Selasa, 23 Februari 2010

Wanita Kuasai Sektor Awam??...Kenapa Bimbang ??

Wanita Kuasai Sektor Awam.Ada pengalaman ?Apa pendapat anda ? Sesuai ke? Relevan ke?





  • Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.

  • Contohnya, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam PTD diisi oleh wanita.

  • Perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30% jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.

  • Trend masa ini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertuumbuhan negara .

  • Merit kelulusan akademik tidak semestinya menentukan bahawa perkhidmatan mereka (wanita) akan lebih baik berbanding lelaki.

  • Penyertaan wanita dalam perkhidmatan awam semestinya mengikut merit dan kelebihan yang dimiliki .Dalam apa bidang pun wanita ternyata mempunyai kebolehan serta kelulusan akademik yang lebih baik berbanding lelaki.

  • Kebimbangan CUEPACS tidak berasas sama sekali dan menunjukkan kecetekan fikiran pemimpinnya.Dan bertentangan dengan aspirasi kesaksamaan gender yang diuar-uarkan kerajaan.

  • Wanita perlu diberi hak sama rata untuk memohon jawatan kosong di sektor kerajaan atau swasta jika tidak mahu melihat penjawat awam wanita hanya tertumpu kepada sesuatu bidang pekerjaan.

  • Wanita sebenarnya tidak diberi banyak pilihan untuk memasuki sektor pekerjaan walaupun kebanyakan mereka mempunyai kebolehan,kelayakan setanding dengan lelaki.

Apa pula kata wanita dalam Majlis Tertinggi Cuepacs ?Takkan diam aje?





kerja gomen.

14 ulasan:

ghostWRITER berkata...

bimbang takut ramai lelaki jadi suri rumah plak...MACAMNA? hahaha

Diarihatiku1976 berkata...

bimbang sbb lelaki dah nak pupus.. ramai masuk penjara... wanita cerewaet tetapi dengan kecerewetan dia boleh membuatkan organisasi sempurna.. sedangkan lelaki kejer janji siap.. impaknya takde pun...

ghostWRITER berkata...

Tapi diarihatiku kena terima lumrah alam bahawa setiap manusia berpasangan dan saling memerlukan antara lelaki dan perempuan.

al-lavendari berkata...

tak kisahlah .. lelaki ke perempuan. yang penting capability. kalau nanti semua lelaki jadi suri rumah .. apa salahnya ? biarlah perempuan yang bekerja .. jadi polis, askar, cikgu, bomba, hakim, doktor dsb. sebab mereka cerdik, teliti dan bersungguh2..

mamai berkata...

tak rasa tergugat pun pasal kalau dah lelaki malas nak belajar macam mana nak kerja

ikan emas berkata...

ghost,
kalau hantu yang kerja camne?..

ikan emas berkata...

dairihati,
depan mata kita nampak sape yang lebih hebatkan !!

...apa-apapun IE memang respek dgn lelaki-lelaki..walau byk yang lebih perasan dari punya perasaan

ikan emas berkata...

ghost,

jangan gaduh-gaduh tau..
kat tempat kerja awak sape yang ramai ?

ikan emas berkata...

Encik Lavendari,

amboi,...pedih dgn sindiran tuan !

Jangan merajuk, kiter tau tuan kerja dikelilingi oleh wanita-wanita hebat !...tu sebab wanita punya semangat kerja yang hebat, sebab mengelilingi seoorang lelaki yang hebat!

ikan emas berkata...

mamai,

betoi laa..kat IPT ramai wanita pun nak jadi isu>.

apa salahkah kaum wanita ni hebat, cerdik dan cekap ??
Depa lemah, tu sebab jeles !

..skrg ni lebih banyak lelaki yang kerjanya nak makan duit bini..

Pok Li berkata...

Bos saya banyak perempuan ha ha ha.

ONE ZABA berkata...

aku suka je....semangat sikit nak pergi kerja.

ikan emas berkata...

PokLi,
patut la PokLi awet mudo..
ooo itu petuanya

ikan emas berkata...

Cikgu1,
betoi ...marah perempuan dg marah lelaki lain kan...