Selasa, 5 Mei 2009

Maryam Ibuku

“ Dan ingatlah (wahai Muhammad) ketika malaikat berkata : Wahai Maryam, sesungguhnya Allah telah memilihmu dan mensucikanmu, dan telah memilihmu untuk beroleh kemuliaan melebihi perempuan seluruh alam yang sezaman dengan kamu.Wahai Maryam,taatlah kepada Tuhanmu (Allah),dan sujudlah serta rukuklah bersama orang-orang yang rukuk.” ( Surah Ali-Imran:42-43).

Mengapa dan ciri apakah yang ada pada Maryam sehingga dia dipilih Allah?.Tentulah kerana kekuatan ibadatnya,ketaqwaannya ,serta kesabaran dan ketabahannya. Allah telah memilihnya dan menyucikannya dan menjadikannya penghulu para wanita dunia. Wanita terhebat kerana kekhusyukannya dalam beribadat. Kesolehannya dan kesuciannya yang diakui masyarakat ketika itu tetap mengundang celaan,cacian dan fitnah..Semuanya dihadapi dengan tabah dan sabar.

Allah memuliakannya dengan menamakan sebuah surah sempena namanya. Surah itu adalah surah Maryam iaitu surah ke 19 di dalam Al-Quran.

Maryam juga nama ibu yang melahirkan aku.Kesabarannya, ketabahannya, kelembutannya menjadi ingauan tiap detik.Bagai Maryam ibu Nabi Isa as yang kuat dan khusyuk ibadatnya, Maryam ibuku pun ntah aku tak tau bila waktu lelap matanya..menjelang waktu malamnya di sejadah, dinihari masih di situ..siangnya tetap mengurus keperluan…tiada masa untuk bertandang atau meletak mulut atau telinga dengan celotehan jiran tetangga.Tetapi itu bukan bermakna diatidak bermasyarakat.. Jika anak mak long sebelah rumah sering dapat hadiah tangan atau rotan dari ibu mereka , aku tak pernah dileteri apa tah lagi diletak tangan sebegitu..

Lucunya aku anak bongsunya ini seringkali jadi orang tengahnya bila mana ada permintaannya yang perlu ku sampaikan kepada ayah. Katanya ,’kalau kau yang cakap mesti ayah kau dengar”.

Kesabaran dan ketabahannya terlalu menguji bilamana anak lelaki yang diharap menjadi mangsa kerakusan keinginan yang menjahanamkan diri dan keluarganya. Dalam keadaan ini ibu masih lembut menghadapi semuanya, semuanya disimpan dalam hati.Bertahun memendam perasaan,menahan karenah anaknya dia masih mampu senyum melawan kekecewaan..akhirnya perasaan ini memakan diri , dia kalah dengan tekanan jiwa.. namun walau lebih 2 tahun terlantar di katil, ibuku tetap ingat waktu solatnya ,tetap ingat memastikan ayah membantu untuk mengekalkan wuduknya.

25 Disember..tika sebok dgn mtg persatuan, ayah minta aku balik segera ..gerak hati ayah dah dapat aku agak..dan malam itu aku hadapi saat akhir ibu untuk menghadap Allah..Allahhuakbar ,ibu pergi dengan tenang dalam senyuman !!

Sehingga kini,nama ibu tetap ayah sebut..malah pesan ayah kalau aku dapat anak perempuan namakanlah dengan nama Maryam...tak dapat anak perempuan, anak buah, menantu atau cucu cicit aku nanti kot ! Insyaallah !!

Kini,tiap hari ku titipkan Al-Fatihah untuk arwah ibu..Semoga Allah sentiasa memberi rahmat.Masukkanlah ibuku dalam golongan orang –orang yang Kau pilih menjadi ahli SyurgaMu !!

p/s:
Hari Ibu yang disambut di sebahagian negara Eropah dan Timur Tengah telah mendapat pengaruh dari kebiasaan memuja Dewi Rhea, isteri kepada Dewa Kronus dan ibu para dewa dalam sejarah Yunani kuno. Di Amerika Syarikat dan lebih dari 75 negara lain seperti Australia, Kanada, Jerman, Itali, Jepun, Belanda, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Hong Kong, Hari Ibu disambut atau diraikan pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei. Pada tahun 1870 aktivis sosial Julia Ward Howe mencanangkan pentingnya perempuan bersatu melawan perang saudara.

Untuk panduan sambutan Hari Ibu sila rujuk :

7 ulasan:

alang berkata...

Alhamdulillah. Beliau dapat pergi dengan aman kerana meninggalkan seorang anak solehah yg InsyaAllah sentiasa mendoakan beliau.

:)

intansuri berkata...

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah

Mak Su berkata...

saya mai sini :)

jati berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
jati berkata...

Sedih baca cerita ikan mas. Allhamdulillah ibu puan meninggalkan anak yang molek dan berjaya seperti puan.

ikan emas berkata...

alang,intan,jati..
t.kasih..sy bukanla anak yg baik...nakal ooo

maksu..
tk ,lucu baca blog anda. eh sy pun maksu jg tp anak buah pgl makcu (lg manja)

PenaKiri berkata...

takziah, moha rohnya dirahmati Allah..
Ibu mu pasti pergi dengan tengan kerana warisnya yang tinggal adalah seorang yang hebat, hasil didikanya.