Isnin, 29 November 2010

Siapa Dalang Mempermainkan Ayat Suci Al-Quran..???

Berita dari dewan di mana berlansungnya kongres sebuah parti yang katanya memperjuangkan keadilansemua kaum sorang sebab mata tinggal sebelah. Kononnya Semangat 1Malaysia maka berdirilah seorang yang namanya kesavan subramaniam mahu menunjukkan kehandalannya mahu mengalahkan Dr Redzuan Tea atau pun Ust Ravi dalam mentafsir kitab suci agama Islam… ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran.

betullah sama ada tukang cakap tu yang silap dan memang tak tahu apa pun

atau ada si tukang tulis yang beragama Islam sengaja memutar belitkan tafsir itu untuk kepentingan peribadinya .

Maklumlah ada individu di Malaysia ni yang dilahirkan sebagai ‘anugerah tuhan’ ,dilahirkan untuk memerintah ‘putrajaya’ dilahirkan untuk memecahbelahkan kaum Melayu, semua kaum di negara ini !!!

Ini tafsiran yang dibaca oleh Subramaniam @siapa tukang tulis nya ????);

"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun."


INI PULA TAFSIRAN YANG IKAN EMAS SEMAK ......(mohon perbetulkan sekiranya silap...)

190
إِنَّفِي خَلْقِالسَّمَاوَاتِوَالأَرْضِوَاخْتِلاَفِاللَّيْلِوَالنَّهَارِلآيَاتٍلِّأُوْلِيالألْبَابِ
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,
(QS. 3:190) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul::

191
الَّذِينَيَذْكُرُونَاللّهَقِيَامًا وَقُعُودًاوَعَلَىَجُنُوبِهِمْوَيَتَفَكَّرُونَفِي خَلْقِالسَّمَاوَاتِوَالأَرْضِرَبَّنَامَاخَلَقْتَهَذا بَاطِلاًسُبْحَانَكَفَقِنَاعَذَابَالنَّارِ
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata):` Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.
(QS. 3:191) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul::

Ikan emas bukan ustazah ..bukan bijak pandai untuk tafsiran ini, namun amat sakit rasanya bila ayat Quran ini dihuraikan dengan tafsiran yang mengelirukan umat…
Wahai umatku…berhati-hatilah dengan “ustaz-ustaz “sebegini.

Ya Allah...ampunilah kami










Rabu, 24 November 2010

4 Kes...yg menakutkan..ada sesiapa berani jadi isteri no 1- 2-3-4??

Salam...hari ni kita tinjau 4 kisah kehidupan sebelum dan selepas berumah tangga...kahwin salah, tak kahwin pun salah..nak kahwin lagi pun salah...???? habis bagaimana ???
*********************************************************************
Perkara 1 :
Parang Jadi Mainan KekasihKu
amboiiiii...belum apa-apa awak dah beranai nak dera tetak bapa orang yer..macam ni nak jadi nak menantu...tak hingin!!!!!!
Tetak bapa kekasih
AMPANG: Hanya kerana hubungan cinta dihalang, seorang lelaki menetak bapa kekasihnya menggunakan parang di depan rumah mangsa di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang, di sini……


Perkara 2 :
SUAMIKU SI-PEMBUNUH
dulu masa couple kata sayang..
bila dah dapat jadi isteri awak buat dia macam bola...
aiii Mr Bean pun tau sayang anak patung dia.. KISAHNYA DI SINI

PERKARA 3 :
"Perceraian meningkat angkara Facebook?


atau awak dah sebok dengan fb, ....
"Layari laman-laman sosial di Internet dengan niat dan tujuan yang ikhlas"

MEMANG belum ada satu kajian spesifik di negara ini yang boleh mengesahkannya,. Namun, jika dilihat secara rambang, jaringan sosial dalam Internet seperti Facebook, Twitter dan Myspace ternyata boleh mendatangkan mudarat kepada keharmonian rumah tangga jika penggunaannya disertai dengan niat yang salah.
Timbalan Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustafa berkata, sebanyak 27,110 kes perceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah didaftarkan pada tahun 2009.
sini yang tulis

PERKARA 4:
SAMAN KEPADA PERAMPAS SUAMI ORANG

Apa macam ??? setuju ke dengan saranan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang mengatakan seseorang yang cuba memecahbelahkan perkahwinan orang lain boleh didakwa ke mahkamah sebab terdapat peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam yang membolehkan ‘pihak ketiga’ disaman kerana cuba merosakkan perkahwinan pasangan lain.kira meruntuhkan masjid laa.





KaLau Setia JoDoh PasTi Tak Ke Mana...

Kalau jodoh tak ke mana
lambat laun datang jua..

walau ditepis diusir ia tetap setia
walau lautan luas menghalang cinta
walau dekat tapi jauh jiwa
walau lewat dek tak mampu bersuara
walau terhalang kata setuju orang tua
walau berlalu detik dan masa
walau makin dimamah usia
walau rambut dah merubah warna
walau wajah bertukar rupa
walau dikata dara dan bujang tua
namun setianya tetap bertahta

benar kata orang
kalau jodoh tak ke mana

berkat sabar dan doa
akhirnya bersatu cinta mereka
jodoh mereka bertaut juga
moga pak der bahagia selamanya..
*****************************************

mai kita layan selera istimewa kampung den.....

majlis doa selamat-menu set beriani special M.Gulam Rasul(MGR)..
ayam goreng MGR ni memang sedap!!

yang ni tak boleh dimakan...tengok aja..tapi orang tua-tua kata ,anak dara kena makan nanti cepat orang masuk meminang...wakakwakakaka

simple but nice.....umpppppp

majlis resepsi kat sini menu nya Ameer Catering dari Rest-Yusofia ...mamak lagi !!!
(T.I ni memang banyak kedai mamak...)

ni pulak masa minum petang kat rumah di Tmn SS -
Satay Jam Tinggi dikawankan dengan bubur kacang

p/s: kalau singgah di T.Intan...carilah makanan di atas...dan banyak lagi makanan yang istimewa

































Selasa, 16 November 2010

HambaMu Datang Menyahut PanggilanMU...



kad raya aidiladha


Hari ini langit cerah bersinar senyum..Di Arafah jutaan umat manusia berpakaian putih sama di sisi pandangan. Berada di puncak ibadah haji iaitu berwukuf . Berzikir, sembahyang sunat, berdoa..bertalbiyah… Labbaikallahumma labbaik ……Memperbanyak bertafakkur, menginsyafi diri , pasrah ,menyedari kekurangan diri , berserah diri..insaf terhadap ketidakupayaan berhadapan dengan kekuasaan Allah.dan dengan cara itu diharapkan semakin mengenali diri sendiri. Memohon keampunan dan keberkatan serta rahmatNya..Alllahuakbar !!!


“Di lembah Arafah inilah, tempat terbaik bagi seluruh umat Islam dari segenap penjuru dunia untuk mengenal Allah SWT.

sub-

2003 - memori terindah mengerjakan ibadah haji tetap terukir dan rindu itu tetap terpahat..Sesekali bersarang rasa kesal kenapa tidak digunakan sepenuhnya waktu ketika itu....Betapa kerdilnya hamba ini disisiNya.






Rabu, 10 November 2010

Biarlah Hati Kita Sentiasa Bersih Dan Suci....

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir

Bagaimana nak berdepan dengan manusia yang memiliki hati yang busuk, yang sentiasa bersangka buruk, yang hasad, yang mulut jahat ,yang tak bersyukur ??


Sentiasa memberi maaf terhadap apa juga tindakannya…
( tak rugi kalau kita maafkan dia…)


Fikirkan yang positif sahaja terhadap dia
(syaitan suka tengok kalau kita benci dan marah-marah…)


Pujilah dia ..sebut yang baik-baik sahaja tentang dia..jangan makin dikeji
( pulak….asyik nak jaga hati dia aje…hati kita sakit juga)


Mai kita gelakkan dia….hahahaha
(anggap perangai dia macam bebudak…tak cukup umur)

Bomohkan dia….biar dia jadi bisu
( hah ???......awak pulak yang dapat dosa !!!)


Doakan supaya hatinya dapat dibersihkan
( kalau elok beri dia Clorox…..cepat sikit cucinya)


Jangan buruk sangka kat dia…agaknya dia ada masalah kot..
( oooo…kes helah bela diri la ni……siannnnnnn…….mai kita bantu dia.)


Peduli la apa dia nak buat…buat do no jer..
(biar dia jadi kera sumbang !! hehehehe...)

Selamatkan diri kami daripada azabMu

Jauhkan diri kami dari bisikan syaitan

Hindarkan diri kami dari tipu dayanya

Selamat diri kami daripada azabMu

Hampirkan diri kami padaMu Ya Rahman































Selasa, 2 November 2010

Mari Kita BerGurindaM...Marilah Mari Pergi Mengundi


Marilah mari pergi mengundi
Yang hanya di galas dan di batu sapi
Yang jadi calon diarak ke tengah ke tepi
Yang ada berkhidmat sebab makan gaji
Yang lain sibuk kempen berapi-api
Yang baik dipuji ada juga umpat dan keji
Yang pemimpin berucap nak tabur budi
Yang ditunjuk sifat baik sebab nak ambil hati

Marilah mari pergi mengundi
Yang bertarung di galas en aziz dan dr zulkifli
Yang hebat ku li sebab kerabat dihormati
Yang isu tanah nak pengaruhi orang asli
Yang suka bola dah dapat tiket frii
Yang hantu pun dikata nak mengundi
Yang penakut asyik buat provokasi

Marilah mari pergi mengundi
Yang sibalu berentap dengan ansari
Yang gila kuasa linda ataupun teck li
Yang sipengecut guna sms penganti diri
Yang suka fitnah elok disumpah menjadi sapi

Marilah mari pergi mengundi
Yang jadi hakim hanyalah si pengundi
Yang bijak pangkah yang ingin berbakti
Yang sebenar yb bukan hanya bergoyang kaki

4 November hari mengundi
Yang menang atau yang kalah nanti
Yang dah bergelar yb terutama sekali
Jangan buat-buat lupa segala yang dijanji…..