Dek kerana terlalu komited dgn kerja ..dah terlewat nak pegi meeting penting ...Khamis lalu, Nawal Iris Samsudin, tiga tahun, ditemui lemas selepas 5 jam dalam kereta yang ditinggalkan ibunya di pekarangan sekolahnya di USJ4, Subang Jaya. Ibunya, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dikatakan terlupa anaknya berada dalam kereta . Mayat Nawal ditemui dalam keadaan kebiruan dalam kereta itu jam 5.30 petang. Pakar kata Nawal mungkin dah meninggal sekitar 2.30 ke 3 jam selepas ditinggalkan.
Kes
yang sama pernah berlaku tahun lepas yang turut melibatkan seorang guru di
Seremban yang bergegas nak masuk kelas untuk
mengajar.
Jam 8.30 malam sehari selepas itu di Telipok,
seorang kanak-kanak perempuan hampir lemas sebab ditinggal dalam kereta oleh
ibunya yang sebok beli barang dapur. Nasib baik ada orang nampak dan anak yang
berumur enam tahun tu pandai bukak pintu kereta yang berkunci tu.
Kes yang sama pernah berlaku di temat letak
Plaza Ampangan Seremban..orang ramai terpaksa pecahkan tingkap kereta sebab
anak kecil yang ditinggal ibunya dah berpeluh-peluh menangis dan tak pandai nak
bukak kunci kereta..Last last si bu tiba dgn menjinjing barang dan marah-marah
kat orang ramai sebab pecahkan tingkat keretanya !...apa kes ni ??? . Patut bagi
terima kasih , ni tak ..kalau dah mati anaknya tu baru menyesal sehidup hidup.
Ini dua-tiga kes yang hampir sama. Malah sebenarnya
banyak kali juga kita tengok kes seumpama ini. Emak ayah selamba aje tinggalkan
anak-anak kecil atau besar dalam kereta ( tak kira la enjin dipasang atau tak
..) pegi bank la, singgah petrol pam la..singgah kedai la...
Cuba fikir..apa akan jadi ?/..kes anak lemas
sebab peredaran udara dalam kereta, kes
anak kena lari/culik ???.....kes terlanggar anak sendiri semasa mengundur
kereta serta ada berbagai kemungkinan lagi...
Isunya yang IE nak tulis ialah “-
- Adakah Nampak sangat orang perempuan ni terlalu taksub dengan kerja ..kesebokan tahap melampau sebab semua nak diurus dan dibuatnya..urus anak, urus adik, urus rumah tangga , nak meting nak masuk kelas...pot pet pot pet...
- Adakah Orang perempuan ni tak pandai nak mengurus emosi ?..sampai kalut sana kalut sini..anak pun lupa sebab takut bos marah ?
- Siapa pengerusi mesy tu ? ..tak kira la tan sri ke datuk ke ? datin ke ? pengarah ke ? pengetua ke ?..jangan la dok tengking tengking depan ahli mesy kalau ada ahli yang lewat masuk meting..kompromi la sikit.
- Mana peranan sang suami ??...bila dah jadi hal begini ..silap hari bulan si suami bukan nak tenteramkan emosi si ibu malah kaw kaw marahkan si isteri...
- Kepada sang suami jadikan kes kes ini sebagai pengajaran dan panduan. Hulurkan bantuan dan kerjasama dengan isteri uruskan rumah tangga..jangan dok nak mengangkang dan tau order sahaJA
- Kepada wanita khususnya yang bekerjaya..pandai-pandailah bahagi dan uruskan masa dan emosi. Sehebat manapun wanita peranan sebagai ibu dan isteri tetap penting
- Kepada bos-bos fahamilah masalah anak buah.
Relax dan tenangkan hati di bulan Ramadhan
ini.....