Selasa, 16 November 2010

HambaMu Datang Menyahut PanggilanMU...



kad raya aidiladha


Hari ini langit cerah bersinar senyum..Di Arafah jutaan umat manusia berpakaian putih sama di sisi pandangan. Berada di puncak ibadah haji iaitu berwukuf . Berzikir, sembahyang sunat, berdoa..bertalbiyah… Labbaikallahumma labbaik ……Memperbanyak bertafakkur, menginsyafi diri , pasrah ,menyedari kekurangan diri , berserah diri..insaf terhadap ketidakupayaan berhadapan dengan kekuasaan Allah.dan dengan cara itu diharapkan semakin mengenali diri sendiri. Memohon keampunan dan keberkatan serta rahmatNya..Alllahuakbar !!!


“Di lembah Arafah inilah, tempat terbaik bagi seluruh umat Islam dari segenap penjuru dunia untuk mengenal Allah SWT.

sub-

2003 - memori terindah mengerjakan ibadah haji tetap terukir dan rindu itu tetap terpahat..Sesekali bersarang rasa kesal kenapa tidak digunakan sepenuhnya waktu ketika itu....Betapa kerdilnya hamba ini disisiNya.






29 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum IE

kami lelaki dah mula kelam kabut untuk pakai ikhram..maklum la pertama kali...takut dgn larangan dlm ikhram...tapi Alhamdulillah, selamat semua nya

Wassalam

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum IE...

Sungguh pada hari itu sangat istimewa pada semua umat Islam.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak ada hari yang lebih banyak pembebasan dari neraka daripada hari Arafah."

Selamat Hari Raya Eid Adha

terokai seni berkata...

semoga yang g aji selamat menunaikan ibadah tu dengan sempurna dan dapat haji mabur... koi, duit tak cukup manjang pasal kos aji asik naik je

ikan emas berkata...

TOKZALI,

MUNGKIN SEMUA JEMAAH LELAKI BERPERSEPSI BEGITU..KAMI YG PEREMPUAN TENGOK SELAMBA AJA...HIKMAH DISEBALIK BERIHRAM!

ikan emas berkata...

UST RAZ,

SALAM.

SEKLAMAT HARI RAYA EID ADHA.
HARI PENUH PENGORBANAN DAN KEBERKATAN

ikan emas berkata...

CEMOMOI,

JGN CAKAP BEGITU. REZEKI ADA DI MANA-MANA ..DAN PASTI AKAN DATANG.NIAT, DOA DAN SEBUT SELALU PASTI TERMAKBUL

sahromnasrudin berkata...

salam..rupanya awak dah pergi haji..pas nie saya kena panggil awak hajjah...

al-lavendari berkata...

salam hajjah ikan emas.

saya pun merinduinya dan sangat teringin hendak ke sana lagi.

selamat menyambut hari raya qurban dari saya.

ikan emas berkata...

TUAN HAJI LAVENDARI..

SELAMAT HARI MANTAI..

SELAMAT HARI RAYA QURBAN..

BERAPA EKOR QURBAN TAHUN NI?

Mak Su berkata...

:D

ikan emas berkata...

ROM,

ALHAMDULILLAH..DAH LAMA DA
PERNAH TULIS DALAM ENTRI 2 TAHUN DULU

ikan emas berkata...

MAKSU,

TAK BALIK MANTAI KE ?
MAI SINGGAH KAT SBAN..

Abu Aiman berkata...

ikan emas,
mudah2an ada rezeki sampai lagi ke sana...

Yunus Badawi berkata...

Assalamualaikum Hajjah IE,

Tak sangka IE dah tunaikan ibadat haji. Saya baru setakat umrah aje huhuhu.

Doakan saya dan emak adam dapat ke sana dlm masa terdekat.

Selamat menyambut Aidul Adha. Raya di mana tahun ini?

ikan emas berkata...

ABUAIMAN,

INSYAALLAH...MEMANG BERHAJAT SANGAT, NAMPAKNYA KALAU IKUT GILIRAN NTAH TAHUN BILA..TAPI MASIH BOLEH DIRUNDING KAN ???...MANA TAU KOT RAJA SAUDI BUAT JEMPUTAN KHAS !!!

( YG GILIRAN TU MUASASAH AJE KAN ???)

ikan emas berkata...

YB,

SALAM.

ELOK LA PERGI HAJI WAKTU MUDA..REZEKI ADA , BADAN SIHAT, KELAPANGAN PUN ADA...OTAK PUN TENGAH CERGAS LAGI

MUNGKIN BYK PERSEPSI KALAU PERGI HAJI WAKTU MUDA...IE AKUI ADA BENAR DAN TIDAKNYA

P/S: YB BOLEH BAWA ADAM SEKALI

ikan emas berkata...

YB 2..

QURBAN KAT SBAN N PERSATUAN KELUARGA BUAT KAT KG ...N ADA PROJEK KHAS LEPAS RAYA..CUTI PANJANG SIKIT KALI NI

Kakcik Seroja berkata...

Salam IE...

Salam Aidil Adha buat IE sekeluarga.. :)

ikan emas berkata...

KAKCHIK,

SALAM HARI RAYA KORBAN JG.

IE AKAN BERADA DI TI...

Unknown berkata...

Ada rezeki dan kesempatan pi lagi...

zino berkata...

selamat hari raya korban..

ikan emas berkata...

LB,

SALAM JUGA SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...INSYAALLAH SEMOGA DIMAKBULKAN DOA ITU

ikan emas berkata...

ZINO,

SALAM SELAMAT HARI RAYA KORBAN JUGA DIUCAPKAN UTK ZINO SEKELUARGA

Relevan berkata...

Salam raya Kurban IE..

mamawana berkata...

Salam eid adha... moga teruskan semngat berkorban utk hari2 mendatang.

Cik Melor berkata...

salam perkenalan ya nama ku melor. nice blog

en_me berkata...

salam aidiladha wat akak ikan yg jauh dimata ittewww..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

salam
salam korban..cik ikan

Pok Li berkata...

Ramai yang dah pergi dan pulang. Tengah kumpul duit lai.