Isnin, 4 Julai 2011

Agong Pun Dah Tak Perkenan PerHimpunan BerSih

Titah khas Agong mengenai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai 2011

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.


Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.


Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.


Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.


Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.


Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.


Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.
Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara – BERNAMA

p/s:




Ntah la..tak faham betul..kenapa masih ada yang suka keadaan huru hara..nak diajak berunding tak mahu..tak payahlah nak berdemontrasi bagai...ia hanya mendatangkan keburukan saja. Tak siapa yang senang bila berlaku perkara yang tak baik begini. Cuba renung kembali betapa susah payah orang dulu-dulu membina negara, pemimpin dulu sampai menitiskan darah nak merdekakan dan membangunkan negara, susah payah memberi jasa hasilnya kita hidup aman damai.




Jangan dek kerana seorang ambiga ..rosak semuanya . Kita yang hebat muda perkasa patriot gagah membunga silat sesama sendiri berperang....orang lain ketawakan kita.




HINDARI Perhimpunan Bersih..tak kira apa baju yang hendak dipakai..



















6 ulasan:

Cik SHiNJU berkata...

n3 terbaikkk!!!

Seronok 'org lain' tgk bangsa kita diperalatkan... Yang terjejasnya masa demonstrasi ni nanti adlh peniaga2 kita di Jalan TAR dll tu... Nape x wat demonstrasi kat Petaling Street or Little India?

ikan emas berkata...

CS,

tlg maklumkan kat kekawan jg..

ikan emas berkata...

RSB,

Insyaallah...boleh join tu

IMANSHAH berkata...

baik le kita bersihkan rumah yang kotor tu

al-lavendari berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
al-lavendari berkata...

saya setuju .. kat Amerika pun orang berdemonstrasi, tetapi mereka tahu batasnya. lalu kita pun nak ikut berdemonstrasi tetapi demonstrasi kita tidak mengikut etika.

saya cadangkan awak baca entri ini ..

http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2011/06/pengalaman-13-mei-aku-untuk.html