Selasa, 16 Ogos 2011

gOLdEN cHURN TaK HaLal

Ada yg dah ambil cuti sebab nak buat kuih raya. Tak kira lah untuk dijual atau nak jamu tetamu sendiri. Dulu IE rajin buat kek buah. Dapat resepi dari Kak Pesah..Sedap!.. ..Tiap kali hari raya kawan org Sarawak akan bagi aneka kek lapis buatan dia. Kalau pergi ke Serawak tak sah kalau tak borong kek lapis pelbagai jenis dan perasa.

Sekarang..kek buah order kat kawan atau beli aje kat Jusco. Kawan pulak mungkin dah tak buat kek lagi..maklum mak ayah dia dah tak ada. Di Seremban pun dah banyak yang buat kek lapis Sarawak.



Tapi ingat kalau nak buat atau nak beli kek atau kuih raya, pastikan BUKAN diperbuat daripada mentega Golden Churn. TAK HALAL !!!











































Isnin, 8 Ogos 2011

sEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA



Antara ibadah yang amat digalakkan dalam bulan Ramadhan ini ialah bersedekah. Apa kata kita join program "Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata" yang diterajui sukarelawan-sukarelawan yang bergerak aktif di facebook & laman sosial yang lain. Ia bertujuan untuk mengumpulkan 10 000 baju raya (Baju Melayu & Baju Kurung) yang BARU ( usah la yang second hand, buddle atau dah dipakai atau dah rosak atau koyak ) untuk diagihkan ke lebih 50 buah rumah anak yatim & rumah-rumah kebajikan yang ada di Malaysia ni. Insyaallah ..moga-moga usaha mereka ini mendapat keberkatan.

Kepada yang ikhlas nak menyumbang cuba hubungi :
TEAM SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
No. 12, Jalan Platinum 7/44 Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
(U.P: Ahmad Saabun) Tel: 016-2151192
Email: ahmadsaabun@sehelaibaju.com



Atau Kalau Yang Kat Seremban atau area selatan ..Boleh Hubungi : Zul 012-4 7336424 ( ala tokeh Kodai Minum Ujang R&R Nilai arah Utara.




Pada 20 hb ni kami sama-sama berbuka puasa dengan anak-anak Baitul Mahabbah, Rasah Kemayan. Mungkin Sehelaibaju cukup bermakna kepada mereka terutama nak raya ni. Walau pun begitu Baitul Mahabbah juga berharap sangat kalau ada yang sudi untuk menyumbangkan peralatan komputer ke alat bantuan lain ke atau apa-apa aja la..

Kalau ada yang nak jadi sukarelawan pun dialu-alukan. Mai jenguk ke :
http://sehelaibaju.com/ atau join http://www.facebook.com/sehelaibaju



p/s ; bulan puasa makin banyak program...Merdeka !!!




















Selasa, 2 Ogos 2011

Kuasa Jalur Gemilang –Menangi Hadiah Lumayan !!

Ramadhan kali ini meriah bukan sahaja sebab nak shopping raya tetapi meriah juga dengan kibaran Jalur Gemilang. Selamat menyambut bulan Ogos..bulan kemerdekaan. Tahun ini disebut Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2011 ..sebab sambutan Hari Kebangsaan akan dibuat pada 16 September 2011..nak bagi kesempatan rakyat jelata balik kampung, beraya sakan.

Sudah pasang bendera ??
Di rumah ? , di pejabat., di bangunan, di kenderaan atau di mana-nama saja. Masa inilah kita nak tunjukkan semangat. Syabas kepada yang dah memasangnya..atas inisiatif sendiri..beli sendiri, tak harapkan diberi percuma. Malah ada yang lebih dahsyat nak kita tolong pasangkan !!!

Tolong bantu ubah minda mereka yang berfikiran sebegini. Sesuai dengan tema tahun ini,

“1M: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”.

Banyak galakan dibuat bagi mengajak orang ramai mengibarkan JG …antaranya imbuhan hadiah wang tunai..Sila lah sertai pertandingan-pertandingan Keceriaan Merdeka ;
Dengan tema Patriotik, kreatif , jati diri. ..hiasi kampung, taman perumahan, rumah, bangunan kerajaan , premis swasta, pintu gerbang dan isi borang penyertaan atau jenguk di sini : http://www.penerangan.gov.my/ . Jabatan ini juga ada menganjurkan pertandingan Foto Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia.


Selain daripada itu bersama dengan utusan , menganjurkan pula pertandingan menghiasi laman web/blog. Kepada rakan-rakan sila lah hiasi blog tuan puan dengan kreatif untuk memenangi hadiah wang tunai dengan klik http://www.utusan.com.my/.
Kepada yang suka dengan kamera digital boleh rakamkan foto anda bersama kenderaan yang dihiasi JG ..Kenderaan tak kiralah apa jenis kenderaan..basikal, motosikal, kereta, …..kalau ada kapal terbang sendiri pun boleh!! Pada setiap minggu ada hadiah ditawarkan…Penyertaan secara online http://www.utusan.gov.my/
TM pula bekerjasama dengan Sony, menjemput rakyat Malaysia mengabadikan intipati semangat Kemerdekaan dan 1Malaysia melalui pertandingan foto.Penyertaan kena beli kad panggilan prabayar i-talk dan hantar ke http://www.tm.com.my/