugi. Rezeki ada di mana-mana. Bumi Allah ini dilimpahi rezeki tetapi ia tidak akan datang bergolek. Firman Allah yang bermaksud : Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segenap penjurunya dan makanlah sebahagian rezekiNYA.( Surah al-Mulk,ayat 15).

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hai , jangan terpedaya dengan pujuk rayu.
Hidup bahagia dari rezeki yang halal