Jumaat, 15 Mei 2009

Cikgu,tolong nasihatkan saya!!


Nota ini ku temui ketika mengemaskan dairi-dairi lama (yang rasanya dah patut sangat dilupuskan …) Nota ini membangkitkan semula nostalgia ku ketika bergelar ‘cikgu’ di sebuah sekolah menengah perempuan di T.I suatu ketika dulu...tersenyum ku bila teringat rupanya ku ada bakat ‘membantu’ dan ‘mendengar’ ni …mungkin ‘penulis’ surat ini dah jadi orang besar dan hebat sekarang.


  • Cita-cita ? dulu setiap catatan dalam buku prestasi sekolah mesti tertulis jawatan Guru Berijazah’ ,….tetapi kenapa ku beralih arah ?

  • Ingin ku dedikasikan rasa bangga ku kepada yang pernah menjadi guru ku. .terlalu ramai. Masa mula masuk sekolah darjah Satu dulu ,ku ingat ada seorang guru Cina Mr.Lee yang meminta semua murid membawa sebiji telur rebus setiap hari. Masa tu ku pun tak tau apa sebabnya. ..Laa ni ku terfikir mungkin dia nak galakkan murid-muridnya sihat atau mungkin juga nak menguji sikap ‘amanah’ kami ?



  • Petang-petang ke sekolah agama pulak, mula belajar menulis jawi, membaca Quran, fardu ain malah belajar solat di masjid berhampiran. Terima kasih kepada ustaz yang kami panggil Pak Chik-PakChik termasuk seorang Pak Cik muda yang ketika itu sedang menunggu peluang ke Al Azhar ( skrang ni dah jadi org besar kat Perak !

  • Suatu yang blh dikira menjadi idola atau mentor aku ialah ketika di Darjah 6, seorang guru sementara bernama Shahabudin pada hari terakhirnya sebelum melanjutkan pelajaran ke UTM,beliau telah memberi ‘ceramah’ dan motivasi kepada kami semua …tergiang-giang lagi gaya dan semangatnya ketika itu..Dia benar-benar menjadi pegangan dan ‘target’ ..malah keinginan untuk menjejak beliau masih ada lagi…di mana dan bagaimana beliau sekarang ??

  • Bertahun-tahun tahun di sekolah menengah, terlalu ramai guru yang masih aku ingat ..ada yg dah pergi, ada yang masih aku ketahui khabarnya, walau tak berhubung tetapi salam tetap bersambung, tetapi ramai juga yang tak tau khabar berita... yang pasti mereka telah menjadikan aku seorang manusia. ...Pn. Samsiah dan Pn Mariati yg ajar ERT asik nk ketuk senduk kat kepala kami yg bebal dan keras tangan ni..Mr.Aru,Jalil,sabariah,Aini,..oo ada sorang Chegu Indon yg ajar Add Math ( lupa lak namanya..)Ibrahim yang jadi ’bapa angkat’ ku,Miss Ng yang sentiasa berbaju baru...( dia ada butik ke ?) ..byk lagi daa...termasuk sorang cikgu ni yang tak pernah mengajar di kelas ku tetapi kami cukup rapat dengannya ..ala selain melatih kelab drama kami ,byk lagi peranannya ,kira mcm tempat budak2 mengadu laa.,Cikgu Lamsah( mesti org T.Krg tau !!.).. ..



  • ......berapa ramai cikgu kawin dengan anak murid sendiri?

  • Tak lupa juga ku kepada pengajar-pengajar seterusnya seperti Dr Sham, Pn J, Dr S Lee,Pn Ida, Dr Hana dan byk lagi...tak adil pulak rasanya sebab tak dapat nak catat satu persatu...Mereka ini nampaknya terus cemerlang !!Sebenarnya banyak lagi guru-guruku ..alam sekeliling dan pengalaman merupakan ’ universiti terunggul’ yang telah memberi ’ijazah’ tak ternilai kepada ku.Kenapa ku tak terus jadi Cikgu ?

  • Semasa menunggu keputusan peperiksaan, ketika kawan-kawan lain sebok menjelajah ke kilang-kilang ,ku hanya melawat ke Pejabat Pelajaran..peluang mengajar di sekolah rendah di KL..sekolah anak org-org elit ..ku rasa terharu bila dapat merasa betapa bangganya dapat melihat perkembangan seorang kanak-kanak daripada tak tau apa-apa tentang huruf telah pandai membaca ,mengira dan menulis !!..kemudian mengajar murid tahun 6, ku rasa seronok sebab budak nak periksa n diminta mengajar matematik dan sains sahaja...seronok sangat walau penat ! ..


  • Kemudian balik ke kampung ku dapat mengajar ke SMC ,..( gaji kat sini tinggi sikit laa) nota ini mengingatkan ku kenangan di situ walau sekejap tetapi penuh bermakna...mengajar remaja pelbagai kaum,melihat perkembangan dan persaingan antara mereka .Kadang-kadang ku rasa aku adalah mereka kerana umur kami yang tak jauh bezanya..Selain Matematik aku juga kena mengajar subjek Sejarah yang ku rasa paling boring dan susah nak ’score’ masa sekolah dulu...( sebenarnya bermula dari jadi cikgu ni la ku mula ulangkaji balik subjek ini ..dah jatuh hati pulak ).


  • Tetapi walau seronok ku dah mula rasa terlalu ’penat’ ..selain memerlu kecergasan ,kecekapan dan ketahanan mental ku juga perlu memerah tenagaku..di sekolah aku perlu bekejar dan memanjat dari satu blok ke blok yang lain ,dari tingkat ke tingkat ...balik rumah kena semak kerja rumah budak-budak, buat persiapan untuk ujian atau untuk subjek esok pulak...sesekali kena jadi peneman pelajar-pelajar pergi ’outing’ pertandingan itu ,pertandingan ini. Iye laa mentang-mentang aku ’anak dara ’ .Oh rupanya jadi cikgu ni amat laa mencabar !!

  • Aku mula cemburu melihat orang yang kerja pejabat. Ku mula tertanya-tanya sendiri ’ ikhlaskah ku dengan pekerjaan ini? Akhirnya ku dah rasa tak mampu lagi dan mengalah ...ku langsung tak pernah memohon untuk memasuki mana-mana institusi perguruan. Titik !Walaubagaimanapun Alhamdulillah pekerjaanku kini walau tidak bergelar 'CikGu' matlamatnya lebih kurang sama juga. Terima Kasih Cikgu!!!

  • SELAMAT HARI GURU !!! ” GURU PEMBINA NEGARA BANGSA’
p/s : Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh tersebut pada tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan laporan JK Pelajaran ( Report of the Education Committee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut juga dikenali sebagai Laporan Razak dan sejak itu telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan.


......mlm tadi stat bina 1,000 pcs cinonet jigsaw puzzle mickey, hai ntah bila boleh siap nie ,

13 ulasan:

Pok Li berkata...

Saya masih teringat guru pertama di sekolah rendah. Cikgu jamaludin

Mak Su berkata...

nak jugak jadik cikgu, tapi saya ni pemalu.

Unknown berkata...

Jahatnya saya sehinggakan banyak nama cikgu yang dah tak ingat~~~

Unknown berkata...

Saya pun kalau tidak waktu cuti spm dulu dah nak jadi guru tadika kemas tapi x sempat sebab kena pindah.
Selamat hari guru

harmdone berkata...

Ayah, mak serta bapa sdra suruh jadi cikgu tapi saya tak minat langsung..tak tau pasal apa..dulu nakkan isteri seorang cikgu tapi dapat jodoh yang lain..apa2 hal pun..terima kasih cikgu....

ikan emas berkata...

Hi, semua,
benar kata SN Usman Awang..gurulah yg menjadikan PM...dan semuanya.

Sy mula jd cikgu dl sb tradisi keluarga tp tak mampu..tapik respek kat cikgu la.

Hamdone,isteri tu cikgu kat udara kan!

ikan emas berkata...

puzzle mickey sy dh siap..cuti ni 2 org anak buah dtg tlg selesaikan..cekap depa ni,Cikgu2 sek teknik la katakan..tak pe ada satu set lg.

Suria Karim berkata...

huhuhu... igt lg dulu rmai yg jd cikgu sya akan pening kpala...
sbb sya selalu kelentong cikgu sya... best main2 kan cikgu nie...
pepon semua Cikgu/Guru baik2 belaka...

raden berkata...

aku pu pernah juga jadi guru sandaran setahun. Seronok jadi guru dan sampai sekarang pangghilan cikgu aku terima dari bekas murid murid ku dan orang orang kampung. Betapa hebatnya nama keramat cikgu di mataku walau aku kini menjadi cikgu keapda anak anak aku

AiNeRzA berkata...

Saya bukan seorang guru...tetapi bila saya bekerja di luar...atau berjalan...mesti orang akan bertanya...'Awak cikgu erk?'...Dahi saya mungkin ader cop 'cikgu' yang saya sendiri tidak nampak...hihihih

ikan emas berkata...

AiNeR,
sy pun mcm tuu..jumpa org kg mesto dia org kt sy jd cikgu ke? tu sb kalau bertahun-tahun tak jumpa org kg

adik4ever berkata...

Penjelasan Mengenai 1Malaysia secara mudah terdapat di blog ini adik4ever.co.cc

kirana berkata...

Pengalaman yg amat berguna dan akan jdi kenang-kenangan yg tdk dpt dilupakan... Sapa2 cikgu kat sini, selamat hari guru lerr.....