Selasa, 26 Mei 2009

Biarkan Anjing-Anjing Tersepit

Geram.Sakit hati.Marah.Meluat.Menyampah.Ntah apa-apa lagi rasa yang kalau disebut rasa macam nak humban ke lautan Pasifik aje benda yang buat kita hot sangat ni..Mana tak hot..Ada perumpamaan dah kata “ Ibarat melepaskan anjing tersepit,dah ditolong,kemudian dia mengigit kita balik”..beginilah mereka yang boleh ke kalau kita panggil anjing yang tak sedar diri ni?

Siapa? Siapa lagi kalau orang yang tak pernah bersyukur jadi warga Negara Malaysia ni.Siapa lagi kalau insan yang kononnya ingin memperjuangkan erti perikemanusiaan. Siapa lagi kalau bukan orang yang lupa nikmat dan kesenangan yang didapati hasil kontrak atuk dia yang datang naik kapal ke sini dulu..lantas sewenang-wenangnya menuntut itu ini.Siapa lagi kalau orang yang dah dianggap hero kerana telah berjaya membunuh dan mengkebumikan berpuluh-puluh ribu bapa-atuk kita dulu tanpa kubur?

Aduh makin keliru !

Ada syor ‘kapala’ komunis tu dibenarkan balik masuk tanah merdeka ni. Oo dah nampak kemakmuran di tanah bertuah ni baru la ada hajat nak balik sini. Bertambah geram tu sebab ada orang kita pun sokong jugak!..konon kena fikir sedara mara,kesian,perikemanusiaan.

Geram,geram,marah dan hangat hati dibuatnya. Takut nanti generasi akan datang ada pulak yang anggap dia ni sebagai hero kemedekaan.

Helo kawan..kalau pun kita tak pernah rasa susah,perit getir masa komunis bermaharajalela dulu, masa Bintang Tiga mengganas tak kenal siapa…Mai kita bawak-bawak la ulangkaji sejarah,Tau tak berapa ramai orang Melayu yang terkorban.Berapa banyak perajurit,askar kita yang mati shahid, berapa susah atuk nenek kita hidup ditindas dan diseksa mereka.Mereka berhutang darah dengan kita.Bukan orang Melayu aje, rakan kita orang Cina,India puan susah juga.

Ambil tau juga betapa susah Tunku Abdul Rahman nak berunding untuk mendapatkan kemerdekaan.Dah offer mereka tubuh parti tapi banyak songel pulak..mereka lebih suka duduk di hutan mengganas.Bila Rundingan Baling 1955 dan Perjanjian Hadyai 1989 baru la kita rasa lega dan aman!! Kiter ingat dah tamatlah kisah si Ong Boon Hua @Chin Peng nie. Rupa-rupanya ada pulak yang ingin menggores luka lama…sampai nak buat dokumentari kisah ‘ Lelaki Komunis Terakhir’ .Buat tugu peringatan .elok nye orang ni kiter hantar ke Vietnam biar dia tau kesannya komunis memerintah,sampai sekarang kesannya dirasai rakyat sana.

Kepada orang-orang yang beria-ia sangat nak bawak balik Chin Peng ni,bawak-bawaklah mengucap dan bertaubat nasuha!

Wahai orang Melayu jangan lupa sebar-sebar ,ceritakan dan dendangkan kepada anak cucu dan pewaris kita betapa sejarah 1945-1969 ini .Ingatkan mereka.Sedarkan mereka.Bangkitkan mereka dari kelekaan.Sejarah ini tidak pernah menipu.

Wahai DSN dan sepupunya yang jaga KDN tu…tolonglah,kami merayu tiada tempat bagi komunis di Negara yang aman makmur dan merdeka ini.

Ini lagi anjing yang dilepaskan ..sape lagi kalau bukan 3-4 orang dari 13 orang yang dibebaskan dari Kem Kemunting.Patut biar dia orang rehat-rehat kat situ.Biar janggutya jejak kat bumi.Konon nak ikut ganas macam idola mereka LTTE kat Sri Lanka tu.Macam-macam cara dan kenyataan mereka menguris hati kita.Tuntutan yang bukan-bukan.Nak buat perhimpunan la, nak tuntut diiktiraf bumiputera bagi yang lahir lepas tarikh merdeka la..Nak ganti rugi la.Hantar dia org kat tanah India biar dia tau enaknya duduk kat sana. Mereka menyokong LTTE yang membuat penghapusan etnik dan Muslim di India. Apa pulak jadi lepas ni kalau atas dasar demokrasi mereka ni tubuh parti politik dan masuk bertanding? Apa makna semua ini?
Yang makin geram tu..pemimpin besar dlm MIC sendiri terang-terang menyokong dan siap mengadakan perhimpunan haram sebagai tanda menyokong LTTE ini.. Sama aje, mereka ni pun memecahbelahkan kaum mereka sendiri. Atau agaknya mereka tak suka hidup aman kat sini?

Golongan ini seolah-olah sengaja merancang nak mengugat ketenteraman,keamanan .Nak menjejaskan perpaduan dan setiakawan kita.Sengaja nak mencetuskan kekacauan.Ingat kontrak sosial ,apa yang dah tok kita serah dan gadaikan untuk bagi kat tuk mereka...ISA masih relevan kalau masih wujud rakyat yang seperti ini.

p/s: Toleransi berpada-pada

10 ulasan:

AiNeRzA berkata...

B*****g tol sapa yang nak bawa balik Chin Peng tu...anjing2 tu lempar kat pulau yang penuh komunis jer...tapi ader ker satu pulau yang ader komunis??? Hihihihi...bangga tu sejarah 'Baling'...tempat asal cheq tu...

Unknown berkata...

salam
setuju dengan saudari..ketua PKM tu tak layak untuk jejak kembali kaki ke negara ni. Dah bunuh nenek moyang kita dulu sekrang nak bunuh pemikiran anak cucu kita pula
Kalau pemimpin Hindraf tu masih x puas hati nak buat pemberontakan bersenjata hantar je dia masuk balik ISA.

PenaKiri berkata...

Saya pun tak hidup dizaman komunis.
Tapi datuk dan beberapa pakcik saya adalah polis yang melawan komunis.

Bezanya datuk polis british, pakcik polis malaysia.

Tapi terfikir kenapa ada ramai pemimpin melayu mengankat senjata bersama british? Abdullah CD, Shamsiah Fakeh..

Bila perang berlaku di afganistan, terfikir taliban kah pengganas atau hamid kharzai itu boneka? Tentu sekali keluarga yang bapanya mati ditembak ditangan taliban akan kata taliban adalah pengganas dan osama jangan dibiarkan hidup di afganistan.

Kalau kerajaan malaysia, thailand dan komunis dah buat perjanjian damai, mengapa harus dihalan hak cin peng? Kenapa shamsiah fakeh boleh balik dan meninggal di malaysia?

Percayalah sejarah kita tidak ditulis dengan jujur dan banyak fakta telah disembunyikan.

Bukan niat untuk membenarkan komunis, tapi kenapa kita berfikir didalam kotak yang sempit dan benarkan pemimpin kerajaan yang telah tersepit bangkitkan satu isu menjurus perkauman?

ikan emas berkata...

ain, z,
pastikan anda,anak-anak dan pewaris serta generasi anda tau sejarah dan sentiasa sedar bagaimana boleh mereka berada dan wujudnya sebuah negara bernama Malaysia ini. Itu AMANAH dan WASIAT yg perlu diturunkan turun temurun.

pk,
bila membaca sejarah, cuba teliti sejarah dan latarbelakang perjuangan shamsiah fakeh berbanding CP.

sekrang gerakan komunis bukan menggunakan senjata lagi..hati-hati!

Pok Li berkata...

Bila ada yang memperjuangkan tokoh itu juga turut terlibat dalam usaha memerdekakan negara. rasa nak tergelak...

harmdone berkata...

Pastikan anak-anak kita belajar sejarah dan tau sejarah..apa yang dah Chin Peng buat kat rakyat kita ni..kepada pemimpin pembangkang yang sokong Chin Peng balik..dia orang ni..lupa sejarah..kalau sedara mara dia orang kena sembelih oleh komunis dulu..apa kata mereka ni..kita amat bersimpati apa yang berlaku pada bapa dan bapa saudara kepada Prof. Dr Amat Juhari Moain dari Batu Pahat Johor.

Sitie BUm BUm berkata...

slm kenal..

ikan emas berkata...

hdone,
kami tgh buat program pengisahan, nak ceritakan kisah duka lara,perit payah dan bagaimana org kita membangunkan negara ini.Nak bg org sekarang tau dan sedar.
Mai la..

Tanpa Nama berkata...

Helo,
saya amat sedih kenapa orang kita pun ada yang sanggup nak mengagungkan komunis ni.Dengar kata fahaman ini pun cuba meresap dalam kumpulan dan pertubuhan yang kononnya memperjuangkan bangsa.

panglima_sepat berkata...

pena kiri,
kadang2 memang perlu berfikir luar dari kotak..
kadang2 terpikir kenapa nak halang chin peng blk??
kadang2 terpikir knape shamsiah Fakeh buleh blk Malaysia tapi Chin Peng tidak??
adakah kerana sorang melayu, sorang lagi cina??
rasenya tidak..
pernahkah terfikir sbb apa Shamsiah Fakeh sanggup berjuang dgn komunis??
Saya tak pandai sejarah tolong la beri jawapannya..
Tapi kadang2 saya terpikir kenpa Chin Peng dibenarkan dan di biarkan bebas begitu sahaja??
Biasanye ketua kumpulan pengganas perlu dikenakan hukuman berat tapi Chin Peng Tak kena pulak..
Kita terlepas pandang benda2 tu ker??