Rabu, 24 November 2010

KaLau Setia JoDoh PasTi Tak Ke Mana...

Kalau jodoh tak ke mana
lambat laun datang jua..

walau ditepis diusir ia tetap setia
walau lautan luas menghalang cinta
walau dekat tapi jauh jiwa
walau lewat dek tak mampu bersuara
walau terhalang kata setuju orang tua
walau berlalu detik dan masa
walau makin dimamah usia
walau rambut dah merubah warna
walau wajah bertukar rupa
walau dikata dara dan bujang tua
namun setianya tetap bertahta

benar kata orang
kalau jodoh tak ke mana

berkat sabar dan doa
akhirnya bersatu cinta mereka
jodoh mereka bertaut juga
moga pak der bahagia selamanya..
*****************************************

mai kita layan selera istimewa kampung den.....

majlis doa selamat-menu set beriani special M.Gulam Rasul(MGR)..
ayam goreng MGR ni memang sedap!!

yang ni tak boleh dimakan...tengok aja..tapi orang tua-tua kata ,anak dara kena makan nanti cepat orang masuk meminang...wakakwakakaka

simple but nice.....umpppppp

majlis resepsi kat sini menu nya Ameer Catering dari Rest-Yusofia ...mamak lagi !!!
(T.I ni memang banyak kedai mamak...)

ni pulak masa minum petang kat rumah di Tmn SS -
Satay Jam Tinggi dikawankan dengan bubur kacang

p/s: kalau singgah di T.Intan...carilah makanan di atas...dan banyak lagi makanan yang istimewa

































14 ulasan:

IMANSHAH berkata...

tulah eden tak jumpo2 lagi yang kalau ada jodoh tak kemana

ikan emas berkata...

iman,

alaa...kalau kat ipoh tak der kat T.I ada ..kat kg pun byk lagi kan..kat fb lagiiiiii ramai.

Insyaallah...cikgu kan ke jejaka idaman..!!!!

atuk berkata...

Assalamualaikum IE

Teluk Intan....
tempat saya tu

Insyaallah Iman
taklama lagi ler tuu

Wassalam

ikan emas berkata...

PakLi,

yap.!!..sekampung kita

Relevan berkata...

yep..jodoh ajal maut semua tidak kemana..

sahromnasrudin berkata...

salam..kalau pi teluk intan, lalu jalan tanjong karang paling syiok..selain save toll, pemandangan sawah padi nyaman je huhuhhuhu

ikan emas berkata...

mr relevan,

benar...hanya Allah yang Maha Mengetahui..

ikan emas berkata...

shahrom,

benar...
tu sb IE suka melalui jalan tu..sekarang jalan tu dah cantik, luas ..selain dpt mengenang memori lama...

Abd Razak berkata...

Salam...

Takkan lari gunung dikejar erk!

ikan emas berkata...

Ust Raz,

gunung pun lelama kena tarah juga...semalam tgk tinggi tetiba ari ni dah mendatar...

tak boleh tunggu lama-lama

Hamizah berkata...

sedap makanan tu..

Pok Li berkata...

Jodoh saya temui 25 tahun dulu. Tiada jodoh lagi selepas itu.

ikan emas berkata...

Mizah,

memang ler sedap..makanan kat sana lagi sedap kan ??...tak per balik nanti makan lah sepuas-puasnya menu 1malaysia

ikan emas berkata...

pokli,

alhamdulillah...
betul ke gitu ??dalam hati teringin juga kan ???