Jumaat, 30 Oktober 2009

Bicaralah Dengan Bahasa Hati


Tak ada musuh yang tak dapat ditakluk oleh CINTA
Tak ada penyakit yang tak dapat disembuhkan oleh KASIH SAYANG
Tak ada permusuhan yang tak dapat dimaafkan oleh KETULUSAN
Tak ada kesukaran yang tak dapat dipecahkan oleh KETEKUNAN
Tak ada batu keras yang tak dapat dipecahkan oleh KESABARAN
Semua itu mestilah berasal dari HATI



Bicaralah dengan bahasa HATI, maka akan sampai ke HATI pula.
Kejayaan bukan semata-mata betapa kerasnya otot
dan betapa tajamnya otak
Namun juga betapa lembut HATI kita dalam menjalani segala sesuatunya.


Kita tak kan dapat menghentikan tangis seorang bayi hanya dengan merengkuhnya dengan lengan yang kuat.
Atau, memujuknya dengan berbagai gula-gula dan kata-kata MANIS.
Kita perlu mendakapnya hingga ia merasakan detak jantung yang TENANG
jauh di dalam dada .


Mulakanlah dengan melembutkan HATI
sebelum memberikannya pada sebuah KEJAYAAN !!



Salam sayang;

Selasa, 27 Oktober 2009

Berangan lagi laa tuuu

Suatu ketika dulu,si dara desa membawa hati yang lara meredah hutan belantara,menuruni lurah berliku, mengharungi sungai cetek dan dalam..berjalan dan berjalan ,dari desa ke desa ,hutan ke hutan , tetiba ia terjumpa sebuah perkampungan yang teramat;lah indah ,nyaman dan saujana mata memandang.. rakyatnya hidup penuh makmur. Tersergam megah sebuah istana bagai dicahayai sang rangbulan …..aduh, tetiba keluarlah seorang putera raja yang sungguh kacak menawan…..

Tak da apa-apa , inilah bayangan si ikan emas kala kali pertama menjejak kaki di Bandar DiRaja ( kalau boleh dikatakan bandar )ini beberapa tahun lalu…ber angan lagi lah tu!!!


dicatat di Istana Besar Seri Menanti

Jumaat, 16 Oktober 2009

Masihkah Kau Rindu.....


Masihkah kau suka
Hari ini manisku macam gula
Esok dah masam macam cuka

Masihkah kau cinta
Hari ini madahku tersusun kata
Esok dah terhambar nesta

Masihkah kau kasih
Hari ini senyum mengulas indah
Esok dah juling tersengih

Masihkah kau rindu
Hari ini aku anggun ayu
Esok dah terkulai layu

Masihkah kau angau
Hari ini lunakku bak buluh perindu
Esok ntah mengaum bak harimau

Masihkah kau sayang
Hari ini daku ibarat bulan mengambang
Esok dah macam hantu jembalang

Masihkah kau terbayang
Hari ini mahkotaku terurai mayang
Esok sanggul ku dah mengerbang

Masihkah kau ingati
Hari ini aku slim melidi
Esok dah sihat macam guni

Masihkah kau ingini
Hari ini harumku semerbak mewangi
Esok dah bau setanggi

Masihkah kau sudi
Hari ini sepatuku bertumit tinggi
Esok bertongkat tak mampu berdiri

Siapakah kita sebenarnya ?
Kenapa kita tidak mensyukuri apa yang kita miliki....