Isnin, 8 Ogos 2011

sEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA



Antara ibadah yang amat digalakkan dalam bulan Ramadhan ini ialah bersedekah. Apa kata kita join program "Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata" yang diterajui sukarelawan-sukarelawan yang bergerak aktif di facebook & laman sosial yang lain. Ia bertujuan untuk mengumpulkan 10 000 baju raya (Baju Melayu & Baju Kurung) yang BARU ( usah la yang second hand, buddle atau dah dipakai atau dah rosak atau koyak ) untuk diagihkan ke lebih 50 buah rumah anak yatim & rumah-rumah kebajikan yang ada di Malaysia ni. Insyaallah ..moga-moga usaha mereka ini mendapat keberkatan.

Kepada yang ikhlas nak menyumbang cuba hubungi :
TEAM SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
No. 12, Jalan Platinum 7/44 Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
(U.P: Ahmad Saabun) Tel: 016-2151192
Email: ahmadsaabun@sehelaibaju.com



Atau Kalau Yang Kat Seremban atau area selatan ..Boleh Hubungi : Zul 012-4 7336424 ( ala tokeh Kodai Minum Ujang R&R Nilai arah Utara.




Pada 20 hb ni kami sama-sama berbuka puasa dengan anak-anak Baitul Mahabbah, Rasah Kemayan. Mungkin Sehelaibaju cukup bermakna kepada mereka terutama nak raya ni. Walau pun begitu Baitul Mahabbah juga berharap sangat kalau ada yang sudi untuk menyumbangkan peralatan komputer ke alat bantuan lain ke atau apa-apa aja la..

Kalau ada yang nak jadi sukarelawan pun dialu-alukan. Mai jenguk ke :
http://sehelaibaju.com/ atau join http://www.facebook.com/sehelaibaju



p/s ; bulan puasa makin banyak program...Merdeka !!!




















9 ulasan:

adol ihsan berkata...

Salam..

Alhamdulillah.. Sedekah amal jariah, moga dimurahkan rezeki.. :)

sayangsayangibu berkata...

alhamdulillah, baca en3 ni ada idea yg dapat untuk bagi pada kawan ayong yg satu kelas dia
anak yatim jugak, mesti dia seronok

Rozali berkata...

Assalamualaikum IM

moga usaha mereka berjaya

SELAMAT BERPUASA

Wassalam

ikan emas berkata...

AI,

amin!!!!

selamat berpuasa.
Dah bayo zakat?

ikan emas berkata...

SSI,

elok sgt tu..

ini asyik fikir baju sendiri aje..sampai 5 6 helai

ikan emas berkata...

TokLi,

salam..
Insyallah..
memang seronok tgk semangat mereka membuat kebajikan ini..walaupun ada cabaran jg.. !!

musollahehsan berkata...

SALAM,
CUKUP BESAR GANJARAN SEDEKAH TERUTAMA DI BULAN RAMADHAN INI. APA YG PENTING IALAH SEDEKAH ITU MESTI IKHLAS DAN KERANA ALLAH SWT. SYARIAT AGAMA KITA JUGA KENA IKUTI

cikceriacorner berkata...

salam kak..ni smpai bile?bln ramadhan aje ye kak

luahfikiran berkata...

SALAM,
BERSEDEKAH TIDAK MEMBAWA KEKURANGAN KPD DIRI KITA. ALLAH JANJIKAN DITAMBAH REZEKI