Isnin, 7 November 2011

Rintihan Rinduku..di ZulHijjah

Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam.




"Islam dibina atas lima rukun." Satunya mengerjakan ibadah haji. Didoakan semoga jemaah yang sedang menunaikan fardu haji..sentiasa mendapatkan kerahmatan dan dipermudahkan segala amal ibadat mereka. Semoga mereka mendapat haji yang mabrur. “ “Orang yang mengerjakan haji dan umrah merupakan rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan.” "Dosa di antara dua umrah akan terhapus dan Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga.




Kepada yang telah mengerjakan ibadah tersebut , tentu rasa rindu dan kesayuan terus memuncak kala mendengar talbiah … Labbaik kallah humma labbaik! Labbaik kala syarikalaka labbaik! Innal hamda! Wal niaqmata! Lakawal mulk! Laa syarikalaq!!!!

Syukur Ya Allah!..akhirnya sampai jua aku di sini, tanah suci ini. Bersolat di masjid pertama di muka bumi ini…” Ya Allah, tambahkanlah kemuliaan, keagungan dan kemuliaan ke atas Baitul Ka’abah dan tambahkanlah juga kepada orang-orang yang memuliakan, mengagungkan dan memuliakannya… Ya Allah..bukakanlah pintu rahmatMu”.


Tatkala berdiri, bertafakur terpegun mengadap Baitullah, bertawaf mengelilingi nya.. "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini, begitu juga kurniakanlah kepada kami kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka."
Tika dapat Mengucup Hajarulaswad, permata delima dari Syurga., mengingatkan kita betapa Rasulullah menciumnya sebagai syiar ibadah…



Tak terasa kepanatan ketikabBerlari-lari anak di antara Safa dan Marwah .. : "Seseorang tidak akan mampu melintasi lembah ini melainkan dengan kekuatan”. Menitip puncak rindu Nabi Ibrahim kepada Hajar dan Ismail. Oh betapa mulia bakti Ibrahim, besar sungguh sabar dan pengorbanan cinta Siti Hajar bersama setianya seorang Ismail. Ya Allah!, bimbinglah kami untuk beramal sesuai dengan dengan sunnah NabiMu, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam, dan hindarkanlah kami dari fitnah dan ujian yang menyesatkan "



Tatkala berada di kaki Jabar Rahmah, aduhai betapa ikatan suci cinta Adam dan Hawa. Tergiang-giang bait-bait kata amanat, nasihat dan peringatan Rasullullah tentang iman dan akidah, pengorbanan, tentang perpaduan, tentang darah dan keringat ,tentang prinsip akhlak, tentang harta dan riba ,tentang tanggungjawab suami, tentang hak dan tanggungjawab isteri.




Gema syahdu khutbah Imam dari masjid antara tanah halal dan haram menambah keinsafan bagaimana kita nanti kala di padang mahsyar?Berwukuf di Arafah, ku sahut syukur dalam doa, zikir dan istighifar. .... . "Wahai Tuhanku, bagiMu segala puji-pujian sebagaimana yang kupuji dan segala kebaikan yang kukatakan. Wahai Tuhanku, kepadaMu sembahyangku, segala ibadatku, kehidupanku, matiku, kepadaMu tempat kukembali dan bagiMu segala peninggalanku. Wahai Tuhanku, aku memohon pelindung kepadaMu daripada azab kubur, dari penyakit hati yang waswas dan dari urusan yang tidak tersusun. Wahai Tuhanku, aku berlindung denganMu dari keburukan yang datang dengan angin, dari keburukan yang berlaku pada malam dan siang juga dari keburukan bala bencana sehari-harian."

Di kala malam tika mengejar masa untuk ke Mudzalifah, bas terasa bagai tidak bergerak. Ku Kerah tenaga berjalan dan berlari tiba untuk mabit sambil mengutip batu-batu kecil buat bekalan ke Mina nanti. Oooo patut la ramai yang kata pergilah mengerjakan haji tika usia masih muda, tenaga masih kuat, badan masih sihat. "Wahai manusia! bertenanglah kerana kebaikan bukan dengan gopoh-gapah.”


Bagaimana peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail melontarkan batu-batu ke arah Iblis penghasut dan zalim yang memesongkan manusia daripada keimanan dan kebenaran, benci dengan iblis serta kejahatannya. Aku percaya ketika melontar anak- anak batu ke Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul 'Aqabah di Mina,adalah satu ibadah untuk mengingatkan kita kepada Allah Taala, dan mengikuti sunnah Rasul sambil menegakkan zikir kepada Allah. "Allahu Akbar","Allahu Akbar","Allahu Akbar",

Adakah aku insan yang beriman ?, Adakah aku anak yang patuh kepada ibu bapanya ? Sebagaimana kata Ismail "Wahai ayahku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah engkau akan mendapati aku dari kalangan orang-orang yang sabar".



"Kami tebus dia dengan satu sembelihan yang agung." Melintasi ladang ternakan untuk umat Allah yang dipilih untuk dikorbankan. Masyaallah !! Maha Agong Mu Ya Tuhan, sebagaimana Engkau menjadikan manusia berpuak-puak, berbagai bangsa, rupa dan warna kulit, begitu juga Engkau menjadikan binatang ternakan ini. Betapa beraneka jenis, warna dan saiz kambing-kambing dan kibas yang Engkau jadikan.



Bercucuran air mataku tumpah kala bertawaf widak’ tanda akan meninggalkan bumi suci ini. Berat kaki untuk meninggalkan ketenangan ini, “ Tidak ada seorang pun yang meninggalkan Baitullah sebelum mengakhiri dengan bertawaf di Baitullah”


Insyaallah….akan tiba jua masanya untuk ku ulangimu lagi!!



Selamat berpuasa ...




Salam dari Hajah Ikan Emas.













3 ulasan:

Unknown berkata...

SALAM,
KAABAH MELAMBAI LAGI ! MOGA KITA DAPAT MENJADI TETAMU ALLAH DI TAHUN AKAN DATANG, IE .

atuk berkata...

Assalamualaikum IE

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Semoga Amalan Kita Diterima Oleh Allah

Insyaallah
kita akan dipanggil untuk menjadi tetamuNya lagi

Wassalam

zino berkata...

salam aidil adha...