Selasa, 9 Mac 2010

Kata-kata Perangsang dari Najib...

Kata-kata perangsang YAB Perdana Menteri kepada Penjawat Awam di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas ( MAPPA X1) pada 9 Mac 2010...( jap tadi jer !!)

Belum diseru, sudah mari
Belum dipanggil, sudah datang
Belum disuruh, sudah pergi….

kerja bertangguh tidak menjadi

kerja beransur tidak bertahan '



Perkhidmatan Awam akan terus cemerlang ,gemilang dan terbilang dengan berteraskan prinsip utama dan nilai-nilai asas sebagai pelengkap …haaa..kerja baik-baik, elok-elok



4 Tiang Utama:-


1Malaysia :Rakyat Didahulukan,Pencapaian diutamakan
Pelan Tranformasi Kerajaan ( PTK )
Model Baru Ekonomi
RMK10



4 Nilai Asas ;


Budaya kreatif dan inovasi
Kepantasan bertindak dan membuat keputusan
Nilai untuk wang ( Value for money)
Intergriti….



* *********

ganjaran istimewa akan diberikan kepada mana-mana penjawat awam yang berjaya mendatangkan penjimatan kepada kerajaan...( yang banyak sekarang mendatangkan pembaziran dan pemontengan ????)




* WAHAI KAWAN, KITA DIMINTA MENJADI PENJAWAT AWAM YANG BERMUTU TINGGI, HEBAT ,PUNYA KESUNGGUHAN,PROAKTIF DAN KOMITMEN YANG TINGGI. Semoga semua penjawat awam terus kembang mewangi di persada negara..


#########


walau gaji tak naik macam gaji pak polisi, walau bonus tak mewah macam teman di petronas, aku tetap bahagia keje gomen ni.tetap bayar cukai,tetap bayar zakat, tetap makan pizza,tetap bayar utang !!!


18 ulasan:

sahromnasrudin berkata...

transformasi dlm perkhidmatan awam perlu dilakukan secara menyeluruh. ini kerana mereka sering menjadi sasaran dan kecaman org awam dek kerana segelintir yang tidak bersungguh2 dlm melaksanakan tugas yg telah diamanahkan.

ikan emas berkata...

en sahrom,
kan ke dah macam-mcm pelan digubal,didasar, dibuat ..jaman najib ni pun dah mcm-macm gagasan 1m la, GTP la..ni nak buat MEB laa..

....pokoknya semuanya menjurus ke arah tranformasi kecemerlangan ..

...pokoknya anggotanya nak/dah tranform jg ke?

....pokoknya jika org lain lak naik nanti,ada lagi slogan baru..

...pokoknya semua punya matlamat yang sama dan serupa!!

Abd Razak berkata...

Salam...

kamek senyum saja sebab bukan orang gomen..:):)

ikan emas berkata...

Raz,

...ok gak tu..
sape-sape pun kita tetap org Malaysia kan!!

al-lavendari berkata...

Tentulah PM tak mahu yang:

Belum diseru, sudah tak sanggup
Belum dipanggil, sudah mengelak
Belum disuruh, sudah menolak….

Unknown berkata...

dan untung kerja government dapat pencen dan elaun =)

mamai berkata...

cuma doubt dengan orang yang berkata-kata itu

ikan emas berkata...

En Hamzah,

...tentu tuan pun ada staff yg macam tu kan??

ikan emas berkata...

zhrif,

duit pencen tu kiter kumpul dari mula keje tau !!

ikan emas berkata...

en. mamai,

knp lak awak kata gitu ?

ish ish tak baik mcm tuuu..

Frodo Baggins berkata...

>>____<<


jom kita wat bisnis lak ...
ngehehehhehe ~~~


((hahhahaha pakcik mamai ...))

ikan emas berkata...

Frodo sayang ...

nak bisnes apa lak ..
untuk kita bagi dua..modal ko sorang je

Pok Li berkata...

masih dimeja walaupun waktu makan tengahari. Hu hu hu

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam....kerja gomen tak teruk tapi gaji juruteknik tahap spm ja....

ikan emas berkata...

PokLi,

hebat PokLi ni..
rajin keje..nanti dapat naik pangkat yer!!

ikan emas berkata...

Alimaz,

mintaklah union tlg.. mcm inspektor polis tuu..
..kalau ada dip , mintaklah keje Pen Jurutera..lagi tinggi leh jd Jurutera lak!!

Beruwang berkata...

besy keje gomen

ikan emas berkata...

ber_u_wang,

iyer ke? mmg bes..n mmg bezy.

mcm u lagi ber u wang !!

p/s : thanks for visit