Selasa, 26 Julai 2011

Menjelang Ramadhan..cerita fasal makan

Salam..
31 Julai tarikh tengok anak bulan. Rasanya hari Isnin start kita puasa . IE tengah fikir bagaimana dan di mana nak cari makanan untuk menu berbuka puasa. Kek Somban ni banyak gak pasar Ramadhan tumbuh..Dekat keliling rumah IE ni pun ada macam-macam ada..Tapi rasanya ntah la



Dulu IE oder mangkuk tingkat hantar ke rumah...Masa bulan puasa selain daripada menu mangkuk tingkat ada juga menu sampingan dari gerai Kak Milah.... 2-3 bulan lepas IE hentikan oder mangkuk tingkat ni. Bukan sebab orang tu masak tak sedap tapi iyer la..Dia charge harga tak la mahal . RM200 sebulan. Menu pelbagai juga la. Tapi dah ada mangkuk tingkat tapi masih dok mencari makanan lain. Tu belum termasuk piza,burger,satay..


Ada juga la sesekali pengantar cuti tapi tak maklum kat kita..kebulur kita dibuatnya. Fikir banyak kali . Daripada tengok makanan tu asyik terbuang aja, baik lah dihentikan.Pandai-pandai lah cari makan tempat lain pula.





Ini antara menu terakhir yang IE sempat paksa selera ni terima. Nasi, gulai lemak udang, ayam goreng dan sayur apa ntah !!


p/s: Kpd anak nogori..selamat balik kampung .berMANTAI ...motong kobou, bakar lomang..
















Isnin, 25 Julai 2011

9 JuLai-Tahajud CinTa - SY FoLLoww




Masih cerita fasal perhimpunan haram..teropong IE, bukan nak mengumpat tapi kesian ada anak dara , kaum ibu bertudung litup terjerit pekik, memaki hamun ,menunjukkan kelakuan tak senonoh, hilang kesopanan, melayang susila, mencemar ciri-ciri Muslimah . Harap pakaian aje ditutup tetapi maruah terdedah !! Mengucap panjang bila tengok kelakuan mereka . Malu, malu, malu…Begitu lah bila dah taksub. Ada pulak makchik -makchik tertipu dek nak poie berombong ke kolumpo..Maknanya ada yang mengambil kesempatan menggunakan WANITA !!!



IE tengok Drama bersiri Tahajud Cinta kek TV3 sebab Eman Manan ada..tambah pula ramai pelakon macho , cun dan hebat masuk gelanggang..tarikan dari Erma Fatima..Baru masuk episod ke dua dah ada yang bising..komplen konon cerita tersebut memperolokkan wanita berpurdah..Mai kita tengok penyudah cerita baru kita tau apa sebenarnya yang nak diberitahu oleh si Erma ni. Realitinya memang banyak tak kiRa lelaki atau wanita yang menggunakan agama sebagai topeng ..Sejauh mana pun ilmu di dada, setinggi mana pun agama seseorang itu, nafsu tetap gigih menggoda !!

Kerajaan Kelantan pula nak anugerahkan Saleh Yaakub dan empat isterinya Anugerah Poligami Contoh !!..tak tau la sama ada SY dah ditawarkan atau dah setuju terima atau baru heboh-heboh aja ???. Kak Jat pula dah sound bimbang kot-kot anugerah ini menjadi suatu galakan kepada kaum lelaki untuk memFollow abang SY. Dia bukan tak setuju dengan poligami tetapi kenalah fikirkan sensiviti dan budaya masyarakat…fahami kata-katanya dengan betul. Jangan diputar belitkan. Bukan dia kata tak boleh poligami tetapi kenalah ikut sunah !!















Sabtu, 16 Julai 2011

3 Soalan Yang Perlu DiJawap..

salam nisfu Syaaban..
wah..dah dekat sangat nak masuk Ramadhan
Maidin dan kaum kerabatnya dah mula pasang perangkap.

Tapi minggu lepas ramai yang dah terkena perangkap yg dipasang oleh jejuak KUNING yang CUKUP KOTOR.

Apa kata anda jawap TIGA SOALAN INI :-

i) Kenapa dan bagaimana boleh pergi ?
ii) Apa , berapa imbuhan yang dapat bila pergi tu ?
iii) Bila dah pergi tu..baru tau ..dah tu apa perasaan ?
.