Jumaat, 12 Mac 2010

Za'ba , Insan Yang Teristimewa...

Baru je balik dari Program Titian Za’ba Seorang Insan Yang Istimewa kat Teratak Za’ba ,Batu Kikir.Ini proram tahunan untuk memperingati perjuangan Pendeta Za’ba. Diadakan bersempena tiga tarikh penting …tarikh kelahiran Za’ba. Tarikh kembalinya ke rahmahtullah dan perasmian Teratak Zaba. Banggalah anak negeri kerana lahir satu-satunya ‘Pendeta’ di Negara ini.Yang bukan sahaja terbilang dalam bidang bahasa dan pemikiran, malah dalam bidang sastera, agama ,sosiobudaya dan pendidikan..politik dan perjuangan Melayu >>UMNO oh UMNO!!..t.erlalu banyak kehebatannya , mai kita hayati puisi ini;

Za’ba Lentera Cendekia

Za’ba
Sebutir mutiara
Menyilau kepekatan alam fana
membina dan mengasuh pohon peribadi
cekal bertakwa dan bijaksana

Za’ba
Bintang bahasa
Menyinar seluruh cakerawala
Bangsa berwibawa petah bicara
Hujah bertatacara dan perkasa

Za’ba
Lentera cendekia
Mengerlip di lading sukma
Mewangi citra mengasuh daya
Memugar bestari bangsa sendiri
Meyuluh jati diri sejati

Za’ba
Mata neraca
Menyerkup sengsara memerdekakan bangsa
Usah lagi dibelenggu dera derita
Bangkit bangkitlah menggempur potensi
Kejayaan perjuangan di genggaman sendiri

Za’ba
Mengkritik kaumnya dengan niat mulia
Agar gah menangkis alpa
Menilai diri menjejak realiti
Usah lagi nyenyak bermimpi
Di pusaka sendiri

Za’ba
Pedas dan tangkas,cerdas dan tegas
Menyedarkan insan mengalah tewas
Ketika yang lain tertawa puas
Sedangkan bangsanya lemah mengalah
Sebelum bermula mengatur langkah


Kerana Za’ba ialah Za’ba
Anugerah kurniaan Yang Maha Esa
Roh dan cahaya ribuan bintang mutiara
Rela setia menggemilangkan bangsa
Marilah kita kembali menyusun strategi
Bersepadu mencerna hala yang direntas
Bangsa kita tidak lagi tertindas

Ayuh !!
Kita harumkan kasih sepakat
Teguh berkorban keringat nan berkat
Memacu ilmu lampu beramal
Suci niat teguh bersemangat
Beriman berusaha sebelum pasrah
Bangsa kita bangsa yang hebat
Bermaruah dan bermartabat !


Mahaya Mohd Yassin
Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
11 September 2001


p/s: T.kasih kepada miecyber@sudu follower 133,..macam mana nak jenguk rumah tuan, kalau dah tuan lockkan blog tu !!


nak balik kampung..harap2 dapat skodeng rumah si alvin juta-juta tuuu

17 ulasan:

al-lavendari berkata...

Memang dia hebat. sampai sekarang belum ada pengganti atau tandingannya. ia jadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia bukan sahaja rakyat NS.

mamai berkata...

satu dalam sejuta...bila kah akan ada penganti

Abd Razak berkata...

Salam...

Kitak boleh jadi pengantinya..:)

ikan emas berkata...

Al Lavendari,

bangga denga kehebatan orang Melayu !!

ikan emas berkata...

mamai,

kita juga patut tau hakikat bahawa org melayulah yang pertama kelilingi dunia ....petunjuk jalan bumi ni bulat...las yg dpt nama si magelan tu

ikan emas berkata...

Raz,

Insyallah !!..

sahromnasrudin berkata...

dia seorang pejuang yang hebat..

ikan emas berkata...

sahrom,

...tiada tandingannya sehingga kini..

Mak Su berkata...

bangga dengan pendeta Zaaba, al-fatihah buatnya

tunbegia berkata...

jenguklah blog haku yang tak lock gitu, ;-)

salamm,

ikan emas berkata...

maksu..

baik kita sedekah Al Fatihah ...lagi afdalkan!!

ikan emas berkata...

tun...


..dah pergi sana...

...awak buat kiter teringin nak makan mee kolok

cikceriacorner berkata...

kak..
btul la..la ni belum ada penggantinye..perjuangan za'ba perjuangan sejati

IMANSHAH berkata...

Zaaba yang menambah perkataan national dalam United Malay Organization (UMO) menjadi United Malay National Organization (UMNO)

Farhan Zafry--;LITHIUM berkata...

karya yang dihasilkan adalah hebat... huh, nice writing for him.. follow me back

ikan emas berkata...

CikguIman,

salam..

ikan emas berkata...

Zafry,
t.kasih sudi berkunjung