Jumaat, 5 Jun 2009

Kempen 1,000 hari

Teraba-raba, dalam kesuraman,tak tau mana nak mengadu. Dah kesal dulu ingat nak beralih tempat bergantung,akhirnya memakan diri..rupanya tempat berpaut rapuh dan tak mampu lagi mengisi ruang-ruang hati ini..

  • Inilah yang dihadapi oleh banyak pengundi di Negeri Sembilan. Bagaimana nak mengisi ruang-ruang yang kosong ini?.YAB Menteri Besar Negeri Sembilan membangkitkan semula semangat rakyat negeri ini dengan menjadikan ‘setiap hari adalah hari berkempen’ .Matlamat utama ialah untuk memastikan PRU ke 13 nanti BN akan menyapu bersih semua 36 kerusi DUN di negeri ini.

  • Untuk itu YAB Dato’ Haji Mohamad Hj Hasan menetapkan supaya ruang-ruang kosong ini diisi, jangan biarkan rakyat terkapar-kapar tiada tempat mengadu.Iya mungkin, wakil rakyat pembangkang rajin turun ke kawasan tetapi kalau sekadar menjenguk tanpa ada tindakan apa kes?

  • Kawasan-kawasan yang dimenangi oleh pembangkang harus dijagai. Kerajaan Negeri benar-benar prihatin .Berusaha memberi kenyakinan semula kepada pengundi. Kawasan-kawasan ini dijadikan kawasan angkat kepada beberapa ahli EXCO BN ..peranan mereka sama sebagaimana mereka menjaga kawasan sendiri.Tetapi ia lebih kepada urusan pentadbiran. Mengisi kekosongan kepimpinan. Tempat mengadu. Aktifkan Pusat Khidmat Barisan Nasional di kawasan-kawasan berkenaan;

N08 Bahau

YB Tuan ShamsulKahar b Mohd Deli
( Pengerusi JK Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi/ ADUN Serting )

N10 Nilai/N21 Bukit Kepayang

YB Dato' Hasim Rusdi
(Pengerusi JK Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam /ADUN Labu)
N11 Lobak /N12 Temiang

YB Senator Dato’ Dr. Yau Chai Thiam.

N13 Sikamat

YB Dato' Mohd Radi Kail

(Pengerusi JK Bertindak Pelancongan,Perpaduan,Kebudayaan,Kesenian,Warisam dam Adat Istiadat Melayu/ ADUN Juaseh)

N14 Ampangan

YB Dato’ Yunus Rahmat
( Pengerusi JK Bertindak Pertanian dan Asas Tani / ADUN Klawang)

N22 Rahang

YB Dato’ Ismail Lasim
( Pengerusi JK Bertindak Infrastuktur,Air,Tenaga dan Telekomunikasi /ADUN Senaling)

N24 Senawang

YB Tuan Abd Samad b. Hj Ibrahim
( Pengerusi JK Bertindak Pembangunan Modal Insa,Belia dan Sukan /ADUN Seri Menanti)

N25 Paroi/N23 Mambau

YAB Dato’ Haji Mohamad Hj Hasan
(Menteri Besar Negeri Sembilan/ADUN Rantau )

N29 Chuah

YB Dato' Ismail Taib

( Pengerusi JK Bertindak Kesihatan,Sains,Teknologi dan Inovasi /ADUN Linggi)

N30 Lukut

YB Tuan Siow Chen Pin
( Pengerusi JK Bertindak Kerajaan Tempatan,Kampung Baru dan Pengangkutan Awam /ADUN Chennah)

N33 Port Dickson

YB V.S Mogan
( Pengerusi JK Bertindak Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia,Alam Sekitar dan Pengaduan Awam /ADUN Jeram Padang)

N36 Repah

YB Puan Zainab bt Nasir
( Pengerusi JK Bertindak Pembangunan Wanita,Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat /ADUN Gemas)


Ikan emas harap strategi ini dilaksanakan dengan seikhlas dan ruang ini digunakan sebaik-baiknya.Tak perlu lah tunggu dijemput atau bila ada majlis baru nak menjenguk..Lupakan bunga manggar atau hamparan karpet atau dihidang jamuan baru nak melawat.bagi yang beragama Islam Masjid dan surau merupakan tempat yang paling baik utk menemui rakyat..Selama ini banyak komen dari pengundi bahawa pemimpin BN/UMNO cukup payah nak singgah ke masjid/surau melainkan bila ada majlis dijemput guna surat rasmi.

Kebanyakan kawasan ini merupakan kawasan urban dan sub-urban,pengundinya pelbagai kaum.Pelbagai latarbelakang pendidikan dan pekerjaan, ramai yang menganggap mereka profesional..pandai-pandailah merapatkan diri.Jangan pula terlalu mengharapkan agensi atau jabatan kerajaan yang membantu.Pastikan pegawai-pegawai kanan atau orang perantaraan yang dilantik tidak mementingkan diri atau ada unsur-unsur politik .

Kerajaan BN NS mesti sedar bahawa sebab-sebab kekalahan BN di banyak tempat ini adalah datang dari faktor dalaman sendiri. Faktor calon yang lemah dan percakaran sesama sendiri. Tak guna kerajaan negeri berusaha menarik hati rakyat dengan pelbagai program kesejahteraan rakyat kalau semua ini tak sampai kepada mereka atau mereka tidak menghargainya..yang penting matlamat PRU13 nanti.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

baguslah setiap hari berkempen .. tetap aktiviti yang dijalankan haruslah betul dan takde penyelewengan .. barulah pengundi percaya dengan BN .. Tapi cara ini bukankah lebih kurang sama dengan PAS yang hari2 buat ceramah?

Pembidik Tepat berkata...

"Matlamat utama ialah untuk memastikan PRU ke 13 nanti BN akan menyapu bersih semua 36 kerusi DUN di negeri ini."

SEMANGAT UTK BN!

Teruja la pulak .. :)

PenaKiri berkata...

Alhamdulililah..
ni yang penakiri suka, rakyat yang untung bila kerajaan dan pembangkang berebut hati rakyat.

Unknown berkata...

insyallah jika istiqamah BN boleh menang lagi
*tapi Parlimen Rembau tu boleh menang lagi kew?

Pok Li berkata...

Kawasan yang dah menang macam mana. jangan tak jaga. Takut dikejar tak dapek yang dikendong berciciran.

ikan emas berkata...

Med.sib,
MBNS bkn suruh ceramah tp p jumpa dan dekati pengundi,ambil tau masalah supaya meraka fahami,jelas dan yakin dgn BN.

Gun,
kita mmg sentiasa teruja..lps ni kita buat manik mengurai plk!!

Kidal,
ahh mcm kes poligami daa..

Z,
KAPAR tu kaw selamat..wp 1 DUN tetiba jd milik PAS.MPnya kenalah pandai ambil hati..jgn brutal sgt.

PokLi,
benar,..hrp mereka pandai bahagi masa.Tp kat NS ni ada DUN yg hanya ada 24 kg aje..takkan tak boleh jelajah semua kaw...tak tau la kalau nak kena lambai!

matahari berkata...

Asssalamualaikum,
Usaha tu bagus kalau wakilrakyat yang dilantik itu benar-benar berfungsi.Buang pemimpin parti yang bermasalah.

panglima_sepat berkata...

usaha perliu berterusan..
Satu malaysia rakyat diutamakan, pencapaian diutamakan.. Negeri sembilan mula buktikan.. Negeri lain mcm ne plak..