Jumaat, 14 Januari 2011

DIRGHAHAYU TUANKU...kami menjunjung kasih dan taat setia

TITAH UCAPAN

DYMM YANG DI-PERTUAN BESAR
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR



SEMPENA ISTIADAT KEPUTERAAN
KE 63 TAHUN 2011

DI ISTANA BESAR SERI MENANTI
PADA 14 JANUARI 2011




Bismillahhirahmannirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi.

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu wa Ta’aala, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad Sallallahhu’alaihi wasallam serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Alhamdullillah, Beta memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahuwata’ala kerana dengan izin Nya, Beta dan Tunku Ampuan Besar dapat berangkat pada pagi ini untuk menyempurnakan Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran sempena ulang tahun hari keputeraan Beta yang ke 63.

Beta ucapkan terima kasih kepada Memanda Beta Menteri Besar, di atas ucapan tahniah dan ikrar taat setia kepada Beta bagi pihak Kerajaan, pegawai-pegawai perkhidmatan awam dan rakyat sekalian.



Ucapan Tahun baru 2011

Beta juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011. Semoga tahun ini akan membawa kerahmatan dan limpahan nikmat pembangunan serta kesejahteraan kepada rakyat Negeri Sembilan secara khususnya dan Malaysia secara amnya. Sesungguhnya kita perlu sentiasa bersyukur kerana bernaung di negeri dan negara yang aman serta harmoni ini. Untuk itu kita semua perlu mempertahankan negeri dan negara dari sebarang ancaman yang boleh menjejaskan keharmonian serta kedamaian yang dikecapi.

Kesempurnaan Rancangan Malaysia Ke 9 dan Pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke 10

Beta mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar, yang telah berjaya memimpin Kerajaan serta telah menyempurnakan pelaksanaan projek di dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan yang lalu. Beta difahamkan bahawa prestasi Negeri Sembilan adalah antara negeri yang terbaik dalam melaksanakan projek serta membelanjakan peruntukan dengan penuh terancang.

Adalah besar harapan Beta agar pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang bermula pada tahun ini akan melonjakkan lagi prestasi serta merancakkan pembangunan demi kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.
Beta juga berterima kasih kepada anggota perkhidmatan awam negeri dan persekutuan di atas sumbangan yang telah diberikan dalam usaha untuk melaksanakan rancangan pembangunan demi kemakmuran Negeri Sembilan seluruhnya. Beta berharap supaya perkhidmatan awam di negeri ini sentiasa mengamalkan sikap mesra kepada seluruh rakyat, cekap dan amanah, serta penuh iltizam di samping menambahbaik prestasi kerja agar menjadi pemacu kepada kemajuan negeri ini.

Kesejahteraan dan Keharmonian Rakyat

Beta yakin dengan program yang dilaksanakan, Kerajaan Beta akan membuktikan bahawa segala perancangan dan program pengagihan ekonomi yang seimbang dapat dilaksanakan, tanpa keciciran semua lapisan rakyat. Beta rasa kagum serta berbangga dengan hasil pelaksanaan Dasar Jaringan Sosial yang telah berjaya mengurangkan jumlah peratusan miskin tegar di kalangan rakyat Negeri Sembilan. Malah jumlah rakyat miskin di Negeri Sembilan adalah di antara yang terendah di Malaysia. Ini merupakan hasil usaha gigih bukan sahaja dari pihak kerajaan, tetapi juga sumbangan daripada badan-badan amal dan NGO.

Beta memberi penghargaan kepada badan-badan amal dan NGO di atas usaha sukarelawan dalam memberikan sumbangan berbentuk kewangan dan tenaga. Beta berharap agar usaha ini dapat dimantapkan lagi bagi membantu golongan kurang berkemampuan tersebut keluar dari belenggu kemiskinan.

Pembangunan dan Penjagaan Alam Sekitar

Beta berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah menjadikan sebahagian daripada Negeri Sembilan termasuk dalam Greater Kuala Lumpur. Beta yakin bahawa arus pembangunan di Lembah Kelang dinikmati sama di Negeri Sembilan. Sehubungan itu beberapa projek high impact yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh akan melonjakkan lagi pembangunan di Negeri Sembilan serta menjadikan negeri bertuah ini sebagai pilihan pelaburan.

Beta mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Beta yang sentiasa memastikan keseimbangan pembangunan serta mengambil berat dalam memastikan alam sekitar agar tidak tercemar. Sesungguhnya amalan dasar teknologi hijau telah lama dipraktikkan di negeri ini. Malah umum mengetahui bahawa Negeri Sembilan adalah antara negeri yang masih mengekalkan hutan simpan dan alam semula jadi. Aset ini adalah warisan yang berharga dan ianya juga sebagai tarikan pelancong ke negeri ini untuk melihat keindahan flora dan fauna yang semula jadi.

Kemudahsampaian ke Negeri Sembilan pada masa kini akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di negeri ini. Beta difahamkan bahawa projek landasan keretapi berkembar akan siap dalam masa terdekat. Beta yakin bahawa projek ini bakal memberi impak yang besar kepada Negeri Sembilan. Kemudahan jalan perhubungan serta cadangan lebuhraya baru yang akan dilaksanakan akan memudahkan serta memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya ke Negeri ini.

Perpaduan Tonggak keharmonian & Kefahaman Sejarah Negara

Sesungguhnya Kerajaan Beta dan Kerajaan Persekutuan telah menyediakan pelbagai dasar dan program untuk memberi kesejahteraan serta keharmonian rakyat. Untuk itu, Beta menyeru kepada rakyat sekalian bahawa segala perancangan ini tidak akan berjaya sekiranya kita semua tidak bersatu dan berpecahbelah.

Beta mahukan semua golongan lapisan rakyat untuk terus berpadu dan mengekalkan keharmonian serta saling hormat menghormati. Beta berharap agar semua masyarakat, khususnya di negeri ini meletakkan kepentingan umum melebihi kepentingan sendiri dalam memperjuangkan sesuatu isu demi menjaga keharmonian serta sensitiviti dalam masyarakat.

Beta ingin melihat supaya seluruh rakyat, khususnya di Negeri ini sentiasa hidup dalam keadaan selesa dan harmoni di dalam sebuah negeri yang memiliki keseimbangan pembangunan dari segi kerohanian, fizikal, kemanusiaan dan mesra alam. Hindarilah daripada segala kelakuan dan tindakan yang merosakkan bangsa dan negara.

Ucapan Tahniah Kepada Penerima Pingat

Sebelum Beta mengakhiri titah ucapan sempena Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran sempena ulang tahun hari keputeraan Beta yang ke 63 ini, Beta mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima Darjah serta pingat sempena keputeraan Beta pada kali ini. Sesungguhnya, kurniaan ini adalah sebagai menghargai sumbangan dan khidmat yang telah diberikan kepada Beta, Kerajaan Beta serta negara Malaysia dan Negeri Sembilan khususnya. Beta mengingatkan agar penerima-penerima Darjah dan Kebesaran agar sentiasa menjaga tingkah laku serta menjadi contoh kepada masyarakat.

Beta juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua petugas, pasukan keselamatan termasuk pasukan tentera, polis, pasukan perubatan, serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah bekerja keras dalam memastikan kesemua aturcara sambutan Keputeraan Beta berjalan dengan lancar.

Beta dan Tunku Ampuan Besar berdoa mudahan-mudahan semua rakyat jelata dilimpahi Rahmat dan Hidayah Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar hidup harmoni dan aman damai.

Sekian, Wabilahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

************************************************************************************

p/s: Tahniah kepada penerima Darjah Kebesaran,Bintang dan Pingat Sempena Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tahun 2011...esok ada lagi istiadat pengurniaan...antara penerimanya ialah Omar Osman,Presiden Cuepacs
sesekali IE publishkan begini okay kan??




















11 ulasan:

al-lavendari berkata...

daulat tuanku !

tuanku selalu juga ikut belakang rumah saya. hehe

kasihibu berkata...

bercutilah si ikan emas di hari ini ye..

semoga sejahteralah N.SEMBILAN di bawah kepimpinan DYMM YANG DI-PERTUAN BESAR

ikan emas berkata...

Tuan AL,

hehehe..
iyer tak iyer juga kan ?
saya bertandang ke rumah tuan..rupa-rupanya tuan dah sampai ke sini...

ikan emas berkata...

SSI,

opps..silap tu..
saya tak cuti, ini pun baru balik rehat sekejap..(kalau tak bagaimana boleh entri sebegini yang keluar..tak kan nak embargo sahaja ???

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

IE tak dapat apa-apa pingat ker? :)

zino berkata...

daulat tuanku....
makam raja melewar tak jauh darii kampong den hehe

ikan emas berkata...

UST RAZ,

PINGAT ???..PENGAT SEDAP KAN..
PINGAT DAH BANYAK..TAK DER TEMPAT NAK SANGKUT DA

ikan emas berkata...

ZINO,

OOOO....DEN TAU MANO TOMPEK NYER TUU..THN LOPEH YAMTUAN NI ADO POIE SINUN

terokai seni berkata...

jangan beli pingat udah le

yanmaneee berkata...

yeezy 500
westbrook shoes
birkin bag
yeezy boost 350 v2
michael kors outlet
jordan shoes
balenciaga shoes
kate spade handbags
kobe shoes
retro jordans

Unknown berkata...

replica bags australia replica bags forum replica bags in london