Selasa, 28 Disember 2010

PuCuk Pauh DeliMa Batu..RinDukan Daku..pantun untuk dijual

Pucuk pauh delima mekar
Anak sembilang ditapak tangan
Biar jauh beribu kilometer
Jauh di mata dekat di tangan
**

Burung merpati terbang melayang
Singgah sebentar dipohon berjuntai
Rindu hatiku bukan kepalang
Belogmu kawan kuintai intai
**
hujan turun badan pun basah
Patah galah haluan perahu
Niat dihati tak mahu berpisah
Kehendak Allah siapa yang tahu?
**
Halia ini tanam tanaman
Uratnya tumbuh di hujung halaman
Dunia ini pinjam pinjaman
Akhirat juga tempat tujuan
**
Rotan siput rotan selumbar
Layu di api si daun halia
Sudahlah tiba bulan disember
Sayu hatiku tidak terkira
**

Buluh muda dinama rebung
Cari sampai digigit lipan
2010 dah sampai ke hujung
Cerita bersambung ditahun depan
huhuhuhu....
******************************













35 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum IE

pandai berpantun yer
tapi tak reti nak balas

Wassalam

nidus2 berkata...

Kalau pantun suruh makan saya makan, tahu la...hee3.

Yunus Badawi berkata...

Meeting dari pagi hilang terus idea nak berpantun huhuhu.

Boleh guna tak alasan saya ni?

cikceriacorner berkata...

hehhehe..wow akak..hebatla..
ni ateq nak jawab plak..hehhe..
tp pantun ntah ape2 la..heheh

tahun 2010 pasti pergi,
tahun 2011 datang kini,
akak jauh dimata dekat dihati,
ingat-ingatla ateq jauh disini..

heheheh..ok x kak?

IMANSHAH berkata...

salam Kak IE

Kalau menebang pohon berangan
Usah tertimpa rumah si nyonya
Hilang di mata dikalbu jangan
Biar dihati rasa getarnya

Pok Li berkata...

Anak sembilang di tapak tangan
Pucuk pauh delima batu
Jumpa lagi ditahun hadapan
Diucapkan Selamat Tahun Baru

terokai seni berkata...

nak jawab no. 1 je

anak ikan makan bergedil
ada ke patut dibuatnya umpan
kecik-kecik lagi jangan degil
kang membeso sokmo 'makan tangan'

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Saya jawab no.2..:):)

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

kasihibu berkata...

pucuk pauh delima batu
anak sembilang di tapak tangan
2 hari lagi tahun baru
mesti ramai dah pasang azam

kasihibu berkata...

pucuk pauh delima batu
anak sembilang di tapak tangan
2 hari lagi tahun baru
mesti ramai dah pasang azam

mamawana berkata...

Rajinnyer wat pantun...

sahromnasrudin berkata...

assalam hajah...

lama tak melayang minda disini..semoga hajah sihat walafiat

zino berkata...

tak sempat nak karang pantun.. lain kali je lah beli yab hehe

zino berkata...

tahun 2010 di penhujung jalan
di tahun depan lebih ceria..

ikan emas berkata...

ToKLi,

tak nak beli pun tak per..
janji tok dh singgah di sini.

ikan emas berkata...

NIDUS2,

SORONG PAPAN TARIK PAPAN
BUAH KERANJI DALAM PERAHU
SURUH MAKAN SAYA MAKAN
SURUH MENGAJI SAYA TAK TAHU...


HEHEHE

MANA RUPA BUAH KERANJI ?

ikan emas berkata...

YB,

ALASAN YG PALING TAK MUNASABAH !!!
MS MEETING KAN BYK MS UTK CARI IDEA ...BUKAN SETAKAT LUKIS LAKAR SJ..


SEBENARNYA BILA KUAR N3 PANTUN MAKNANYA IE PUN CURI MASA JG..

ikan emas berkata...

ATEQ,

2011 hampir menjelang
2010 dah nak tutup buku
ateq yang jauh tetap dikenang
selalulah jenguk ke fbku..


apa azam 2011???

ikan emas berkata...

IMAN,

SUSAH NAK JAWAP NI..
MERUNTUN KALBU...
BERGETAR JIWA !!


JANGAN DITEBANG POHON BERANGAN
TAKUT TERKENA LIPAN DAN LANGAU
JANGAN DIKENANG JANGAN DIANGAN
TAKUT TERKENA PENYAKIT ANGAU !!!


HEHEHE..

ikan emas berkata...

POKLI,

ANAK SEMBILANG DITAPAK TANGAN
GULAI LEMAK IKAN KELI
JUMPA LAGI DITAHUN HADAPAN
TAHUN BARU JUGA BUAT POKLI

ikan emas berkata...

anak ikan makan bergedil
ada ke patut dibuatnya umpan
kecik-kecik lagi jangan degil
kang membeso sokmo 'makan tangan'

CEMOMOI,

CUTI TAK BALIK KG KE ??
AMACAM RESPON DAPEK PENGERUSI FELDA BARU ???

ANAK IKAN MAKAN BERGEDIL
ADA KE PATUT DIBUAT UMPAN
BETUL KE IKAN MAKAN BERGEDIL
KAN KE BERGEDIL YG DARI IKAN ???

ikan emas berkata...

UST RAZ,

NI IE BELI BALIK..


BUDAK-BUDAK TIDAK BERBAJU
EMAK PULA MEMBELI JAMU
JAUHNYA KITA BERIBU BATU
BILA AGAKNYA DAPAT BERTEMU ??

ikan emas berkata...

SSI,

SEDAP SUNGGUH NASI KERABU
SEDAP SEKALI ULAM BERLADA
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU
SEMOGA REZEKI TAMBAH BERGANDA

ikan emas berkata...

MW,

TAK PANDAI MANA PUN..
SEKADAR MENGISI LAMAN YANG DAH LAMA DITINGGAL..

SELAMAT TAHUN BARU

ikan emas berkata...

SN,

SALAM,
WALAU BANYAK AKTIVITI YG PERLU DILUNASI NAMUN
IE KENA PERGI JUGA BERJUMPA DGN DOKTOR SAHAB...HUHUHUHU

ikan emas berkata...

ZINO,

INSYAALLAH..SEMOGA DIPERKENANKAN !!
NAMPAKNYA RUMAH TUAN KENALAH BERTUKAR TAJUK...

Pak Pelandok berkata...

Tahun sudah silih berganti
Usia meningkat tambah pengalaman
Antara bahagia dan laranya hati
Menjadi azimat gelora perjuangan


SELAMAT TAHUN BARU 2011

ikan emas berkata...

PP,

PAK PELANDOK DIPOHON MERANTI
POKOK DITEBANG ORANG INDIA
SIMPANKAN SAHAJA LARA DIHATI
PASTIKAN DATANG SINAR BAHAGIA

Abu Aiman berkata...

Cantik-cantik delima batu,
Ikan emas di tapak tangan,
Selamat menyambut tahun baru,
Jumpa lagi tahun hadapan.

a片成人網站 berkata...

線上免費看a片
免費a片AV女優
成人校園a片
a片情報站
a片貼圖區
免費a片
色女a片群
免費無碼a片
夫妻做愛a片直播
成人校園a片

夫妻\a片共享 berkata...

線上免費看a片
免費a片AV女優
成人校園a片
a片情報站
a片貼圖區
免費a片
色女a片群
免費無碼a片
夫妻做愛a片直播
成人校園a片

網路校園美女寫真 berkata...

人妻成人視訊
av情色性愛視頻
情色成人視訊聊天室
av情色性愛視頻
應招女郎內射影片
成人情侶自拍的性愛影片
成人情侶自拍的性愛影片
免費直播視訊聊天
人妻自拍生活照

線上免費看a片 berkata...

動畫卡通中文字幕
動畫卡通中文字幕
免費色情視訊
動畫卡通中文字幕
免費成人聊天妹視訊
成人聊天影音
免費a片卡通觀看
情色影音美女
無碼h動漫

a片 berkata...

無碼a動漫
無碼a動漫
無碼a動漫
免費做愛聊天室
正妹美腿成人網站
無碼a動漫
免費av成人卡通
免費成人視訊秀
成人18h漫卡通

yanmaneee berkata...

kyrie 5 shoes
supreme clothing
nike react
russell westbrook shoes
off white x jordan 1
christian louboutin outlet
adidas gazelle
nike sneakers
coach factory outlet
kd 12