Selasa, 30 Mac 2010

MODEL EKONOMI BARU

Sempat juga mengikuti ucapan Ucapan YAB Datuk Seri Najib semasa membentangkan laporan Model Ekonomi Baru (MEB) pada Persidangan Invest Malaysia 2010 di Kuala Lumpur sekejap tadi…...

Ini antara intipati ucapannya ... lepas ni mesti macam-macam ulasan pro kontra dan bebagai persepsi ..bodek,angkat dan biasalah yg bijak pandai ekonomi tentu bagi pandangan mereka pulak.....kempen PRK HS pun tentu hebat isu ni didiskusikan...Ntah !!
  • 1. Mai kita cuba fahami;


MEB akan mensasarkan untuk meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia daripada AS$7,000 kepada AS$15,000 dalam tempoh 10 tahun. ....harap2 jadi kenyataanlah!!

  • Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) akan diperbadankan dan dinamakan semula sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk menjadikannya lebih berkesan sebaga agensi promosi pelaburan negara.
  • Dua anak syarikat milik Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan disenaraikan di Bursa Malaysia tahun ini.
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk meningkatkan pelaburan ekuiti di luar negara. Pada masa sama, KWSP bersama kerajaan akan membangunkan tanah seluas 3,000 ekar di Sungai Buloh untuk dijadikan hab baru di Lembah Klang.
  • Beberapa bidang tanah di Jalan Stonor, Jln Ampang, Jln Lidcol di Kuala Lumpur akan ditender dan dimajukan oleh sektor swasta, yang jika gagal akan merupakan satu pembaziran kerana kerajaan membelanjakan kos penyelenggaraannya.
  • Syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti Percetakan Nasional Malaysia, CTRM Aero Composites Sdn. Bhd., Nine Bio Sdn. Bhd. dan Innobio kemungkinan diswasta
  • Khazanah Nasional Bhd akan melupuskan kawalan kepentingan 32 peratusnya di dalam Pos Malaysia Bhd melalui proses pelupusan strategik dua peringkat.


2. Pelan tindakan afirmatif seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan dinilai semula dan dilaksanakan berdasarkan empat prinsip, iaitu mesra pasaran, merit, telus dan mengikut keperluan.


3. Lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik :

  1. Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi;
  2. Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing;
  3. Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing;
  4. Memperkukuhkan sektor awam;
  5. Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran;
  6. Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;
  7. Meningkatkan sumber pertumbuhan ; dan
  8. Memastikan pertumbuhan yang mapan.


    p/s: Sian ada kekawan yg dah rancang nak option kena fikir dua kali-berkali-kali........byk kekawan mengeluh susah dapat projek gomen laa ni...ada kekawan gomen kecoh kerja byk tp bajet ciput ????

......syukur masih cukup pakai baju silk,makan kenyang tidur lena...








8 ulasan:

mamai berkata...

harap lepas ini ia bukan hanya menjadi satu model wawasan yang hanya tinggal perhiasan....

mamai berkata...

harap lepas ini ia bukan hanya menjadi satu model wawasan yang hanya tinggal perhiasan....

ikan emas berkata...

en mamai,

lain nakhodanya lain cara kayuhannya..

Relevan berkata...

Terima kasih ye..kerana masuk relevansokmo..selamat berkenalan dari saya..

Relevan berkata...

Nanti saya akan beri komen dalam entri yang berikutnya..sebab saya ada hari hari yang tak tekejar rasanya..

Unknown berkata...

salam
tak sempat nak ambil tahu pasal MEB ni..arap2 adala cerita sikit untuk mahasiswa hehe

ikan emas berkata...

mr relevan,

jgn main kejar-kejar,bimbang terjatuh pulak..

...kiter tunggu janji!!

ikan emas berkata...

zharif,

....pembangunan modal insan akan terus diperkukuhkan..
..mempelbagaikan dan beri inisisatif kpd industri strategik yg baru.
....Sistem pendidikan kita perlu dikaji semula secara berterusan dan ditambah baik utk melahirkan tenaga kerja masa depan,dgn komitmen kpd program berasaskan merit.

...yg penting bagaimana generasi muda spt awak memaplikasikan kehendak pemimpin ini!!