Selasa, 18 Januari 2011

Soalan UnTuk Kaum Adam dan Hawa...dipersilakan Jawap

Khusus kepada kaum Adam dan Hawa, (yang separuh-separuh kena check dulu...
Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semalam ( 17 hb ), IE nak tanya kat anda semua..Tak kira anda masih bujang , dara, dah kahwin sekali atau dah kahwin berkali-kali atau pun dah berhenti dari berkahwin…...Sila wajib jawap soalan ini kalau tak jawap kena sumpah jadi katak dengan ikhlas ..
Jawapannya mudah saja..


SUKA ATAU TIDAK


SETUJU ATAU TIDAK SETUJU


DAN


JUSTIFIKASI TERHADAP JAWAPAN ANDA…



Ini Soalannya :


1. SUAMI DAN ISTERI DUA-DUA SIBUK KERJA CARI MAKAN NAK CEPAT KAYA


2. ISTERI DUDUK DIAM-DIAM KAT RUMAH AJE..


3. ISTERI GAJINYA LEBIH TINGGIIIII DAN BANYAKKK DARI SUAMI


4. ISTERI KELUAR KERJA ..SI SUAMI JADI MR MAMA..


5. ISTERI USIANYA LEBIH TUA BANYAKKKKKK DARI SUAMI


6. ISTERI USIANYA LEBIH MUDA BANYAKKKKKK DARI SUAMI

Sebelum menjawap mari kita layan lagu ini...



Oh Kekanda Jangan iri hati,

Dinda naik pangkat lagi

Oh AdindaKanda mana dengki,

malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa

Tapi Kanda mahu segera

Dinda ingin berjaya dalam kerjaya

Tapi Kanda mahu cahaya mata

..........................................................


“ Pewujudan sebuah Kementerian yang lengkap menggambarkan komitmen Kerajaan yang tinggi untuk meningkatkan martabat wanita di negara ini”



















20 ulasan:

al-lavendari berkata...

1. SUAMI DAN ISTERI DUA-DUA SIBUK KERJA CARI MAKAN NAK CEPAT KAYA

belum tentu kaya kerana rezeki Allah yang beri.

2. ISTERI DUDUK DIAM-DIAM KAT RUMAH AJE..

makngahnya tak pernah diam duduk rumah.

3. ISTERI GAJINYA LEBIH TINGGIIIII DAN BANYAKKK DARI SUAMI

syukur .. tapi belum tentu bahagia jika suami dipandangnya sebelah mata.


4. ISTERI KELUAR KERJA ..SI SUAMI JADI MR MAMA..

kalau isteri boleh dapat lebih dan suami pula tidak laku di pasaran .. apa salahnya!

5. ISTERI USIANYA LEBIH TUA BANYAKKKKKK DARI SUAMI

jodoh bukan kita tentukan .. lihat sahaja nabi kita dengan saiditina khadijah. kalau isteri lebih muda pun belum tentu aman bahagia.

* dalam keadaan sekarang kita lebih memerlukan kementerian hal ehwal lelaki !

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum..huhuhuu..mcm buat kontest plak hajah kan...saya nak jawab tapi sy bukan staf KPWKM..biar depa jawablah hehehehhe

ikan emas berkata...

En AL,

wah..i like it..

tuan memang suami mithali!
nak tanya ..
berapa gaji makngahnya sebab tak duduk diam di rumah..

ikan emas berkata...

En AL,

istimewanya wanita sebab ada menteri khas..
seolah-olah kaum lelaki tak der yang kontrol tu sebab macam-macam hal depa buat...

atau

seolah-olah dasar dan program lain semuanya hanya untuk kaum lelaki sahaja..

Bingai @ Bangang berkata...

Aku nak jawab slo-slo aa IE. Ada hadiah tak? hehehehe

Kaya atau miskin itu adalah ketentuan Allah SWT. Apabila kedua-duanya bekerja maka ianya membantu kerajaan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan pengaliran matawang Malaysia.

Sekiranya sesuatu kecelakaan terjadi pada salah seorang maka masih ada tempat pergantungan atau pendapatan untuk meneruskan kehidupan tanpa perlu meminta kepada sesiapa-siapa.

Bagi isteri yang duduk diam-diam di rumah memang ada kebaikannya. Diantaranya ialah mengurangkan risiko gossip dan lebih mudah menjaga maruahnya kerana amal ibadah isteri juga merupakan tiket untuk si suami untuk ke syurga.

Kedudukan gaji yang lebih tinggi di antara isteri berbanding suami bukanlah satu alasan untuk isteri merasa lebih angkuh dari suami kerana untuk memperolehi gaji tersebut beliau memerlukan IZIN suami untuk keluar bekerja. Namun ianya juga bukan alasan untuk si suami duduk goyang kaki (MR MAMA?) dan makan hasil pendapatan isteri. (Tak kan nak beli rokok pun pakai duit isteri).

Isu umur sebenarnya isu lapuk (sori la IE). Tak payahlah nak samakan Siti Khadijah dgn Rasullullah. Kalau dilihat dalam keadaan sekarang, umur lelaki lebih pendek dari wanita kerana banyak faktor. Sekiranya masaalah seks menjadi isu, banyak perubatan moden dan supplement untuk membantu. Nak sangat PAYONG EMAS sain jer persetujuan untuk suami kawin lain.

Isteri lebih muda? Semuda mana? 20 tahun? Muda tuuuuuu...

Cuba kita lihat persoalan ini:
1. Suami 40 - isteri 20 = 20 tahun
(Bising satu kampung. Orangtua tak sedar diri!)
2. Suami 60 - isteri 40 = 20 tahun
(Tak ada siapa yang heranpun terutama kalau si isteri itu andartu)

Persoalannya:

Mengapa perlu nak tunggu umur 60 baru boleh kawin perempuan yang 20 tahun lebih muda?

Sama-samalah kita fikirkan. hehehe

ikan emas berkata...

SN,

dah ramai yg buat kontest ..tak payah la rasanya IE pun sebok nak buat.
apa pun terima kasih..

...tak tulis pun hanya staf KPWKM sj yg kena jawap !

ikan emas berkata...

BB,

wah!..sy sempat baca satu persatu karangan BB....cekapnya BB tulis yaa? terima ksih..

kalau nak belanja makan pun tak der hal..sila bagi emel kalau nak hadiah!....duit post bayar sendiri...hehehe

terokai seni berkata...

setuju yang last
suka yang ketiga
takyah bagi justifikasi no 5
tak suka no 4
tak setuju no 2
justifikasi no. 1 duit tak pnah cukup

ikan emas berkata...

cemomoi,

ah??...IE berhutang tak bayo lagi ni..


"duit i duit i
duit u duit i..."

hehehehe

Bingai @ Bangang berkata...

NAK HADIAH GAAAAAAAKKK!!!!!!

hehehehe

tak yah belanja makan pun takpe. jadi downline kita dah lah. Klik kat sini kalau nak join ECPI Dot My
saja nak promote link la tuu
hehehehe

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Utamanya isteri duduk diam-diam kat rumah aje..:)

ikan emas berkata...

BB2

jap iyer..tgh fikir ni...

ikan emas berkata...

UST Raz,

salam..

rasanya semua perempuan punya niat dan ada hati nak duduk di rumah sahaja...

ikan emas berkata...

UST Raz,

salam..

rasanya semua perempuan punya niat dan ada hati nak duduk di rumah sahaja...

Bingai @ Bangang berkata...

Jangan pikir lama-lama! lagi cepat join lagi bagus. lagi cepat dapat downline lagi cepat leh duduk umah ngentel anak & cucu (suami? nak payong emas gak ker? hehehe)

Abi Al-Baihaqi (RKA) berkata...

Salam IE, semoga IE sekeluarga sihat selalu...
(lamo boto seh tak berkunjung ke sini... mahap yo...)

1. Tak setuju - biasanya akan melahirkan anak-anak yang terbiar...
2. Setuju - surirumahtangga (yang beriman) adalah pekerjaan termulia di sisi agama...
3. Setuju - duit tu hak isteri tapi kalau isteri bagi alhamdulillah... ana kullihaaa...
4. Setuju - kalau dah keadaan memakso nak wat camno...
5 & 6. Setuju - ada rahmat tersembunyi yang kita kena cari...

wallahu'alam

ikan emas berkata...

BB3,

nanti IE fikirkan..
bab downline mmg agak lembab sikit laa..

ikan emas berkata...

RKA,

IE sihat...rain-rajin la berkunjung ke sini..hidangannya tak la enak sangat cuma cukup untuk sebagai menu yang menyelerakan kpd tetamu..

t.kasih.

komen yg bernas dan jujur!

Yunus Badawi berkata...

Salam IE.

Jawapan saya lebih kurang mcm jawapan abg Al. Mungkin ini yg dikatakan 'Great minds think alike' hehehe.

Emak Adam pun jarang diam di rumah. Ada aje kerja yg nak dilakukan. Masa dia tidur pun kadang tak boleh diam!






Sebab nak menyusukan Adamlah. Bukan sebab saya kacau hehehe

Unknown berkata...

have a peek at these guyssee post this contact formlinked here this contenttry this